Chapter 1

75 9 25
                                    

5 tahun kemudian....

Roughly ;

Wonwoo : 25

Baekhyun : 28

Jungkook : 18



"Wei kau ni dari tadi lagi aku tengok duduk tenung fail kes tu.."

Teguran oleh si sahabat membuatkan Wonwoo menoleh pada pasangan detektifnya, Junhui.

"Biasalah, kes abang aku. Aku still tak dapat nak kesan dia."

Junhui menggedikkan bahu. "Well, ke kau sebenarnya cuba lengahkan masa sebab tak nak abang kau yang tak guna tu end up dalam penjara?" Dia berjalan mendekati meja Wonwoo dan punggungnya dilabuhkan dengan nyaman di atas meja temannya itu.

Wonwoo melempar perlahan fail kes-kes jenayah yang telah dijalankan oleh abangnya secara aktif semenjak kebelakangan ini. Abangnya, Baekhyun itu telah muncul popular dalam kalangan semua jawatan pihak keamanan negara kerana dirinya masih belum tertangkap sehingga ke hari ini.

Junhui mengambil dokumen itu lalu dibaca dengan malas-malasan. "Wow, dia dah bunuh lima orang tahun ni? Rompak tiga buah bank dengan nilai 80 juta. Wow, abang kau ni? Serius?"

Wonwoo mengeluh. Fail itu dirampas laju. Jam tangannya dikerling sejenak. "Aku keluar dulu. Aku nak ambil adik aku balik sekolah.."

"Yang mana? Jungkook yang nerd tu?"

Wonwoo menyepetkan matanya yang sudah sedia sepet. "Nerd kau kata? Mana ada nerd, dia pakai kaca mata sebab nak berfashion, bukannya sebab rabun pun. Aku pun tak faham citarasa budak tu. Dahlah, aku nak ambil dia sekarang. Kau coverkan lah apa-apa nanti."

Junhui mengangkat tabik dan tersenyum. "Sure thing partner."

Wonwoo mengangguk. Kunci kereta dan telefonnya dicapai lalu dia lekas bergerak ke arah keretanya yang berada khas di tempat parking ketua-ketua detektif. Enjin kereta dinyalakan dan dia duduk termenung di dalam keretanya memikirkan abangnya Baekhyun yang masih belum dia berjumpa setelah lelaki itu melarikan diri lima tahun lepas.

Hidupnya dan Jungkook sangat sukar selepas kejadian besar itu. Mereka dihantar ke rumah anak-anak yatim oleh bapa saudara mereka yang tidak lagi mahu menjaga mereka. Atau lebih tepatnya Jungkook sahaja kerana waktu itu, Wonwoo sudahpun berumur 20 tahun dan boleh mencari rezeki sendiri.

Jadi, Wonwoo menumpang di rumah Junhui sepanjang masa dua tahun sehingga dia mampu menyewa rumah dengan gajinya sebagai detektif biasa ketika itu. Namun, kerjayanya semakin maju dan banyak kes jenayah yang telah dia selesaikan yang mana membuatkan dirinya terus dinaikkan dan dinaikkan lagi pangkat kepada ketua detektif. Gaji sekarang sangatlah lumayan dan sentiasa lebih.

Dia sudah mampu membeli rumah, kereta, motosikal dan juga membayar segala pembiayaan peruntukan sekolah Jungkook yang mana sangat tinggi kerana ianya merupakan tahun graduasinya kali ini. Baekhyun sudahpun mereka lupakan terutama sekali Jungkook. Jungkook tidak tahu bahawa Baekhyun yang telah membunuh kedua ibu bapa mereka. Wonwoo masih giat menipu adiknya itu bahawa ibu dan bapanya bertengkar sehingga membunuh satu sama lain. Dia tidak mahu meletakkan fikiran negatif dalam diri adiknya itu.

Wonwoo yang termenung tersentak apabila telefonnya berdering. Jungkook telah menelefon. Nampaknya, lama juga dia termenung sehingga adiknya itu telahpun menelefon. Panggilan itu dijawab.

"Hell-"

"Hyung! Asal lambat. Kan dah janji nak pergi makan macaron pagi tadi."

Wonwoo tersenyum. Suara Jungkook yang merengek ibarat anak gadis itu sungguh sangat menyakitkan telinga namun juga menenangkan dalam masa yang sama.

[C] Brothers | Wonwoo , Baekhyun , JungkookWhere stories live. Discover now