Chapter 4

53 8 41
                                    


Sebaik sahaja melihat kelibat Jungkook yang Wonwoo lakukan ialah mengajak Suho ke tingkat atas. Dia tidak boleh membenarkan Suho melihat Jungkook atau kehidupan Jungkook akan hancur selepas ini. Jadi, dia pun menarik Suho ke dalam biliknya lalu dengan penuh rasa bersalah, dia memengsankan bosnya itu dengan satu pukulan kuat di kepala.

"Hopefully tak mati." Wonwoo berbisik perlahan.

Dia pun melangkah turun dengan pistol yang kemas berada di tangannya.

Akhirnya dia bertembung dengan dua manusia itu tepat di ruang tamu.

"Mewah juga rumah kau. Tapi tak semewah rumah aku lah." Baekhyun bersuara manakala Jungkook pula seolah-olah sangat benci akan dirinya. Di wajahnya sudah tidak ada lagi kesan innocent namun penuh benci yang dia tahu ditujukan kepada dirinya.

"Maksud kau rumah yang tak sepatutnya jadi hak kau langsung, hyung?" Wonwoo membalas tenang. Ketiga-tiga mereka bersenjata dan Wonwoo tahu dia tidak mempunyai nasib langsung dengan mereka.

"Tak lah seteruk membunuh mak sendiri." Jungkook menyampuk dengan nada penuh amarah.

Sekarang, Wonwoo sudah faham segalanya. Jadi, dirinya yang telah dipersalahkan.

"Oh, jadi inilah muslihatnya? Kau bagitahu aku yang bunuh eomma sedangkan kau yang bunuh eomma sebenarnya?"

Jungkook terdiam sejenak lalu kedua abangnya itu dipandang bergilir-gilir.

"Apa?"

"Jungkook kau diam." Itu adalah pertama kalinya Wonwoo begitu kasar dengan Jungkook yang membuatkan Jungkook betul-betul terdiam.

Baekhyun tersenyum lebar ke arah Jungkook. "Kau berdua ni memang bodoh. Walaupun sekolah still bodoh. Aku rasa memang darah bodoh mengalir dalam keturunan kita kot."

Wonwoo mendengus tidak suka.

Jungkook mula berasa gelisah, rasa tidak tenang, bersalah. Badannya mula berpeluh dan dia mula persoalkan apa yang dia telah lakukan dan apa yang dia akan lakukan kepada Wonwoo. Ya, dirinya sangat bodoh sekali.

"Aku datang nak tamatkan riwayat hidup kau. Itu saja. Nampaknya Jungkookie pun dah tahu kebenaran so apa kata kalau kedua-duanya mati bersama?" Baekhyun mula menyediakan pelurunya dan belum sempat dia melancarkan  tembakan bertubi-tubi telahpun dilancarkan oleh Chanyeol yang berada di belakang pintu kepada Wonwoo membuatkan tubuh itu jatuh tersungkur ke atas lantai dengan mudah dengan darah yang mengalir laju keluar dari badannya.

Baekhyun terdiam. Dia terus menjerit supaya Chanyeol menghentikan tindakannya. Senjata Jungkoom dirampas dan Jungkook dibiarkan disana dan mereka berdua terus beredar meninggalkan Jungkook yang terkaku melihat abangnya itu.

Suho yang baru tersedar semula akan bunyi tembakan terus berjalan senormal mungkin menuruni tangga. Sosok Wonwoo yang kaku di lantai dipandang dengan penuh terkejut. Tanpa melengahkan masa ambulans terus ditelefon.

Jungkook dipandang.

"Kau kena jelaskan apa yang dah berlaku." Suho berkata tegas sambil mendekati Wonwoo. Dia memeriksa nadi Wonwoo yang sangat lemah dan kemudian dia mengira das tembakan yang berjumlah lapan semuanya.

"Sabar, jangan mati lagi. Aku masih kena balas dendam kau pukul aku tadi."










Wonwoo tersedar dan perkara pertama yang mula menyerang dirinya adalah kesakitan yang sungguh memeritkan. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri dengan lirikan ekor mata kerana dia tidak mampu mengumpul kekuatan untuk menolehkan kepalanya.

Dia ternampak lima lelaki di dalam wadnya itu. Kelima-lima mereka sedang tekun membaca katalog kesihatan yang disediakan di atas meja pesakit. Apa yang ada dalam katalog tu?

[C] Brothers | Wonwoo , Baekhyun , JungkookWhere stories live. Discover now