Part 45

92 11 0
                                    

Di Restaurant yang mewah.

Di meja makan aera dan Yuta.

"Wahh~Tak pernah-pernah pun awak bawa saya pergi makan dekat restoran mewah macam ni.Asal hari ni awak terlalu baik ?"Kata aera sambil melihat sekeliling restoran tersebut.Design dalam restoran sangat cantik.

"Tak salahkan kalau aku nak bawa kau makan kat sini.Kalau kau nak tahu , aku ni seorang yang yang kedekut.Tapi dengan kau , buat apa aku nak kedekut kan"Balas Yuta dengan gurauannya.

"Betul-betul ! Hahaha..."Balas aera sambil ketawa.

Kemudian mereka membuat pesanan.

Semasa sedang menunggu makanan tiba di atas meja , seorang lelaki menegur Yuta.

Kebetulan lelaki itu lalu di hadapan meja makan mereka dan dia menegur Yuta.

"Eh ?! Encik Peguam ?! Hai encik peguam Naka~ Makan dekat sini juga ya ?"Sapa lelaki itu.Rupanya lelaki itu ialah junior bagi Yuta yang bekerja di balai polis dan lelaki itu ialah seorang polis.

"Ahmm...ha..hai..."Balas Yuta sambil memandang aera.Dia sebenarnya tak nak aera tahu pekerjaannya.

aera pula hanya memandang mereka berdua dengan muka terkejut.

"Eh ? Encik peguam ? Yuta...awak...???"Soal aera.Takkan lah Yuta ni seorang peguam baginya.

"Ahmm...ahaha..."Balas Yuta lalu bangun dan menarik lelaki itu pergi ke belakang pasu bunga yang besar.

"Kenapa kau tegur aku depan isteri aku ???"Soal Yuta.

"ke..kenapa pula ? Saya tegur encik pun salah ke ?"Soal lelaki itu.

"Haihh...tak salah tapi...jangan lah panggil aku ' ENCIK PEGUAM NAKA ' Kau tak nampak ke aku bersama dengan isteri aku ?"Balas Yuta.

"Alamak ! Sorry Senior.Saya lupa..."Balas lelaki itu sambil menunduk minta maaf.

"Tak apa lah.Dah terlepas pun.Kau buat apa kat sini ? Makan kat sini juga ke ?"Balas Yuta lalu menyoal lelaki itu.

"Ahh...nasib senior tak marah.Ohh saya ada tugasan dekat sini.Ahmm...saya minta diri dulu ya.Encik Peguam Naka"Balas lelaki itu.

"Hmm...ye lah"Balas Yuta lalu lelaki itu beredar melakukan tugasannya.

Yuta kembali ke meja makannya.

"Uuu~encik peguam dah sampai~"Kata aera.

"Ahmm...tak sangka pula yang budak tu panggil aku encik peguam Naka...hahaha..."Balas Yuta sambil menggosok lehernya.

"Tapi kan...saya rasa bangga dengan awak"Kata aera dengan wajah yang bangga.

"Kenapa pula ?"Balas Yuta.

"Sebab...suami saya seorang yang bekerjaya tinggi"Balas aera.Yuta pula hanya tersenyum dan malu-malu kucing.

"Tapi , kenapa awak suruh saya sorokkan identiti kita dekat orang lain ?"Soal aera secara mengejut.

"Aku ni ramai musuh.Ye lah peguam kan , ramai orang jahat cuba untuk jatuhkan aku.Tapi , diorang gagal sebab aku ni hebat.Hahaha...aku suruh kau sorokkan identiti perkahwinan kita sebab aku takut bila musuh aku tahu yang kau isteri aku , nanti kau pula yang kena.So , sebab itulah aku suruh kau jangan mengaku yang kau isteri aku dekat orang lain"Balas Yuta dengan jelas lalu aera mengangguk faham.

"Ohh...tapi...kenapa dekat rumah awak suruh saya jangan anggap awak suami saya ? "Soal aera lagi.

"Aku nak kau biasakan diri.Lagipun , aku kan jarang balik awal"Balas Yuta.

"Ohh...sebab tu rupanya..."Balas aera.

"Tapi , aku nak minta maaf sebab tak cukup bagi kau kasih sayang dari aku.Bukan apa , aku belum boleh biasakan diri dengan perempuan"Balas Yuta.

"Owhh...tak apa lah.Saya okey je"Balas aera lalu dia memandang ke arah meja sebelah kirinya.

Terdapat pasangan kekasih sedang bermesraan.(acah-acah sweet)

aera hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

Yuta pula hanya memandang aera.

"Aduhh pasangan sebelah meja ni.Acah sweet depan aera pula"Kata Yuta dalam hati lalu dia mendapat idea.

Yuta mencabut bunga yang berada di pasu meja makannya lalu membuat cincin.

"aera , tutup mata jap"Arah Yuta.

"Haaa ?? ohh okey"Balas aera lalu menutup kelopak matanya.

Yuta meletakkan cincin bunga buatannya di atas pinggan makan aera.

"Okey , dah boleh buka mata"Kata Yuta.

Lalu aera membuka kelopak matanya dan terdapat sebuah cincin bunga di atas pinggannya.

"Wahh...cantiknya~Awak buat sendiri ke ni ?"Puji aera sambil membelek-belek cincin bunga tersebut.

"Selamat hari Wanita sedunia~"Ucap Yuta.

"???!!!Oww~ thank you awak~ Saya tak tahu pula yang hari ni hari wanita sedunia.Hahaha..." Balas aera sambil ketawa kecil.

"Biar aku sarungkan cincin tu dekat jari kau" Kata Yuta.aera memberikan cincin bunga tersebut lalu Yuta menyarungkannya di jari aera.

"Hmm...cantik~ sesuai dengan jari saya lah ~ Hahaha..." Kata aera.Yuta hanya membalas dengan senyumannya sahaja.

Lalu aera mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket kanannya dan membuka aplikasi camera.

"Sejak kita kahwin , kita tak pernah selfie sama-sama.Hari ni , saya nak selfie dengan awak~" Kata aera.

"Ahmm...haah kan.Okey" Balas aera lalu mereka berdua memulakan sesi penggambaran.aera menunjukkan cincin bunga tersebut masuk ke dalam gambar mereka.

"Gambar ni saya nak simpan sebagai kenangan~" Kata aera seorang diri.

"Nanti send gambar tu dekat aku" Kata Yuta.

"Hmm ? Nak juga ? Ingatkan tak nak" Balas aera.

"Mestilah aku nak" Balas Yuta.

"Okey okey...done send" Balas aera lalu makanan yang mereka pesan dihidangkan.

Kare Wa Watashi No Tsumadesu[彼は私の妻です]Where stories live. Discover now