Seminggu selepas kejadian,
Tenok dan gengnya cuba untuk menyiasat apakah yang mengganggu mereka itu.. Jadi tepat pukul 12 malam, mereka pergi ke perpustakaan bersama bantuan seorang junior bernama Ahmad yang ada sixth-sense.. Kali ini mereka cukup bersedia untuk berhadapan dengan apa yang bakal terjadi.. Dalam perjalanan mereka, Ahmad kelihatan amat takut sekali.. Ini kerana Ahmad ternampak banyak 'benda' berkeliaran di sekeliling mereka lalu menyeru sesuatu yang menyerupai perkataan 'Tenok' berulang kali.. 'Benda' itu kelihatannya suka akan kehadiran Tenok di situ.. Mereka semua diam sehinggalah Rafi memulakan perbualan.. 'weh, Tenok.. aku nampak si budak macam takut jer.. aku pon ada rasa tak sedap hati nih', ujar Rafi sambil melepaskan keluhan yang berat. ' alah ko ni.. lek jer boleh ak?? tak sedap hati manapun aku nak selesaikan misteri ni hari ni jugak', kata Tenok. Seusai perbualan mereka tamat, mereka yang masih berada di tingkat bawah terdengar gegaran pintu perpustakaan.. Tenok berkata sekali lagi,' alah tu pon korang nak goyang ker? baru gegar sket dah nak cabut?', tegas Tenok. Ahli geng mereka yang lain hampir saja membuka langkah seribu tetapi mendengar kata Tenok, mereka tidak berani mahu lari supaya tidak dibelasah tubuh yang terlebih sasa itu..Setelah sampai di perpustakaan,dah sedia korang?', tanya Tenok. 'dah..' kata mereka serentak.
Bermulalah kisah seram mereka..