"Hmm, hyung?" Jungkook mendekati Wonwoo yang baru sahaja ingin memasuki bilik tidurnya. Mereka baru sahaja pulang dari hospital setelah dua minggu Wonwoo menetap di sana sehingga dia hamper mengenal semua doktor dan pesakit di sana.
"Apa?" Balasan Wonwoo dingin, masih tidak begitu senang dengan kenyataan bahawa Jungkook telah mempercayai Baekhyun berbanding dirinya.
Jungkook terdiam, terus menunduk dengan nada daripada abang kandungnya itu. "Kookie minta maaf."
Wonwoo mengangguk dan tanpa menunggu lama, dia terus memasuki bilik tidurnya dan berbaring di atas katil, mencuba untuk melelapkan dirinya dengan memejamkan mata.
Jungkook menatap lama pintu yang ditutup rapat itu. Dia mengangkat tangannya, ingin mengetuk pintu itu lagi namun langkah terus disusun dirinya ke arah biliknya sendiri.
Setelah melabuhkan punggungnya ke atas sofa di dalam bilik tidurnya, Jungkook mengeluarkan telefonnya dan menghubungi nombor Jimin dan Hoseok, dalam panggilan video berkumpulan.
Jimin terus menjawab manakala profil Hoseok masih menunjukkan simbol telefon di sana.
"Annyeong, Kookie!" Jimin menyapa mesra.
"Hai Jimin, aku nak pandangan korang berdua sebenarnya," Jungkook bernada lirih.
Jimin terdiam keliru, apatah lagi Hoseok yang baru muncul di paparan skrin.
"Ni dah kenapa muka macam kena gilis tayar ni?" Hoseok bertanya dengan suara yang kecoh.
Jimin mengeluh. "Hoseok, jaga adab."
Hoseok terus memuncung sebelum dia tersenyum kembali dengan sangat lebar.
"Ada ap ani Kookie? Jangan cakap kau nak kahwin sudah." Hoseok bertanya dengan nada bergurau.
Jungkook tersenyum nipis. "Aku rasa hyung aku marah aku lagi."
Hoseok tertawa besar. "Gila tak marah! Kalau adik aku tiba-tiba dating rumah nak tembak aku, aku mungkin dah tak mengaku adik!" Dia sambung tertawa.
Wajah Jungkook bertambah muram manakala Jimin sudahpun mendengus geram dengan kerenah Hoseok.
"Not helping, Hoseok." Jimin mendengus sebelum dia tersenyum ikhlas kembali, memandang wajah Jungkook pada skrin. "Dengar sini Kook, mungkin sukar dia nak terima kenyataan yang adik selama ni dia saying langsung tak percayakan dia. Wonu hyung perlukan masa."
Hoseok mengangguk, "Aku setuju. Kau tempah lah vacation untuk hyung kau tu pergi berhibur dekat kelab malam ke."
Kali ini, Jungkook memandang datar pada wajah Hoseok.
"Okay, sorry. Mungkin kau boleh ajak dia keluar pergi taman tema dan confess permintaan maaf kau tu." Hoseok tersenyum lebar, merasakan bahawa ideanya adalah sangat bernas.
"Hoseok, shut up. Kau dengar je. Apa yang keluar dari mulut kau 98% tak ada faedah pun." Jimin menghela nafas singkat.
Hoseok terus mengangguk dan diam.
"Okay Jungkook, kau tak perlu nak salahkan diri kau sepenuhnya pun sebab bagi aku, kau layak tahu perkara sebenar dari awal lagi sebenarnya." Jimin cuba mencari idea. "So, kau tak begitu bersalah dalam hal-"
"Aku sebenarnya tahu aku memang bersalah. Aku tak salahkan hyung aku sebab dia memang janji akan bagitahu aku tentang ni bila aku dah betul-betul bersedia. Aku yang pergi percaya Baekhyun bulat-bulat dan lupakan janji hyung dekat aku. Aku pun bodoh tak boleh fikir yang mana betul dan yang mana salah waktu aku se-" Jungkook terdiam, teringat akan kata-kata Wonwoo supaya merahsiakan tentang tindakan dirinya menyerang rumah mereka pada malam itu.
"Apa se se? Cakaplah biar habis." Hoseok menatap skrin dengan keliru.
Jungkook terus menggeleng. "Bye semua, thank you! Aku gerak dulu!"
Jimin dan Hoseok saling menatap skrin.
"Macam mana Jimin? Nak karaoke dengan aku?" Hoseok menaikkan keningnya beberapa kali.
Jimin memberikan pandangan jijik sebelum dia terus mematikan talian.
.
.
Beberapa hari kemudian,
"Eh, kita ada pekerja baru!" Junhui dengan semangat melompat ke arah Wonwoo yang baru sahaja menjejakkan kakinya ke dalam pejabat yang didiami para detektif.
Namun, wajahnya terus pudar apabila Wonwoo hanya memandang datar pada dirinya.
"Sombong betul newbie ni." Junhui mengaitkan lengannya pada bahu Wonwoo. "By the way, bos nak jumpa kau." Junhui tersenyum penuh makna.
Wonwoo menelan air liur. "Dia... ada syak apa-apa ke?" Panik mula menguasai dirinya, risau seandainya Suho tahu mengenai kelakuan Jungkook pada malam itu.
Junhui memandang Wonwoo aneh. "Kenapa? Kau ambik dadah ke?!" Junhui mula menggoncang bahu Wonwoo. "Kenapa Wonwoo? Kenapa kau perlu buat benda macam tu?!"
Wonwoo menepis tangan Junhui dengan kuat. "Ish kau ni. Bila nak matang?" Wonwoo mengeluh. "Kenapa dia nak jumpa aku?"
Junhui mencebirkan bibirnya. "Alah kau ni, lepas keluar hospital makin garang."
"Kenapa bos nak jumpa aku?" Wonwoo megulang soalannya sekali lagi.
"Sebab ni."
Wonwoo menoleh setelah mendengar suara Suho, namun pada ketika itu jugalah dia menerima tamparan hebat pada kepalanya. Kepalanya berdesing seketika sebelum dia akhirnya mampu berfikir.
Suho baru sahaja memukul kepalanya!
Wonwoo memandang bosnya sambil menggosok kesan sakit pada kepalanya. Kemudian, dia memandang Junhui yang sedang tertawa besar.
"Apa semua ni?" Wonwoo bertanya dengan nada menahan geram.
"Boleh kau tanya soalan tu? Tu dendam aku yang dah terbalas. Nasib baik hati aku murni, kalua tak dah memang nazak kau aku kerjakan. Mungkin kau perlu masuk hospital balik." Suho membalas dengan geram. "Dah, masuk pejabat aku. Junhui, kau pun sama!"
Junhui membeku. "Aik, kenapa bos?!" Dia menjerit panik sambal mengejar langkah Wonwoo dan Suho ke pejabat bosnya itu.
"Aku nak kau berdua jalankan misi untuk aku. Secara rahsia." Suho menoleh sejenak untuk mengutarakan ayat tersebut dengan nada perlahan, cukup sekadar didengari oleh Wonwoo dan Junhui.
"Wow." Junhui terdiam lama. "Wow, ni first time. Siapa yang terlibat?"
"Hmm, kau berdua kenal ketua mafia bernama Namjoon? Dia dibunuh semalam dan perang antara mafia akan berlaku kalua tak ada yang selesaikan kes ni. Yang kita risau adalah seandainya mereka akan melibatkan orang awam." Suho mula menerangkan misi sebaik Junhui menutup pintu.
"Perang antara mafia?" Wonwoo termenung sejenak. Pukulan tadi telah melembabkan sel otaknya.
"Ya, antara section Namjoon dengan section..." Suho menarik nafas panjang. "Baekhyun."
Junhui dan Wonwoo sama-sama membeku.
YOU ARE READING
[C] Brothers | Wonwoo , Baekhyun , Jungkook
Fanfic"Kau tahu tak? Target Detektif Wonwoo ialah abang dia sendiri dan dia masih tak dapat sempurnakan tugas dia tu. " . . Tiga beradik dengan kehidupan yang sangat berbeza setelah kejadian pahit yang besar berlaku dalam hidup mereka. . . author ; @donii...