"Syu... Hari ni apa jadual saya?" dari ekor mata aku tengok syuhada tengah buka buku nota kecik.Ting!
Pintu lif di buka. Jam dah pukul 11:25 ingat nak datang pejabat pukul 10:30 tapi terpesong lah pulak. Rancak borak sampai tak hingat dunia. Hahaha.
"Pagi puan takda appointment dengan customer tapi pukul tiga petang puan ada appointment dengan syarikat perkasa Holding, tu je untuk hari ni" sebaik ayat habis di tutur satu senyuman di beri kepada aku.
Aku hanya balas bersahaja sebelum kembali fokus ke hadapan, walaupun pada pandangan orang lain aku hanya tenung pintu lif tapi pada kenyataannya aku tengah berfikir.
Aku berfikir agak agak bila pintu lif ni terbuka staf staf aku buat kerja tak? Kalau tak memang aku naik hangin.
Ting!
Pintu terbuka, sebaik sahaja aku melangkah keluar perkara pertama aku tengok ialah PAPA. Ha! Papa?
Macam mana papa boleh ada dekat sini?Terus aku berpaling ke sisi melihat Syuhada dalam ke marahan. Macam mana dia boleh lupa nak bagi tahu aku yang papa nak datang sini!
Dia tundukan kepala takut nak bertentang mata dengan aku. Aaa! Nak tak nak aku kena hadap jugak semua ni.
Papa yang perasan dengan ke hadiran aku tersenyum sebelum setapak demi setapak dia maju ke arah aku dengan syuhada. Tampa di sangka dia peluk aku dengan erat.
Aku yang tidak selesa terus meleraikan pelukan dengan lembut. Ialah takkan aku nak tolak dia kut depan staf aku nanti dorang cop aku anak derhaka pulak. Dengan senyuman manis yang aku paksa aku mula berbicara.
"Eh papa bila papa sampai sini? Sebelum papa cerita papa jom masuk pejabat Marsha boleh minum2" kata aku ramah.
Papa hanya mengangguk sebelum mengikut langkah aku dari belakang. Syuhada sudah aku arahkan buat air kopi untuk kami berdua.
Sebaik pintu di tutup. Aku menghela nafas berat. Papa yang sedang duduk di sofa sambil memandang aku, aku dekati. Sofa di depan papa menjadi pilihan aku untuk duduk.
"Lama papa tak jumpa kamu makin cantik ya kamu sekarang" puji papa. Aku yang mendengar dah meluat tahap gaban.
"Tak payah nak buang masa papa lah nak cakap benda tak penting Just straight the point" kata aku dengan menyampah.
Papa yang di depan berdehem kuat sebelum berubah serius. Aku yang di depan memasang telinga cuba menangkap apa yang bakal di katakan oleh papa.
"Papa nak kamu bergabung dengan Syarikat papa. Dah banyak kali dah papa tadah telinga dengar orang kata yang kamu ni dah tak endahkan Syarikat ni. Jadi supaya mereka kat luar sana tak pandang rendah dekat kamu papa nak kita berdua bergabung" tampa gagap tampa ragu ragu sungguh lancar bicara papa yang di anggap bijak oleh nya tapi bodoh oleh aku keluar.
"Tak nak" tak sampai tiga patah aku balas balik. Papa yang mendengar merengut kasar.
"Papa kata bergabung, bergabung! Jangan nak banyak soal" satu oktaf suara papa naik.
"Mar kata tak nak tak nak lah! Sampai bila papa nak atur hidup Mar? Sampai Mar tua? Macam tu?" bidas aku balik.
"Kenapa kamu degil sangat!? Company kamu ni dah jatuh merudum dah" aku yang dengar dah membuak buak nak marah. Syarikat aku pandai pandai lah aku jaga.
"Tak Mar tetap dengan ke putusan Mar" kata aku lagi.
"Okay kalau macam tu papa nak kamu tunjukkan dalam masa 3 bulan dekat papa yang Syarikat kamu ni mampu naik maju balik macam dulu boleh?" kata papa sinis.
"Okay boleh no problem. Kalau Mar berjaya tunjukkan dekat papa yang syarikat ni mampu maju balik papa jangan kacau urusan Mar lagi boleh?"
Kini giliran aku balas balik dengan sinis sambil senyum sumbing.Papa yang mendengar hanya mampu mengeluh sebelum mengangguk setuju.
Pintu di tolak. Syuhada datang dengan dua cawan kopi di tangan yang masih berasap.
"Tuan... Puan jemput lah minum"Lembut pelawanya tapi tak cukup lembut untuk padam api ke marahkan aku pada dia. Macam mana dia boleh lupa nak bagi tahu aku yang PAPA nak datang hari ni?
Tak guna! tak pasal² aku kena hadap orang tua ni. Papa tersenyum sebelum menjeling pada aku yang sedang minum.
"Patutlah syarikat ni kamu dah tak andeh dah ada anak ikan baru rupanya" pedas sungguh kata² yang keluar dari mulut mu PAPA.
Nasip baik air sempat aku telan kalau tidak dah lama wajah tua tu basah kuyup kena air dalam mulut aku ni. Cawan aku letak kasar. PAPA di depan aku pandang dengan penuh sakit hati.
Aku tahu syuhada rasa terhina and tak mungkin lah syuhada bodoh sangat sampai tak tahu yang PAPA panggil dia anak ingat.
"PAPA masa Mar masih angap papa ni papa Mar baik papa balik" kata aku dalam geram.
Kalau aku tak anggap orang tua depan aku ni manusia yang jaga aku dari kecik memang dah lama aku tumbuk sampai pecah mulut.
"Kenapa? Kamu terasa? Kenapa kamu nak terasa kalau benda tu betul? Sebelum tu mana perempuan yang kamu kata cinta hidup mati kamu tu? Dah lari bila habis kikis duit kamu?"
Ku sangka sepedas pedas ayat tadi pedas lagi ayat ini.Nafas aku dah turun naik turun naik. Aku pejam mata aku tarik nafas dalam² aku hembus pelan² lepas tu aku senyum.
"Encik muhamad Khairy saya rasa saya dah tak ada apa² lagi yang nak di perkatakan dan sama juga macam encik jadi dengan penuh segala hormatnya encik sila keluar ya.. Dari pejabat saya" sambil aku buka pintu pejabat supaya orang tua tu beredar masa aku masih anggap dia orang tua yang perlu aku hormat.
Papa bangun sambil berjalan ke arah pintu. Sebelum dia keluar sempat lagi dia ingatkan aku tentang tempoh 3 bulan tu.
Syuhada hanya mampu tercegat sambil melihat sedikit perang mulut yang berlaku di antara aku dan orang tua yang aku panggil PAPA.
Sekali lagi air kopi yang di bancuh syuhada terbazir akibat aku. Aku penat dengan semua ni.
Aku duduk di kerusi di meja kerja aku. Aku pandang kosong kertas yang tersusun rapi di atas meja. Ahhh aku penat dengan apa yang berlaku hari ni aku penat!
"Syu awak dah tak reti nak kemas meja tu dan pergi buat kerja awak?"
Syu yang bagai baru tersedar dari lamunannya tergopoh gopoh bersihkan meja dan keluar dari pejabat.
Aku yang masih sakit hati dengan kejadian tadi nak tak nak terpaksa sambung kerja yang harus di siapkan.
YOU ARE READING
Hati
RomanceCinta adalah perasaan yang sungguh hebat sehingga dapat mengubah manusia dari waras kepada tidak waras. Begitu lah nasib yang menimpa Marsha, akibat terlalu cinta kan seorang wanita dia telah termaksuk ke dalam halusinasi yang tiada penghujung. Ser...