Kim Taehyung
"Seronok tak kau sekolah sini?Ada ciri-ciri sekolah lima bintang tak Busan High ini?"kawan baru aku,si Park Jimin bertanya pendapat.
Lawak lima bintang dia itu buat satu meja kami ketawa.
"Seronoklah of course."aku mengacau-ngacau air yang aku beli tadi.
Tapi aku tiba-tiba rasa seolah diperhati.Aku toleh sekeliling.
Aku nampak seorang perempuan yang tengah perhatikan aku tak berkelip mata.
Kantoi,kawannya pun menggerak-gerakkan badan perempuan tadi.
Aku pun sengajalah pandang dia lama-lama sampai dia nampak panik.
"Hei Jebon!Hah,yang dekat belakang sana itu,sini."aku terus menoleh ke arah belakang aku yang ditunjukkan.
Woonjae,budak skema kelas aku.
"Saya?"
"Hah yalah kau,Anjaeng.Siapa lagi?Cepat sini kami tunggu kau lama,kau tahu?Kau boleh pula termenung dekat belakang itu."aku mengerut dahi.Tak silap aku budak itu baru sahaja di belakang aku tapi dia tetap berjalan ke arah perempuan tadi.
Kejap!Anjaeng?
"Jom Hwira,Anjaeng.Kita masuk kelas."
"Tapi nama saya Woonjae."muka perempuan tadi panik semula.Aku syak dia main panggil saja si Woonjae itu sebab nak cover.
"Bukan ke aku cakap dekat kau,jangan banyak menganjing?Sudah aku tak sengaja gabung nama kau dengan anjing."aku tahan gelak.
Boleh ya?Cover macam itu?
"Sudah jom."dia heret si Woonjae dengan rakannya tadi keluar kafeteria.
"Siapa perempuan bising tadi itu?"aku tanya rakan-rakan aku tadi sambil buat muka konon cool dan kerek.
"Oh,dia itu Ji Haera budak kelas sebelah.Seorang lagi tadi kawan dia,Shin Hwira.Kawan baik tapi sebab nama hampir sama orang panggil mereka kembar lain mak lain bapa."aku mengangguk beberapa kali tanda faham.
•
"Haish!"aku tenyeh mata aku beberapa kali.
"Mimpi itu lagi!"
Ya,mimpi yang sama semasa aku dikejutkan Presiden You tempoh hari.
Tapi setiap kali aku dapat mimpi itu mesti aku tak dapat nampak muka perempuan tadi dengan jelas.
Siapa dia?

ANDA SEDANG MEMBACA
you™ | kth
RandomKadangkala kita terlalu kerap menyalahkan takdir. Takdir tak pernah salah,kita yang salah sebab tak pernah mencuri peluang yang takdir berikan secara percuma kepada kita. Lebih daripada sekali, Ditemukan oleh takdir tetapi dianggap kebetulan. Diberi...