Ji Haera
Aku dibawa oleh Kim Taehyung tadi ke suatu tempat seolah markas.
Eh,markas itu bukan yang dalam lagu itu ke?
'Bila ku dengar bunyi marakas~'
Ah,macam mana droid macam aku boleh jadi merepek ini?Ataupun lagu itu memang telah diprogramkan bersama dengan aku?
Sedang fikiran aku melayang,Taehyung melabuhkan duduknya di bangku yang aku duduk.
Betul-betul di sebelah aku.
Ya tuhan,hampir gugur jantung robot aku!
![]()
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain. "Kau tengok apa?"
Apahal garang pula ni,tadi gentleman sangat lahai.
Aku cepat menoleh ke hadapan semula.
Tempat ini dikelilingi rumput.
Tenang dan cantik.
Sebab itulah aku keliru tadi tempat ini markas ke marakas.Eh?
"Berapa lama kau sudah diprogramkan?"
"Entah.Yang pasti baru lagi."aku tersenyum lantas memandang ke hadapan semula.
"K-kenapa kau jawab macamtu?"
Kenapa?Aku ada jawab Bahasa Zimbabwe ke tadi?
Dia tiba-tiba melutut di hadapan aku.Kepalanya didongakkan,mata aku direnung lama.Mukanya berkerut seribu.
"S-saya ada salah cakap ke?"aku keliru.
Tangannya tiba-tiba merayap ke leherku.Mataku masih direnung sedalam-dalamnya.
Ah,jantung droid aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
you™ | kth
RandomKadangkala kita terlalu kerap menyalahkan takdir. Takdir tak pernah salah,kita yang salah sebab tak pernah mencuri peluang yang takdir berikan secara percuma kepada kita. Lebih daripada sekali, Ditemukan oleh takdir tetapi dianggap kebetulan. Diberi...