Five

20 14 1
                                    

Ji Haera

Tangannya tiba-tiba merayap ke leherku.Mataku masih direnung sedalam-dalamnya.

Ah,jantung droid aku.

Dia terus mencari sesuatu di bahagian belakang tengkukku.Tapi apa benda?

"K-kau tak ada suis?"

"Kenapa aku tak perasan langsung masa aku nak periksa kod kau?!"dia meraup mukanya.

"Aku tanya bila kau diprogramkan,kau tak dapat nak jawab dengan tepat macam program yang lain.Suis pun kau tak ada?"dia kembali duduk di sebelah aku.

"Tapi dia kata kau droid-"

Sejujurnya-

Aku pun keliru sama ada aku droid ataupun manusia.Kenapa aku perlu diprogramkan kalau aku manusia?

"Petang ini Presiden You nak jumpa. "

"Aku diarahkan untuk bawa kau sekali.Ini arahan."dia memandang aku sekilas dan beredar bersama senapangnya.

Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian seperti Taehyung mendekati aku.Tag namanya tertulis 'Jimin'.Tak silap aku dari tadi dia asyik perhati aku dan Taehyung.

"Kau 003?"aku mengangguk.

Senapangnya diletakkan di sebelahnya.

"Betullah mereka kata yang 003 lain daripada program yang lain.Mata kau-"dia mendekatkan wajahnya dengan aku.Mata aku ditenung penuh teruja.

"Hidung kau pun-"dia memicit hidung aku membuatkan aku memaling kepalaku menjauh sedikit darinya.

"Mulut kau-"dia merenung serius mulut aku pula.

"Pipi kau pun sama."dia tersenyum sampai matanya sepet sambil memicit kedua-dua pipiku.

"Haha comel ;-)"

Sukahati makcik pakcik dia saja cubit pipi aku ini hah.Apa dia fikir pipi aku ini memang dicipta untuk dicubit?

"Hei!"tiba-tiba sahaja senapang dihalakan ke kepala Jimin.

Jimin membuat muka redha lalu mengangkat kedua-dua tangannya.

Kami menoleh ke arah suara tersebut.

Taehyung.

you™ | kth Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang