Part 75

50 5 0
                                    

"Jaehyun , aku nak minta tolong sikit boleh tak ?"Soal Yuta kepada Jaehyun melalui talian.

" Boleh je.Nak aku tolong apa ? "Balas Jaehyun.

"Tolong ambilkan aera kat rumah aku.Kemudian hantar dia ke rumah ibu aku"Balas Yuta.

" Ouh boleh je.Tapi , kenapa kau tak hantar dia sekali ? "Balas Jaehyun.

"Ahmm...aku ada kerja lah"Balas Yuta.

" Ouh okay.Nak aku jemput aera bila ? "Balas Jaehyun.

"Ahmm esok pagi.Boleh ?"Balas Yuta.

" Boleh je "Balas Jaehyun.

"Okay.Thank you Jaehyun"Balas Yuta.

" Welcome "Balas Jaehyun kemudian panggilan dimatikan.

Di rumah Yuta.

"aera , esok awak balik rumah ibu ya"Kata Yuta kepada aera.

"Hmm..."Balas aera.

"Ahmm esok awak balik dengan Jaehyun , boleh ?"Balas Yuta.

"Kenapa bukan awak yang hantar ?"Soal aera.

"Kalau saya yang hantar , awak mesti tak sudi"Balas Yuta.

"Tahu pun"Balas aera.

"Huhh...aera , awak masih marahkan saya ke ?"Soal Yuta selepas mengeluh.

aera tidak membalas soalan Yuta kemudian pergi beredar.

Di dapur.

aera menuju ke peti sejuk dan ternampak pil ubat kepunyaan Yuta di atas meja makan.

Dalam hati aera , dia ingin melihat isi kandungan pil ubat tersebut.Tetapi...

"Huhh...buat apa aku nak pedulikan dia"Kata aera seorang diri lalu membuka peti sejuk dan mengambil skotak air susu yang sesuai untuk kandungannya.

------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya.

"aera ? Dah siap kemas barang ?"Soal Yuta yang baru tiba di hadapan pintu biliknya.

"Dah"Balas aera dengan muka masamnya sambil menyusun kotak masuk ke dalam almari.

Yuta melihat bag bagasi aera lalu pergi mendekatinya.Yuta membuka bag bagasi aera dan terdapat banyak pakaian aera di dalamnya.

"aera ? Kenapa bawa banyak sangat baju awak ? Awak duduk rumah ibu sekejap je kan.Ni dah macam nak pindah pula"Kata Yuta.

"Saya tak layak duduk dekat sini.Saya tahu awak lebih sukakan kesunyian"Balas aera lalu menuju ke bag bagasinya dan membawanya turun ke bawah.

"Dia betul-betul fikir yang aku akan ceraikan dia...Tapi , aku akan kekalkan hubungan aku dengan dia..."Bisik Yuta dalam hati.

Di ruang tamu.

Yuta merenung aera yang sudah lama tercegat di hadapan pintu utama rumahnya sambil menunggu kedatangan Jaehyun.

Tiba-tiba mereka berdua terdengar bunyi kereta berhenti di hadapan rumah mereka.

"Jaehyun dah sampai"Kata Yuta seorang diri lalu menuju ke pintu utama dan membukakan pintu.

aera ingin membawa bag bagasinya masuk ke dalam kereta tetapi di tahan oleh Yuta.

Mereka saling berpandngan.

"Biar saya yang bawakan"Kata Yuta yang telah siap sedia memegang bag bagasi aera.

aera mengeluh dan membenarkan Yuta membawa bag bagasinya masuk ke dalam kereta Jaehyun.

Yuta membawa bag bagasi aera masuk ke dalam bonet kereta.

aera pula berjalan menuju ke perut pintu kereta Jaehyun.Kemudian , dia memandang Yuta.

"Bye..."Ucap aera lalu membuka pintu dan masuk ke dalam kereta.

"Bye aera..."Balas Yuta.

Setelah selesai Yuta meletakkan bag bagasi ke dalam bonet , Yuta berdiri di hadapan pintu rumahnya sambil melihat kereta Jaehyun meluncur keluar dari kawasan rumahnya.

Yuta mengeluh kemudian meraup rambutnya dengan kasar.

--------------------------------------------------------------------------

Di luar bangunan kelas melukis.

Jiu keluar dari bangunan dan kemudian dia tersengih kebingungan.

"Huhh...Kenapa aera tak datang kelas hari ni ? Tak sihat ke ?"Soal Jiu seorang diri.

"Ahh lantak dia lah.Buat apa aku ambil kisah pasal dia"Kata Jiu seorang diri lagi lalu berjalan menuju ke keretanya.

Tiba-tiba , seorang lelaki memegang tangannya dengan kuat.

"Hey ! What are you doing ?!"Kata Jiu sambil mencuba untuk melepaskan tangannya dari tangan sorang lelaki itu.

"Hello Jiu.Do you still remember me ?"Kata lelaki itu.

"Kau ?! Kau nak apa lagi haa ?! Tak cukup ke apa yang kau dah buat dekat aku ?! Aku nak kau berambus ! Berambus !"Balas Jiu dengan marah sebaik sahaja melihat wajah lelaki itu.

"Baby , i miss you so much.You tak rindu kat i ke ?"Balas lelaki itu yang bernama Kang Joon Hee.

"Aku dah kata kat kau kan , aku tak cintakan kau ! Aku benci dengan kau !"Balas Jiu.

"Since bila kau layan aku macam ni ? Kau banyak berubah lah"Balas Joon Hee.

"Lantak aku lah nak berubah ke tak nak ! Yang kau tu menyibuk pahal ?!"Balas Jiu.

"Haihhh...kau masih cintakan Yuta kan ?Move on lah Jiu.Yuta dah berkahwin , dia dah ada kebahagiaan sendiri"Balas Joon Hee.

"Ya , memang aku cintakan dia.Aku tak kesah lah dia tu dah kahwin ke belum.Yang aku nak , dia akan jadi milik aku !"Balas Jiu.

"Aku tak tahu lah nak buat macam mana lagi dekat kau.Susah sangat ke nak lupakan Yuta ? Kau kalau masih ganggu rumah tangga dia , mungkin dia akan benci dekat kau selama-lamanya"Balas Joon Hee

" Ahh ! Semaklah kau ni !"Balas Jiu lalu melepaskan tangannya dari tangan Joon Hee.Jiu segera memasuki ke dalam keretanya kemudian mengeluncur keluar dari kawasan tersebut.

"Jiu , kau akan jadi milik aku juga"Kata Joon Hee seorang diri.

Kare Wa Watashi No Tsumadesu[彼は私の妻です]Where stories live. Discover now