Ji Haera
Selepas sahaja aku diperiksa berkali-kali di bilik yang buat aku hampir buta tadi,aku dibawa ke sini.
Sebuah bilik yang dindingnya putih belaka.
Kosong.
Hanya ada aku dan kerusi putih yang digunakan untuk aku duduk sahaja.
'Hangar 5D kepada Code 003,sila beri respon.'suara yang entah dari mana itu memaksa aku memberi respon.
"Erm,Kod 003 kepada Hangar 5D,sedia untuk diprogram."aku hanya menutur kata yang tidak semena-mena terlintas di minda aku.
'Code 003-'
'SISTEM DICEROBOH.'
Belum sempat suara tadi menghabiskan percakapannya,tiba-tiba sahaja lampu di sana dan sini berubah merah.
Siren berbunyi dan suara yang mengatakan sistem telah diceroboh pula asyik mengulang perkataan tersebut.
Tiba-tiba seorang lelaki dengan memakai baju kalis peluru dan sebagainya memasuki bilik ini bersama senapang di tangannya.
Lelaki tersebut dengan tergesa-gesa mendekati aku sambil mengacu senapang itu kepada aku kadang ke sekeliling bilik.
Situasi terlalu kalut.
Topengnya dibuka dan dia melihat ke mata aku sekilas sebelum dia menolak kepalaku ke bawah seperti mencari sesuatu di belakang tengkukku.
"AD01 kepada Unit 6,satu lagi program dijumpai dan kodnya-"lelaki tersebut seolah terkejut selepas melihat sesuatu di belakang tengkukku.
Automatik dia berundur ke belakang sedikit sambil mataku direnung penuh ketakutan.
'AD01.AD01.Bagitahu kod dengan kadar segera.'
"-003"
YOU ARE READING
you™ | kth
RandomKadangkala kita terlalu kerap menyalahkan takdir. Takdir tak pernah salah,kita yang salah sebab tak pernah mencuri peluang yang takdir berikan secara percuma kepada kita. Lebih daripada sekali, Ditemukan oleh takdir tetapi dianggap kebetulan. Diberi...