AKU TAK PATUT

1.1K 38 11
                                    

Mata aku buka dengan pelahan rasa pening yang datang tiba ii membuat kan aku tak mampu nak bangun dari tidur. Kenapa kepala aku boleh pening? Tanya aku sendiri.

Aku toleh ke sisi aku dapat tengok sebelah aku kosong. Mana Syuhada? Dia dah bangun ke? Telefon aku gapai punat di tepi aku tekan. Oh.. Baru pukul 9:45 jap! Tak guna aku dah lewat untuk ke tepat kerja.

Aku bingkas bangun dari tidur. Aku berlari ke arah bilik air dengan pantas. Ah... Dah berapa kali aku lewat ni! Syuhada pulak kenapa dia tak kejut aku!?

Dengan kelam kabut aku cuba ingat sama ada aku ada meeting tak hari ni. Aku mencuba dan mencuba sebelum aku tersedar yang aku dah sampai ke pejabat.

Aku cepat kan langkah ke arah lif. Sebaik punat di tekan pintu lif terbuka.. Tampa berlengah aku melangkah masuk ke dalam lif.

Ring...ring..ring...

Tampa melihat nama pemanggil terus aku menjawab call yang masuk.

"Hello?" tanya aku pada si pemanggil

"Kamu dekat mana?!" balas si pemanggil dengan berang.

Aik? Sapa pulak ni? Siap marah ii aku lagi. Aku alih kan telefon dari telinga kerana ingin melihat nama si pemanggil.

What!? Papa?!

Aku letak kembali telefon di telinga sambil berjalan ke luar lif dan menuju ke bilik aku. Sambil itu mata aku sempat melilau mencari seseorang.

Ya... Seseorang yang membuat kan aku datang sangat lambat ke pejabat hari ini. Mana dia?

"Hello kamu dengar tak apa papa cakap ni?" tanya papa lagi.

"Yaaa Mar dengar... " tipu aku, sebenarnya aku tak dengar apa yang papa kata kan sebab sibuk mencari Si dia.

"Kalau kamu dengar kenapa kamu masih tak sampai lagi dekat bilik meeting?! Papa bagi kamu 2 minit... Kalau dalam masa 2 minit kamu tak datang lagi dengan dokumen tu meeting ni batal!!" tengking papa bersama ugutan.

Panggilan terus di mati kan dan aku masih tidak dapat ingat aku ada meeting apa dengan papa dan yang membuat kan ia lebih teruk aku hanya ada masa 2 minit!

Dengan cepat kaki aku membelok ke arah bilik mesyuarat. Ah! Tak guna camna aku boleh lupa aku ada meting ngan papa? Dokumen tu camna ni?  Ah tak kisah lah janji aku dah sampai.

Pintu bilik mesyuarat aku buka. Dengan pelahan aku melangkah masuk ke dalam. Muka papa aku dapat tengok yang dia sedang menahan marah.

Tepat di sebelah papa si dia berdiri kaku, muka aku langsung dia tak tengok. Aku tatap wajah nya dengan pandangan pemangsa melihat mangsa.

Geram! Di dalam hati aku sudah membara kepanasan... Tak guna! 

"Apa yang kamu tengok tu? Dan mana
Dokumen yang papa mintak!? Hum? Mana!?" tanya papa.

Buat pertama kali dalam sejarah kerjaya aku, aku boleh lupa pasal kerja dan benda penting tambahan pula kali ni bersama papa.

Aku diam sejenak langkah aku mati. Wajah papa aku pandang. Ak... Aku... Tak tahu nak kata apa.

"Marsha!? I asking you, answer me" tanya papa dalam marah yang tidak lagi tertahan.

Akibat suara papa yang agak kuat bahu aku sedikit terhinjut dan aku jugak pasti pekerja aku di luar jugak turut terkejut.

"Mar... Mar lupa papa kita ada meting hari ni. I am sorry papa" jawab aku dalam takut.

Dalam takut aku berani kan jugak untuk memandang papa. Kali pertama dalam hidup aku, aku rasa diri aku tak berguna dan di malu kan sebegini.

Papa bangun dari duduk dengan muka yang ketat lalu dia berjalan melepasi aku. Sebelum dia melangkah keluar dari bilii mesyuarat sekali lagi dia bagi aku peringatan.

"Ingat Marsha papa bagi kamu tiga bulan dan kamu? Masih cuai? Bersiap sedia untuk bergabung dengan papa"

Sebaik bayang papa menghilang aku melangkah longlai ke arah kerusi, aku duduk sambil memicit kepala aku yang tiba ii pening.

Dia? Aku tak tahu tapi aku dapat rasa kan yang dia masih berdiri di situ lagi.

"Puan? Puan nak pape?" tanya dia.

"Tak aku tak perlukan pape " balas aku.

"Puan nak ubat?" tanya dia lagi.

"Kau tak faham bahasa ke!? Aku kata aku tak perlu pape!" kata aku dengan marah.

Dia terdiam seketika. Aku lepaskan keluhan berat. Rasa sakit hati padanya masih lagi tak padam dan kini malahan makin bertambah pula.

Kalau bukan sebab dia tak kejut aku pasti aku dah bangun awal dan dah buat persiapan lebih awal pasal meting ni. Arg!! Tak guna!

"Puan.. " belum sempat dia menghabiskan ayat nya aku dah terlebih dah hulu memotong.

"Kau keluar! Jangan ganggu aku! Keluar! " arah aku sambil menuding ke arah pintu. Dengan cepat dia bergerak pergi.

Malam ni pasti jadi kekok. Bisik aku sendiri.






Hai semua..... Hahahaha sorry T baru sambung cita niii and terima kasih sebab tunggu T okay..... I love you!!!!  Sorry typo atau berbelit. Kalau ada jumoa typo atau ayat berbelit bagi tahu T tau? Komen tepat bahagia yang korang tak faham tu nanti T betul kan. Sayang koranggg. Votes and komen tau....



HatiWhere stories live. Discover now