Part 69

57 7 0
                                    

Di ruang makan.

"Woww ! Nampak special je hidangan makan malam hari ni"Kata Yuta yang baru sahaja masuk ke ruang makan bersama aera.

"Hahaha...Jaehyun teringin nak makan masakan Miya.Miya kan pandai masak"Balas ibu Yuta sambil meletakkan pinggan di atas meja.

"Amboi Jaehyun.Pandai meminta pula ya.Hahaha"Balas Yuta dengan gurauannya.

"Ahaha...tak salah kan.Lagipun aku dah lama tak rasa masakan Miya.Rindu pula..."Balas Jaehyun sambil menarik kerusi meja makannya lalu duduk.

"Mana mama kamu ?"Soal ibu tiri Jaehyun.

"Dekat tandas.Nanti mama turunlah"Balas Jaehyun.

"Kau duduk sini lama lagi ke ?"Soal Yuta.

"Hmm entah lah.Aku ikut mama aku.Tapi aku rasa tak lama kot.Mama ngan papa bukannya lama sangat bergaduh"Balas Jaehyun.

"Hmm...okay"Balas Yuta lalu memandang aera.

"Kenapa ? Mama aku ada buat korang terasa ke ? Kalau ada , aku nak minta maaf bagi pihak dia.Kau faham kan mama aku memang suka cakap melepas macam tu je.Tak fikir pasal hati orang"Balas Jaehyun.

"Hmm.Tak pe , aku dah terbiasa.Cuma aku risau yang mak kau akan ganggu emosi aera je"Balas Yuta.

"Haah lah...Tak pe , biar aku jaga mak aku daripada terjumpa dengan aera.Kau jangan risau lah"Balas Jaehyun.

"Hmm okay.Thank You"Balas Yuta.

"Amboi.Tak de sesiapa nak ajak aku makan ke"Kata Haejin yang baru tiba di ruang makan.

"Ehh kakak , jemput lah makan sekali.Tadi Jaehyun kata kakak dekat tandas.Kitorang tunggu je lah"Balas ibu tiri Yuta.

"Huhh...tak nak lah aku makan dengan budak kurang ajar tu.Nak terloya aku makan satu meja dengan budak tu"Balas Haejin.

"Haa ? Kakak maksudkan siapa ?"Soal ibu tiri Yuta.

"Siapa lagi kalau bukan menantu kau tu"Balas Haejin.

"Mama , depan rezeki ni.Jangan lah nak buat hal"Kata Jaehyun.

"Selagi budak miskin ni ada dekat sini , aku tak nak makan !"Balas Haejin sambil menunding jari ke arah aera.

"Hmm kalau kakak tak nak makan , tak apa.Tapi jangan menyesal kalau makanan dah habis"Balas ibu tiri Yuta sambil menarik kerusi meja makan lalu duduk.

"Kau cakap apa ?! Tak payah nak manjakan budak ni sangat lah ! Baru berapa bulan mengandung dah nak manja.Belum sarat lagi !"Balas Haejin.

"Tak pe lah ibu , aera naik atas dulu.Biar puan Haejin yang makan bersama.Saya tahu , saya ni kan hanya menumpang"Kata aera lalu bangun dan ingin pergi tetapi Yuta menahannya dengan memegang tangan aera.

Mereka saling berpandangan.Yuta mengelengkan kepalanya menandakan ' Jangan pergi '.

"aera , duduk"Arah Yuta.

"Tak pe lah saya..."Balas aera separuh dan kata-katanya tergantung selepas Yuta bersuara.

"aera , tolong dengar arahan saya"Balas Yuta dengan suara yang agak tegas lalu aera mengikut arahan kerana dia rasa Yuta sedang serious.

"Mak cik.Kalau makcik tak nak makan dengan aera , makcik makan lah sorang-sorang.Kami selesa je makan bersama dia.Kalau makcik tak suka , mak cik boleh keluar"Kata Yuta.

"Apa ?! Beraninya kau cakap macam tu dekat aku ya ?! Kau tahu tak kau tu siapa..."Balas Haejin dan kata-katanya tergantung selepas Yuta bersuara.

"Mak cik hanya mak cik tiri saya je ! Tak ada pertalian darah langsung lah !"Balas Yuta.

"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni haa ?! Kau tak fikirkan pasal mak kau ke ?! Dia pun akan terasa !"Balaa Haejin.

"Kakak , kita pun adik-beradik tiri juga.Jadi , buat apa saya nak terasa apa yang Yuta kata.Lagipun , dia cakap benda betul kan"Balas ibu tiri Yuta selamba.

"Korang sanggup pertahankan perempuan miskin ni ya ?! Sampai tak fikirkan orang yang lagi tua dari korang !"Balas Haejin lalu beredar.

"Aduhaii...waktu macam ni jugalah dia nak cari pasal"Kata ibu tiri Yuta seorang diri.

"Maafkan saya.Kalau saya tak menyibuk dekat sini , korang takkan gaduh"Kata aera sambil menundukkan kepalanya kerana berasa serba salah.

"Bukan salah awak pun.Makcik yang mulakan.Apa yang dia tak puas hati pun saya tak tahu"Balas Yuta.

"Okay okay.Mari kita makan.Dah nak sejuk dah tu"Kata ibu tiri Yuta lalu menyedokkan lauk ke pinggan aera.

Kare Wa Watashi No Tsumadesu[彼は私の妻です]Where stories live. Discover now