Eight°

19 5 5
                                        

Ji Haera

"Hei,Haera."

"Aku bukan apalah,kan?"Hwira menyiku-nyiku lengan aku.

"Tapi kau tak rasa ke lelaki itu macam handsome.Bergetar tulang rusuk aku hehe-"aku alih pandangan aku ke arah lelaki yang ditunjukkan.

Oh,budak baru kelas sebelah.

"Wahai makcik Hwira kesayangan saya,ini kafeteria sekolah ya?Bukan tempat cari jodoh."

"Ya,aku tahu tapi kau sebagai kembar lain mak lain bapa dengan aku,kau tak rasa dia handsome ke?Macam yang aku rasa?"Hwira menyedut susu kocak strawberinya

"Cuba kau tengok dia lama-lama,baru kau nampak dia punya handsome itu."

Sabar sajalah dengan budak ini.Ada ke patut paksa aku rasa lelaki itu handsome?

Taste orang lain-lain,ya?

Aku pun pandang lama lelaki tadi yang sedang bersembang dengan rakan-rakannya.

Boleh tahan.

Mata dia boleh kata pandang sekali saja boleh buat perempuan angau,
Hidung dia mancung mungkin dicipta untuk menikam hati-hati perempuan,
Bibir dia pula boleh dikatakan mengancam begitu.

"Wei sakai.Kau kantoilah Haera,kau pandang lama sangat."badan aku digempa bumikan si Hwira.

"Wei dia pandang kau.Stoplah usha dia aduhai!"pipi aku ditampar beberapa kali.

Oh,aku baru sedar.Dia tengah perhatikan aku.

KANTOI.

"Kaulah ini,Haera.Suruh aku tengok lama-lama!"aku masih pandang lelaki tadi tapi dengan pandangan panik.

Macam mana nak cover ini eh?

"Hei Jebon!Hah,yang dekat belakang sana itu,sini."aku acah gangster tiba-tiba dan memanggil seorang lelaki skema yang berada tak jauh dari lelaki kacak tadi.

"Saya?"lelaki skema yang tidak silap aku nama dia Anjaeng itu menunjuk dirinya sendiri sambil buat muka tak percaya.

"Hah yalah kau,Anjaeng.Siapa lagi?Cepat sini kami tunggu kau lama,kau tahu?Kau boleh pula termenung dekat belakang itu."lelaki tadi dengan muka keliru datang kepada kami.

Hwira punya muka,jangan cakaplah.Sudah macam tenuk gamaknya sebab keliru sangat.

Sampai sahaja lelaki tadi di hadapan aku,aku terus meletakkan tangan aku di bahunya.Acah member.

"Jom Hwira,Anjaeng.Kita masuk kelas."

"Tapi nama saya Woonjae."budak skema ini cakap kuat betul.

Kantoilah aku.

"Bukan ke aku cakap dekat kau,jangan banyak menganjing?Sudah aku tersilap nama kau dengan anjing."aku tampar-tampar pipi dia sebagai amaran supaya jangan lurus bendul sangat.

"Sudah jom!"aku tarik mereka berdua keluar dari kafeteria.

"Huh!"aku membuka mata aku.

"M-mimpi apa itu?"aku memicit-micit kepala aku.

you™ | kth Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang