Chapter 2

60 7 26
                                    


Sosok Wonwoo yang melangkah masuk ke dalam kawasan menunggu itu menghantar aura yang baru kepada kehidupan Jimin dan Hoseok. Mereka terus berdiri. Jimin menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat manakala Hoseok sudahpun menabik hormat lelaki itu. Wonwoo tersenyum nipis.

"Mana satu Jimin?"

Hoseok menelan air liur. Jimin yang nampak kaku dipandang oleh ekor matanya. Dia pun menampar perlahan lengan Jimin untuk menyedarkan lelaki itu.

"Ay -- Ya ya, saya Jimin !"

Wonwoo mengangguk. "Yang ni?"

"J.. Jung Hoseok!"

Wonwoo memandang aneh kedua lelaki seumuran adiknya itu. Memang semua kawan Jungkook sepelik ni ke apa?

"Jungkook mana? Dia sedang dirawat kan?"

Jimin menjuihkan bibir ke arah bilik yang berada tepat di hadapan mereka. "Yang ni."

"Mestilah bilik ni hyung, kalau tak buat apa tunggu kat sini..." Balasan Hoseok yang keluar tanpa sengaja itu membuatkan Jimin memandangnya dengan mata membesar sambil lengannya mula menerima tamparan kecil sahabatnya itu.

Wonwoo pula terus tergelak melihat riaksi keduanya itu. "Okay, duduklah. Hyung nak tanya sesuatu."

Sekali lagi, air liur ditelan.







Baekhyun melangkah keluar dari museum yang akan membuat pameran penemuan permata bersejarah yang mana permata itu sudahpun berada di dalam poketnya. Dengan tenang, dia memberikan senyuman kepada pengawal museum yang menyapanya terima kasih kerana sudah berkunjung.

Atau lebih tepatnya, sudah mencuri.

Lalu, apabila loceng yang nyaring berbunyi, tanda kecurian telah berlaku, Baekhyun sudahpun menapak masuk ke dalam keretanya dan memecut laju. Senyuman lebar menggaris di dua ulah bibirnya apabila kawannya Chanyeol menghulurkan tangannya untuk mengambil permata itu.

Baekhyun memgeluarkannya dan permata itu bersinar indah.

"Tahniah, Baekhyun. Mungkin kereta baru akan menanti kau." Chanyeol menyapu permata itu dan menyembunyikannya ke dalam sebuah peti kecil berkod.

Baekhyun mengangguk laju sebelum wajahnya berubah riak, terdiam. "Tapi,"

Chanyeol menoleh. Kaca mata hitam yang bersangkut pada hidung panjangnya itu diturunkan supaya dia boleh melihat wajah kawannya itu tanpa filter.

"Tapi apa?"

"Aku rasa aku nak cari pewaris untuk segala harta aku ni."

Chanyeol tersenyum sinis. "Harta curi pun nak pewaris juga ke?"

Baekhyun mengangguk. "Still titik peluh aku kan." Terlihat bangga dengan jawapannya sendiri.

Chanyeol mengangguk. "Betul, jadi kau nak siapa jadi pewaris kau?"

Baekhyun mengetuk steer kereta dengan kedua jari telunjuknya. "Aku tak tahu. Keluarga kau tak ada ke yang berminat dengan dunia kongsi gelap ni, ha?"

Chanyeol mengernyitkan matanya. "Bodoh kau ni, aku mana ada keluarga dah."

Baekhyun terdiam sejenak. Ya, Chanyeol sudah tidak mempunyai keluarga. Tapi, dirinya masih mempunyai dua adik lelaki.

"Kau ada adik kan?"

Baekhyun menggeleng laju. "Takkan lah aku nak suruh si Wonwoo yang tak pernah langgar peraturan tu untuk warisi segala harta haram aku ni?" Suaranya sedikit naik kerana rasa amarah mula muncul memikirkan adiknya itu.

[C] Brothers | Wonwoo , Baekhyun , JungkookWhere stories live. Discover now