Part 89

48 4 0
                                    

aera turun dari teksi lalu berjalan menuju ke pintu utama. Dalam masa yang sama, kereta mewah Yuta di pandu masuk ke dalam halaman rumah. Enjen kereta dimatikan lalu Yuta keluar dari kereta miliknya. aera hanya kaku di hadapan pintu utama. Dia masih memikirkan sesuatu.

" Kenapa tak masuk lagi ?" Soal Yuta yang baru tiba di hadapan aera.

" Ahh... Nak masuk lah ni " Balas aera sambil tersenyuman paksa.

" Maaf... "

" A..apa ?"

" Saya tahu saya banyak rahsiakan sesuatu dari awak. Tapi, tolong percayakan saya. Saya buat, ada sebabnya "

" Tak apa lah. Saya tak kesah dah. Ikut suka hati awaklah nak buat apa pun. Saya hanya isteri, tak tahu apa - apa. Lagipun, awak kan berkemahiran. Pandai, kacak, kaya... Saya pula, isteri yang di beli "

" aera... Jangan lah cakap macam tu. Awak buat saya rasa bersalah pula "

" Tak apa... Saya hanya cakap perkara betul " aera membuka pintu lalu melangkah masuk. Yuta pula tidak bergerak mengikut aera masuk ke dalam rumah kerana dia terlalu berasa bersalah.

Di dapur...

aera sedikit terkejut melihat tetamu yang datang ke rumah mereka.

" Hai aera, mari duduk " Laung Tooru yang sudah duduk di atas kerusi meja makan bersama keluarganya.

" Kenapa kau ada sekali... " Monolog aera.

" Maaflah aera, ibu tak sangka pula dia ada sekali. Mari duduk, aera " Ibu tiri Yuta bersuara. aera hanya senyum sebaris lalu berjalan ke meja makan. Bukan Tooru sahaja yang ada, pakciknya pun ada juga. Ini bukannya family time.

" Kenapa dia ada sekali ? " Suara Yuta mengejutkan mereka.

" Dah lah Yuta, mari duduk sebelah aera " Ibu tiri Yuta membalas. Yuta menjeling Tooru lalu duduk di sebelah isterinya.

" aera sihat ?" Soal Atsu. aera hanya mengangguk tanpa memandang Atsu yang duduk di hadapannya.

" Pakcik tahu kamu ma... " Balasnya lalu kata - katanya tergantung selepas aera bersuara.

" Sekarang waktu makan, saya tak nak cakap apa - apa " Balasnya. Ibu tiri Yuta yang hanya menjadi tontonan perbualan mereka berdua mula bersuara untuk menenangkan keadaan. Tapi lain yang jadi...

" Ahmm... Tooru kenal aera dan Yuta ya ?" Soalnya.

" Ahh ya. Saya kenal mereka sangat - sangat. Lagi - lagi dengan aera. Kami memang rapat " Tooru membalas.

" Lah ya ke. Kamu dengan aera kawan baik lah kan ?" Tekanya. Tooru tersenyum sinis lalu memandang aera kemudian kembali memandang ibu tiri Yuta.

" Bukan tu... Saya sebenarnya teman lelaki aera " Tooru membalas. Pandangan ibu tiri Yuta bertukar menjadi terkejut. aera dan Yuta pula memandangnya tajam.

" Aku dah agak, kau datang ke sini sebab ada niat tak baik !" Yuta memarahinya.

" Jap, kenapa kau nak marah pula ni ? Bukan kau kata nak berpisah dengan aera ke. Kau memang nak ceraikan aera kan ? " Tooru membalas. Semakin panas hati Yuta mendengar kata - kata Tooru.

" Nampaknya, aera dah bersetuju nak diceraikan " Sambungnya lagi. aera memandang Tooru dengan pandangan terkejut.

" Sekejap, makcik tak faham lah maksud kamu berdua ni. Sesiapa, boleh terangkan ? " Ibu tiri Yuta mula bersuara.

" Lah... makcik tak tahu lagi ? Tak pe, biar saya terangkan " Tooru membalas.

" Sebenarnya, perkahwinan mereka hanya lakonan sahaja, tanpa ada rasa cinta. Diorang tak pernah berkenalan sebelum kahwin pun. aera pula, gadis yang dibeli oleh Yuta di suatu cafe. Bila makcik selalu paksa Yuta cepat berkahwin, dia ambil kesempatan untuk mempergunakan aera dan jadikan aera sebagai isteri. Makcik mungkin fikir yang mereka berdua saling mencintai, padahal tak pernah pun " Terangnya.

" Sampai satu hari, Yuta dah tekad untuk ceraikan aera. Yalah, dah mereka tak pernah bercinta, buat apa nak tinggal bersama lagi " Sambungnya.

" Betul ke aera, Yuta ?" Ibu tiri Yuta menyoal. aera hanya memandang ibu tiri Yuta dengan pandangan bersalah.

" aera, masih ingat lagi surat ni ?" Tooru menyoal sambil memegang sampul surat yang pernah dilihatnya.

" Tak sangka pula awak dah tanda tangan surat ni " Isi sampul surat dikeluarkan lalu Tooru memberikan kepada Yuta. Surat perjanjian penceraian kini berada di tangan Yuta. Di tenungnya lama tanda tangan aera yang jelas di atas kertas tapi masih belum lengkap tanpa tanda tangan atau persetujuan pihak suami. Yuta memandang aera dengan pandangan tidak sangka.

" Kenapa... Kenapa awak tanda tangan surat ni ? Awak betul - betul nak diceraikan ke ?" Yuta menyoal.

" Saya tak... " aera membalas lalu kata - katanya tergantung apabila ibu tiri Yuta bersuara.

" Ibu... kecewa dengan kamu berdua " Ibu tiri Yuta bersuara.

" Ibu, kami... " Sekali lagi kata - kata aera tergantung.

" Cukup. Ibu nak berehat sekejap " Balasnya. Ibu tiri Yuta berlalu pergi tanpa memandang Yuta dan aera. Yuta menjeling aera lalu turut beredar pergi. Surat perjanjian penceraian di biarkan di atas meja makan.

" Apa korang buat ni... Sampai hati korang buat... buat hidup aku macam ni. Cukuplah sekali je perkara tu berlaku. Kenapa korang ulangi lagi... " aera bersuara sambil menangis teresak - esak.

" Saya sebenarnya nak tolong awak je. Sebab tak sangka awak dah tanda tangan surat tu " Tooru membalas.

" Boleh korang berambus dari sini tak... " Balasnya.

" Baiklah, kami pergi dulu " Atsu membalas lalu beredar pergi bersama Tooru.

" Aku patut rasa menyesal sebab tanda tangan surat tu... Kenapa aku masih berfikiran kebudak - budakkan lagi... " Monolognya.

Kare Wa Watashi No Tsumadesu[彼は私の妻です]Where stories live. Discover now