Happy reading !
Hilaian tawa yang halus itu kedengaran di telinga ketiga-tiga beradik itu dengan jelas sekali terutamanya apabila suara itu mula mendekat. Baekhyun, yang mana merupakan anak sulung dari beradik Jeon itu bangun daripada meja kecil dimana dia mengajarkan kedua adiknya pelajaran yang mereka tidak fahami. Dia melangkah ke arah suara tawa itu.
"Eomma, eomma buat apa dekat sini? Eomma kena tidur ni dah lewat. Eomma dah ambil ubat?" Baekhyun dengan panik terus mengambil sebotol ubat penenang jiwa yang sememangnya dikonsumi oleh ibunya yang merupakan seorang penghidap sakit jiwa.
"Appa kamu mana Baek?"
Baekhyun mengeluh perlahan. "Appa kerja eomma. Dia balik lewat sikit malam ni. Eomma sabar ya. Sekarang eomma tidur dulu." Dengan penuh kasih sayang dua biji pil dihulurkan bersama segelas air mineral kepada ibunya yang masih tampak gelisah.
"Tak nak!" Ibunya menepis laju gelas dan ubat itu. Gelas kaca itu jatuh dan pecah berderai di atas lantai papan rumah tradisional Korea itu.
Wonwoo, anak lelaki kedua yang mendengar bunyi kaca pecah itu terus bangun meninggalkan adik bongsu mereka Jungkook dan ke dapur untuk melihat abang dan ibunya. "Ada apa hyung?"
Baekhyun mengeluh. "Entah, kau yang lupa bagi eomma ubat kan?"
Wonwoo menelan air liur perlahan. Ya, benar dia terlupa kerana dia terlalu penat sebaik sahaja pulang daripada akademi polis. "Maaf.."
Baekhyun mengangguk faham. "Kau suruh Kook masuk tidur dan lepastu datang tolong aku urus eomma sebelum lebih banyak benda pula yang dia pecahkan."
Wonwoo angguk dan akur. Apabila dia kembali ke dapur, amukan si ibu sudahpun surut dan dia melihat luka pada lengan Baekhyun yang menjalar panjang. Nampaknya, ibu telah bertindak sedikit agresif daripada biasa.
"Tolong aku angkat eomma ke bilik."
Sekali lagi, Wonwoo mengangguk. Dia sememangnya anak, abang dan adik yang patuh. Segala suruhan selalu dia ikut dan patuh kerana dia tidak pernah ringan mulut mahu berbalas kata atau menolak.
Sebaik selesai mengangkat ibu mereka ke bilik, keduanya berhenti di hadapan pintu dan saling menatap antara satu sama lain.
"Ini semua salah kau." Baekhyun mendengus sambil menunjukkan lengannya. "Aku tak faham kenapa kau orang tak setuju dengan cadangan appa untuk letak eomma di rumah sakit jiwa. Yela kan, penanggung kesusahan yang kena sara eomma dekat rumah ni aku, sebabtu korang tak kisah langsung!" Amarahnya dilepaskan dengan tengkingan.
Wonwoo tertunduk. "Tapi kami sekolah dan Woo akan mula kerja tak lama lagi da-"
"Diam! Kau tak akan pernah faham! Bukan kau yang selalu berurusan dengan sisi gila eomma. Bukan kau yang urus makan pakai dia. Appa kerja, kau praktikal dan si budak Kook tu sekolah. Yelah kan, salah aku juga sebab bodoh dalam pendidikan ni." Baekhyun mencerlung tajam ke arah adiknya.
Wonwoo mula berdiri gelisah. "Takkan lah kita nak letak eomma di rumah sakit jiwa sedangkan hyung boleh jaga?"
Baekhyun mendengus. "Ya, aku memang boleh jaga. Tapi, kau..." Baekhyun menghalakan jari ke wajah Wonwoo. Lengannya yang luka diabaikan.
"Tugas kecil untuk beri ubat dekat eomma pun kau tak mampu buat. Kau tak pernah sekepala dengan idea aku dan appa. Kau dengan Kook selalu fikir tentang otak eomma yang dah tak waras tu. Aku bukan tak sayang eomma, aku sayang tapi aku takut aku pula yang naik gila mengasuh dia nanti!"
Wonwoo menajamkan matanya, mula merasakan bahawa dia perlu menegakkan sesuatu, namun loceng yang berbunyi auomatik menghentikan pergaduhan itu tadi. Baekhyun terus bergerak membuka pintu. Ayah mereka telahpun pulang dari bekerja.
"Appa, welcome home."
Wajah ayah mereka tampak sekali penat. "Eomma okay?"
Wonwoo baru sahaja hendak mengangguk namun Baekhyun sudahpun menunjukkan lengannya yang terluka kepada si ayah, membuatkan si ayah terus berubah wajah.
"Eomma buat?"
Baekhyun angguk. "Bila lagi appa nak hantar eomma ke sana? Baek dah penat." Suara lirih Baekhyun jelas menyentuh sedikit dasar hati Wonwoo yang sememangnya tidak pernah memikirkan keadaan abangnya itu.
"Kita hantar eomma ke rumah sakit jiwa malam ni juga!"
Mata Wonwoo terbelalak. "Tapi, appa!"
Si ayah menggeleng. "Appa taknak nanti salah satu daripada kita mati dek eomma baru kita nak sedar tentang benda ni."
Wonwoo mendengus kuat. "Tapi tu eomma! Eomma yang dah mengandungkan kami semua 9 bulan setiap seorang dan-"
"Diamlah kau." Baekhyun menolak Wonwoo ke tepi.
Dia sudah terlebih dahulu bersama si ayah menuju ke bilik si ibu.
"Appa, sekurangnya tunggulah besok appa kesian eomma tengah tidur!" Wonwoo hampir menjerit.
Baekhyun menjeling Wonwoo tajam. "Kenapa kau nak halang kebahagiaan aku ni?" Baekhyun telahpun menepuk paha si ibu dengan kuat. "Eomma, jom!"
Wonwoo menggempal buku limanya, dia tidak mampu melakukan apa-apa.
Wajah si ibu yang terkejut jelas membuktikan dia begitu terkejut dengan cara kejutan Baekhyun. Si ayah pula hanya membiarkan Baekhyun menguruskan keadaan.
"Jom eomma." Baekhyun mengajak dengan lembut.
Si ibu memerhatikan wajah si anaknya itu sebelum berpaling ke arah wajah Wonwoo yang ketakutan. Dia dapat mengesan sesuatu yang tidak betul. "Kau nak bawa aku pergi hospital eh?! Aku tak sakit! Aku tak gila!" Amukan kecil bermula dengan pukulan-pukulan yang kecil ke lengan Baekhyun sebelum si ibu mula berlari ke arah Wonwoo.
Wonwoo segera memeluk ibunya. "Sabar ya eomma."
"Wonwoo, pujuk eomma." Arahan si ayah membuatkan Wonwoo ragu-ragu. Perlukah dia patuh seperti sebelum ini? Atau perlukah dia pertahankan ibunya?
"Tak apa eomma, Wonwoo akan jaga eomma."
Baekhyun yang sudahpun naik bengang dengan kelembaban Wonwoo mara dan menampar pipi adiknya itu. "Kau jangan sibuklah!"
Baekhyun menarik si ibu dan ibu yang marah melihat Wonwoo ditampar menolak Baekhyun dengan kuat sehingga lelaki berumur 23 tahun itu terjatuh terbungkam di atas lantai. Si ayah terus bertindak menarik si ibu dan si ibu terus mencapai pasu yang berada berdekatan lalu dipukul ke kepala si ayah sehingga lelaki itu jatuh terkulai pingsan. Tidak cukup itu, kepanikannya telah membuatkan dirinya mengambil besi tongkat kaki lalu dia mula memukul kepala si suami dengan kuatnya bertubi-tubi.
Baekhyun dan Wonwoo bergerak serentak menarik si ibu menjauhi si ayah yang mana darahnya sudah mengalir pekat di atas lantai berwarna cerah itu.
"Eomma! Tengok apa kau dah buat dekat appa aku!?!" Baekhyun yang marah terus mengambil pisau pemotong epal yang berada di atas meja lalu ditikam ke dada ibunya sendiri.
Tanpa sempat Wonwoo mahu melakukan apa-apa kerana terkejut, Baekhyun yang terkesima dengan tindakan sendiri sudahpun berlari mengundurkan diri dan mula melarikan diri. Tidak lupa, dia mengambil tabung ibu dan ayahnya yang berada di atas almari.
Wonwoo terjatuh melutut ke atas lantai. Wajah kaku ibu dan ayahnya dipandang dengan mata yang tidak mampu mengalirkan air mata. Suara kecil lelaki yang berumur 13 tahun iaitu adiknya Jungkook kedengaran.
"Hyung... apa dah jadi?" Tangannya waktu itu sedang asyik menggosok matanya yang masih kelam.
Wonwoo sendiri tidak tahu apakah sebenarnya yang telah terjadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/187833878-288-k698553.jpg)
YOU ARE READING
[C] Brothers | Wonwoo , Baekhyun , Jungkook
Fanfiction"Kau tahu tak? Target Detektif Wonwoo ialah abang dia sendiri dan dia masih tak dapat sempurnakan tugas dia tu. " . . Tiga beradik dengan kehidupan yang sangat berbeza setelah kejadian pahit yang besar berlaku dalam hidup mereka. . . author ; @donii...