Pada pukul 3 pagi tersebut,
'woi!! apa lagi... jom ah...', ajak Tenok. geng nya dengan malasnya mengikut Tenok dari belakang sambil mengheret Aqeel. 'tolong!! someone tolong saya!!!!', raung Aqeel. tapi geng Tenok tetap mengheret mereka sehinggalah sampai di hadapan perpustakaan. 'ha.. kita dah sampai...' , kata Tenok sengaja menakut nakutkan Aqeel. Tenok pun mengeluarkan kunci perpustakaan dari poketnya. kunci itu ada padanya kerana dia telah menjadi orang kepercayaan cikgu perpustakaan iaitu cikgu Aisyah. dia pun membuka pintu perpustakaan lalu mengheret Aqeel masuk dan secara tiba-tiba, komputer perpustakaan yang berada di kaunter terbuka. Tenok dengan rasa cuak melangkah keluar bersama Aqeel dan tiba-tiba pintu tertutup seraya terkunci bagaikan ada seseorang di dalam perpustakaan tersebut yang tidak mengalu alukan kedatngan mereka. 'wei, aku rasa memang perpustakaan ni ada 'benda' jaga ah', kata Tenok kepada kawannya. habis sahaja Tenok berkata, pintu perpustakaan bergoncang dengan kuat umpama mahu tercabut. mereka terus membuka langkah seribu meninggalkan perpustakaan yang berpen'jaga'. sebenarnya niat Tenok hanya mahu menakutkan Aqeel tapi dia pun terkena sekali.
Pada keesokan harinya, di bilik sakit,
'wei, betul ke semalam tu?', tanya Tenok kepada Zharin yang merupakan salah seorang kawannya. 'betullah.. ish ko ni.. lain kali jangan ajak aku kalau ko pun penakut.. kalau aku tak ikut ko malam tadi aku dah ada kat kelas sekarang ni', kata Zharin. 'alah ko ni.. sekali sekala duk bilik sakit satu geng.. lek lek dah ar', kata Tenok selamba. selepas diserang bunyi kuat semalam, mereka terus demam kecuali Aqeel. 'wei, aku pelik arh.. apahal kita yang demam bukan budak tu..', tanya Rafi kepada Tenok. 'entah ah.. maybe dia dah selalu baca buku seram kot' kata Tenok melegakan hati Rafi. mereka terus berborak sehingga pukul 9 pagi lalu mereka menyambung lena yang tertangguh semalam.....
Pada malamnya,
'woi, apahal ko tak demam semlam? kitorang pulak yang kena..' kata Tenok kepada Aqeel. 'eh, apa abang cakap ni?', kata Aqeel kepelikan. 'alah yang semalam yang ko ikut kitorang g perpustakaan tu..' selamba Tenok. 'eh.. mana ada saya ikut abang pergi perpustakaan semalam. saya kat dorm dengan kawan saya main chess. kalau abang tak percaya abang boleh tanya dia sendiri', kata Aqeel, bertambah kepelikan. air muka Tenok berubah seraya membuka langkah seribu berjumpa dengan kawan-kawannya.
Setelah sampai di tempat perjumpaan kawan-kawannya,
'wei, korang. semalam kita g perpustakaan ngan Aqeel an?' tanya Tenok dalam nada kecemasan. 'a'ah.. pehal? ada pape ke', tanya Rafi, kepelikan. 'korang nak tahu tak yang sebenarnya Aqeel yang kita bawak semalam tu bukan Aqeel' kata Tenok dengan perlahan. 'weh, ko jangan main-main Nok. dahlah kita kena kacau semalam. ni ko nak cakap kita bawak 'benda' tu pulak ke?', kata Zharin keseriusan. 'sumpah, aku tak tipu. budak tu yang ngaku dia tak ikut kita. siap ada bukti tau', kata Tenok sambil menunjuk tangannya seperti bersumpah.
Habis tu diorang bawak sapa malam tadi?