10💎TUNGGU

13.5K 141 26
                                    


Leo merenung jauh ke arah Gunung Terv yang berada nun jauh saujana mata memandang. Dia mengeluh berat.

'Mana kau Alysha?'

Hubungan mereka hanyalah sebagai sahabat. Persahabatan yang baru diikat utuh kerana sebuah game.

"Ayah... Dikhuatiri dua orang lagi perawan itu berada di luar dari kota Thuvaria... "Jelas Madam Julia dengan wajah yang turut berduka dan risau.

Sir Potter berdecit. Tangan kanannya mengusap-usap lembut janggut panjang berwarna keperangan dan putih uban itu.

"Sultan Arshan tidak berkata apa-apa?"soal Sir Potter pada anak kesayangannya. Sesekali matanya mengerling ke arah Leo yang memasang telinga mendengar perbualan mereka.

Soalan Sir Potter dibalas dengan gelengan oleh anak perempuannya.

"Leo.. Kamu sudah habis berfikir? Puak mana yang kamu pilih? Isteri Tuan Ahmad, ketua puak Bedouin ada bertanyakan tentang kamu.. Mereka sangat-sangat memerlukan tenaga muda untuk bertempur merebut batu Emerald setiap satu purnama.. Sehingga Batu Berlian itu dipasak semula ke Gunung Terv.. "Soalan Sir Potter itu membuatkan Leo agak tertekan.

Leo mengetap geraham.

"Kami cuma pemain game di planet Bumi, Sir Potter.. Bukan pejuang mahupun perwira untuk saling membunuh berebutkan sebiji batu... Haritue batu Berlian.. Ini Emerald pula.. Uhh... "Balas Leo dengan suara mendatar. Dia risaukan Alysha. Tetapi mereka yang lain hanya mementingkan diri.

Sir Potter menarik nafas dalam-dalam. Matanya terpejam rapat.

"Kamu perlu memilih puak kamu, Leo. Thuvaria memilih kamu bukan untuk buat kamu menyabung nyawa tanpa kemahiran. Kamu akan menjalani pelbagai latihan dan diajar bagaimana untuk bertempur... "Sir Potter bersuara tanpa membuka kedua matanya.

"Mana Alysha dan Mary? Kalau aku tahu keadaan mereka, hidup atau mati.. Aku akan ikut cakap kamu... "Ujar Leo dengan nada suara bersungguh-sungguh.

Madam Julia hanya tersenyum.

"Mereka masih hidup.. Kalau tidak, pasti sudah berada di dalam penjara Istana Sultan Arshan.. "Kata-kata Madam Julia membuatkan Leo berfikir sejenak.

'Ya.. Betul tue... Tapi takkan lah nak bergantung pada semua itu!'

"Tak perlu risau.. Kami telah menghantar burung perisik untuk mencari lokasi sebenar mereka berdua... "Bahu Leo ditepuk lembut oleh Madam Julia. Leo membalas dengan senyuman pahit.

"Kamu tahu Fiona di mana?"soal Leo semula. Matanya membundar memandang seorang gadis terhuyung hayang keluar dari pintu belakang istana. Leo dan kedua magi itu berada di Magi Tower.

Madam Julia memanjangkan leher melihat ke arah pandangan mata Leo.

"Itu gundik Sultan Arshan.. Jika kamu melihat mereka jatuh pengsan atau dipukul oleh orang tertentu berpakaian diraja, jangan sekali-kali kamu peduli.. "Madam Julia memberi amaran tegas.

Leo sedikit kecut. Tetapi disembunyi rapat rasa cuak itu di dalam hati.

"Ayah.. Oo.. Ayah.. Cukup-cukuplah tidur berdiri ayah... Ayah menakutkan Leo!"

Madam Julia menguis lengan Sir Potter yang terpejam dari tadi menggunakan tongkat saktinya.

Sir Potter tersentak. Mata tua itu buntang tiba-tiba dan diselangi dengan berdehem. Lelaki itu tidak bereaksi dan melangkah masuk ke salah satu pintu di ruang itu.

'Cover line latue... Chehh.. 'Leo terasa geli hati melihat gelagat Sir Potter.

"Ah.. Fiona pilih puak mana, Madam?"soal Leo semula. Soalan yang sama. Madam Julia hanya diam. Tongkat saktinya diletak kemas di suatu sudut.

FANTASI [18+] Where stories live. Discover now