7💎DIMENSI

8.3K 118 137
                                    


Alysha sangat teruja. Flyers 'THUVARIA WORLD' yang ditemui terselit di celah pintu rumahnya, ternyata bukan wayang semata-mata. Terasa bangga dapat mengajak si Bunjut, kaki game sepertinya. Padahal, Alysha tidak tahu, Leo yang mengedarkan flyers tersebut.

"Aku dah isi borang.. Kau dah ke?"soal Alysha dengan matanya meliar memandang ke arah sekumpulan orang berpakaian pelik. Mereka tengah gigih menolak sesuatu yang agak besar dan diselubungi dengan kain hitam. Muncul seorang wanita berkulit putih, berpakaian serba putih dan memegang sebuah tongkat panjang dihiasi kristal ungu. Wajahnya hanya memandang terus ke arah 'sesuatu' yang diselubungi kain hitam dengan mulut terkumat kamit.

"Perhatian!!Perhatian!!Perhatian semua bakal warga Thuvaria World!!" Satu pengumuman melalui siaraya kedengaran sangat kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Perhatian!!Perhatian!!Perhatian semua bakal warga Thuvaria World!!" Satu pengumuman melalui siaraya kedengaran sangat kuat. Suara yang telah diubahsuai kepada suara robot. Alysha secara spontan memekup telinganya. Sekumpulan besar manusia kaki game berpusu-pusu ke ruang tengah. Alysha pantas memegang kemas lengan Leo kerana tubuhnya turut terheret bersama segerombolan manusia itu.

Muncul seorang lelaki bertopeng berpakaian moden rona hitam dan terselit dua bilah katana di belakang tubuhnya.

"Selamat datang semua rakan gaming!! Game Master (GM) dan Founder BOTA, Katak Ais (KA)!!!" Seraya suara robot dari siaraya memperkenalkan lelaki itu, keadaan menjadi kelam kabut dengan suara orang ramai yang kedengaran agak kagum dan bersorak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat datang semua rakan gaming!! Game Master (GM) dan Founder BOTA, Katak Ais (KA)!!!" Seraya suara robot dari siaraya memperkenalkan lelaki itu, keadaan menjadi kelam kabut dengan suara orang ramai yang kedengaran agak kagum dan bersorak. Lelaki yang bertopeng itu tunduk sebagai tanda hormat.

"What da fish! GM BOTA? Biar betul??? Berani pulak dia muncul di tengah khalayak.. Gamers tak penah tahu wajah sebenar KA, cuma tahu dia adalah seorang lelaki.. "Leo turut terkejut dengan mulut sedikit melopong dan diiyakan oleh Alysha. Mata Alysha masih tertumpu pada 'sesuatu' yang ditutupi kain hitam itu. Hatinya sedikit berdebar.

"Simulator THUVARIA WORLD akan dijalankan sebentar lagi... Kami perlukan dua orang sukarela... Anyone?" Suara robot kembali menawarkan peluang kepada para gamers. Madam Julia muncul di sisi GM Katak Ais dengan kedua tangannya didepangkan seketika, ditarik nafas dalam-dalam, dengan mata terpejam rapat dan kepala didongak ke atas. GM Katak Ais hanya berpeluk tubuh berdiri kemas di hadapan benda berselubung kain hitam.

FANTASI [18+] Where stories live. Discover now