06

206 19 0
                                    


Roseanne keliru dengan apa yang dia rasakan sekarang ini. Melihat taehyung begitu rapat dengan gadis lain menyebabkan dia sedikit iri hati. Belum pernah taehyung berbual mesra dengan gadis lain selain dirinya. Tanpa sedar keluhan berat dilepaskan.

"Bukan ke tu jennie?"

Entah bila jungkook berada di sisinya, dia sendiri tidak sedar. Roseanne mengangguk perlahan.

"Cantik. Hm macam sesuai pula aku tengok dia dengan taehyung." Jungkook terus menepuk dahinya perlahan. Aduh terlepas cakap!

"Err sorry, bukan tu maksud aku..."

"Tak. Memang betul pun. Jennie memang sesuai dengan taehyung. Taehyung baik. Baik sangat. Dia berhak untuk dapat gadis yang baik macam jennie. Lain lah aku ni jahat...."

"Hah rose jom teman aku makan nak? Aku tak makan lagi do. Dari tadi asyik layan tetamu je. Perut aku dah lapar gilaa! Lagipun kau tak makan lagi kan?" Pantas jungkook memotong bicara roseanne.

Roseanne memandang wajah jungkook dengan pandangan sayu.

"Bertuah jadi kau kan? Semua orang sayang kau. Mama dengan papa aku pun macam sayangkan kau lebih dari aku. Dorang selalu bandingkan kau dengan aku." Roseanne menahan dirinya dari menangis di depan jungkook.

"Kau cakap apa ni?" Suara jungkook sudah berubah.

"Huh tak ada apa lah. Jom makan. Aku pun lapar!"

Jungkook hanya mendiamkan diri. Pelik dengan setiap kenyataan daripada roseanne.

"Weh, mesti best kan belajar dekat oversea? Dapat kenal negara orang, budaya orang. Seronoknyaaa!" Roseanne tersengih sendiri. Dia memandang jungkook lalu terus melangkah menuju ke dapur.

"Kalau kau nak, aku boleh bawak kau pergi sana. Aku janji!" Tiba tiba jungkook menarik tangan roseanne. Merenung tepat kedalam matanya.

"Hehehe tak payah lah. Aku tak mampu nak bayar hutang kau nanti. Aku tak macam kau. Aku ni penganggur. Memang sah sah la tak ada duit."

"Aku sponsor nak?"

"Kau nak sponsor? Muka kau ni nak sponsor aku? Memang tak lah kan. Nanti entah apa apa balasan yang kau mintak dari aku." Duga roseanne.

"Hah dah tentulah aku nak sesuatu sebagai balasan. Sesuatu yang aku tak pernah mintak kau selama ni. Benda ni dah lama aku nak mintak, tapi biar aku pendam dulu. Tapi aku rasa, aku nak luahkan apa yang aku nak dari kau sejak dulu." Jungkook menarik nafas dalam dan hembus perlahan.

"Kau nak apa ni?" Renungan lelaki ini membuatkan roseanne resah.

"Tunggulah dulu. Sekarang ni aku nak kau teman aku makan je."

"Makan pun nak berteman ke? Ngada ngada ah dia ni!" Rungut roseanne.

"Alah latihan awal, nanti lepasni tak ada lah kekok sangat." Gumam jungkook perlahan.

Roseanne terus menoleh. Dia seakan akan mendengar sesuatu yang pelik keluar dari mulut sepupunya itu. Jungkook cepat cepat melarikan wajahnya.

"Hah kook. Tu aunty park dah sediakan nasi untuk kook." Tegur mama jungkook apabila ternampak wajah anak lelakinya di dapur.

"Rose punya?" Roseanne buat muka kesian. Tak adil lah mama ni.

"Rose awak tu anak dara. Kalau nak makan pergi ambik sendiri." Aunty park tiba tiba muncul di muka pintu dapur.

Roseanne terus memuncung.

Aunty jeon tersenyum. Sudah tahu sangat kakak dan anak buahnya ini.

Roseanne terpaksa mengalah. Dia tahu, kalau nak merajuk nanti dia sendiri yang lapar. Belum sempat kakinya mahu melangkah, tangannya disambar oleh jungkook.

"Duduk." Jungkook menarik kerusi dan memaksa roseanne duduk. Kemudian dia duduk dihadapan roseanne.

"Kongsi dengan aku je. Nasi ni banyak sangat. Lauk pun dah cukup banyak untuk kita dua. Dah, jom makan!"

Roseanne terkejut dengan tindakan jungkook. Terharu pun ada juga sebenarnya. Asal mamat ni macam baik semacam hari ni?

"Uit! Malam ni gerhana bulan ek?" Tiba tiba jungwoo muncul. Dia menghamburkan kata kata perlian dengan bibir menguntum senyuman penuh makna.

"Yeke?" Roseanne yang langsung tidak dapat meneka menyebabkan jungwoo sudah mengekek ketawa.

"Aku taktahu pun. Yeke do? Bila? Aku nak tengok." Soal roseanne sekali lagi.

Jungwoo sudah menepuk dahi.

"Woi gila, dia tengah perli kita lah!" Jungkook berterus terang.

Serta merta roseanne berhenti mengunyah dan pandangannya dihalakan kepada jungkook.

"Perli kita?"

"Yalah."

"Perli apa?"

"Kita duduk berdua macam ni. Makan satu pinggan."

Gelak tawa jungwoo semakin kuat.

Roseanne terus melopong. Kemudian menoleh dan menghadiahkan jungwoo dengan jelingan maut.

"Tak sempat nak bertekak. Perut aku lapar. Kejap lagi dah kenyang, kita orang sambung gaduh." Bidas roseanne lalu menyambung suapannya.

"Tapi kan rose, aku tengok kau dengan jungkook dah macam tengah makan beradab!"

"Ini bukan makan beradab. Ini makan menghadap!" Marah roseanne. Dia terus mencapai minuman yang berada dihadapannya lalu diteguk dengan rakus sehingga gelas itu kosong.

"Itu air aku." Ujar jungkook perlahan sambil merenung ke arah roseanne.

"Eh hahaha. Air kau eh? Tak apa. Sharing is caring!"

"Hah tengok! Air pun berkongsi." Semakin suka jungwoo mengusik.

"Hish nasiblah aku tengah makan." Roseanne menekan-nekan nasi di dalam pinggan.

"Alah mana tahu kau ada jodoh dengan hyung aku!" Jungwoo sekadar membuat lawak. Memikirkan abang dan kakak sepupunya berjodoh memang mustahil. Boleh pecah rumah kalau dua orang ni berkahwin.

"Aku ada jodoh dengan hyung kau? Memang taklah. Tak sanggup aku nak kahwin dengan lelaki macam dia ni. Aku ni lebih rela jadi anak dara tua dari......"

Belum sempat roseanne menghabiskan kata katanya, nasi masuk ke dalam mulutnya. Tanpa diduga, jungkook baru sahaja menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Kadang kadang apa yang kita cakapkan akan berlaku sebaliknya." Jungkook bersuara perlahan.

Roseanne hanya diam. Nasi yang berada di mulutnya dikunyah perlahan.

"Kau jangan rose! Kau sibuk cakap kau taknak jadi isteri hyung aku. Nanti tak silap silap kau tiba tiba jadi isteri dia macam mana? Tak pasal pasal aku kena panggil kau kakak."

"Kau suka buku tak?" Tanya roseanne.

"Buku apa?" Soal jungwoo.

"Buku lima. Nak?" Penumbuk sudah diangkat ke arah jungwoo.

"Kan tengah makan ni. Tak elok." Pantas jungkook menegur.

"Dia ni lah. Dah berjangkit dengan kau asyik nak kacau aku je!" Rungut roseanne.

"Yelah yelah aku minta maaf. Tak buat dah. Kau teruskan lah dengan makan beradab kau ni ye. Eh salah makan menghadap. Tak lama lagi kalau kau kahwin dengan hyung aku, kau memang kena sentiasa teman dia makan." Tanpa membuang masa jungwoo terus berlari ke ruang tamu sebelum kena penumbuk dari roseanne.

"Yang kau pandang pandang aku ni kenapa?" Jerkah roseanne apabila jungkook asyik memandangnya sambil tersenyum.

"Kau jangan risau. Selagi aku ada, kau takkan jadi anak dara tua." Bisik jungkook perlahan.

Wajah roseanne sudah membahang. Pahal jungkook ni woi. Dia ada masalah mental ke lepas balik dari luar negara? Roseanne hanya menunduk dan menyambung suapannya.































Hai silent readers .

Roseanne 🌸Where stories live. Discover now