RINDU

1.2K 39 1
                                    

Jess kau ingat tak dulu kau pernah cakap dekat aku kalau syarikat Lion king holding ni maju suatu hari nanti kau nak aku ambil cuti sebulan.

Aku tak nak sebab aku sayang kerja aku, aku sayang bersebab dan kau tak pernah tahu sebab tu walaupun puas kau desak aku suruh bagi tahu tapi aku diamkan.

Aku tanya kau kenapa aku kena cuti sebulan? Bukan seminggu ke...  Atau sehari. Kau jawab sambil peluk aku dan pandang tepat ke arah mata aku dengan senyuman yang mampu buat aku cair.

Kau jawab dengan masa sebulan tu kau nak aku ganti balik masa² yang aku tak bagi perhatian dekat kau walaupun masa aku cuti. Lepas je kau kata macam tu terus aku peluk kau sebab masa tu baru aku sedar yang permata hati aku terabai dan nak kan perhatian aku.

Tapi aku terlambat sebab kau dah pergi dulu tinggalkan aku, jujur aku kata sekarang aku masih tak dapat nak percaya dengan pemergian kau sebab aku masih tak dapat nak tunaikan permintaan kau tu.

Maaf jessica ruby. Hahahah, maaf aku tergelak sebab tiba² aku teringat balik bila dulu kau pernah kata ada orang gelak kan kau sebab nama belakang kau RUBY sebab bunyi dia pelik.

jujur masa tu aku jugak gelak dalam hati sebab bagi aku nama kau pelik sebab ada RUBY di belakang tapi tu dulu sebab kini aku sedar.

Kau lah permata RUBY aku yang paling berharga dan tak dapat di cari ganti.

JESSICA RUBY AKU CINTAKAN KAU!!!

"Puan... Ooo puan, puan dengar tak ni?" syuhada yang berada di depan aku menyedarkan aku dari lamunan.

Aku pandang dia yang memakai baju tidur bercorak kartun Teddy bear coklat. Comel je bila dia pakai macam tu.

"Ada apa Syu?" aku alihkan pandangan ke arah televisyen di depan.

Bosan tiada apa yang nak di tengok lalu aku tutup, aku alihkan balik pandangan ke arah syuhada.

"Saya cakap besok cuti puan ada nak pergi mana² ke?"

Oh ya.... baru aku ingat esok cuti jadi nak buat apa ya? Kalau dulu masa Syu belum duduk dengan aku hujung minggu aku tidur sampai petang lepas tu tengok televisyen seharian.

Tapi bila dah ada dia ni kena lah ada rancangan kalau tak nanti dia bosan dia nak pindah pulak, seseorang pulak aku nanti.

"Syu saya dah katakan bila di rumah panggil saya marsha tak pun Mar,  Mmm pasal esok tu saya ingat nak cari barang dapur lepas tu m.... Entah awak ada rancangan? " aku tanya dia balik.

"Maaf puan ehhh marsha, saya ingat kalau marsha tak ada rancangan saya nak balik rumah lama saya nak ambil barang² yang saya tak sempat nak ambil tu... Pun kalau marsha nak ikut"

"Ok saya tak kisah tapi kita pergi lepas beli baranglah boleh?"

"Saya ok je"

Pendek? Takpa saya tahu. Hahaha thank mana yang baca cerita ni :)  nanti T sambung lagi OKAY?

HatiWhere stories live. Discover now