15💎HUTAN

10K 144 19
                                    

Dua lelaki yang pengsan diikat dan diseret dengan tali. Alysha dan Mary berjalan di hadapan Huntress Eeva tanpa diikat. Mereka berdua bebas bergerak.

Agak lama menelusuri denai dan hutan tebal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Agak lama menelusuri denai dan hutan tebal. Akhirnya mereka tiba di tempat tinggal tribe huntress itu.

Kehadiran Alysha dan Mary membuatkan beberapa orang wanita di situ berbisik sesama sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kehadiran Alysha dan Mary membuatkan beberapa orang wanita di situ berbisik sesama sendiri. Tubuh kedua gadis muda itu dipandang atas bawah.

"Kamu berdua tinggal di sini ya... Aku akan panggil ibu ke sini... Jangan ke mana-mana.." Eeva memberikan arahan seraya berlari anak menuju ke salah satu hut yang agak besar berbanding hut lainnya.

Lelaki-lelaki malang yang diikat tadi hilang entah ke mana. Yang pasti Alysha berasa lega kerana dia dan Mary masih selamat.

"Urmmm

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Urmmm.. Selamat datang ke tribe kami.. Eeva sediakan hut di hujung sana untuk kegunaan mereka.." Muncul seorang wanita berwajah agak menggerunkan. Wanita itu memegang sebuah tongkat panjang yang dihiasi dengan tengkorak haiwan dan manusia.

"Ini Ibu Goll... Tunduk hormat... " Eeva berdecit seraya mengarahkan Alysha dan Mary agar menunduk hormat pada wanita itu.

"Tak perlu.. Mereka bukan dari sini.. Bukan dari dunia kita..." Keistimewaan seorang shaman wanita dari dunia yang berbeza. Seolah-olah dapat menduga siapa mereka berdua. Alysha mengetap bibir. Hatinya mula terasa kurang enak.

FANTASI [18+] Where stories live. Discover now