01

549 20 2
                                    


Bunyi dentuman pintu kereta yang ditutup membuatkan roseanne terjaga dari tidurnya. Siapa yang datang? Ah! Bukan dia kisah.

Mata kembali dipejamkan. Dia penat, letih, malas. Nak kata bekerja sudah sebulan dia menganggur.

"Rose... Bangun. Aunty jeon datang tu." Suara papanya kedengaran.

"Malaslah papa. Rose ngantuk. Bagi rose sepuluh minit lagi please? Lagipun bukan rose tak pernah jumpa aunty jeon."

"Ish budak ni. Degil sangat lah. Anak siapa tah. Jangan sampai mama kamu mengamuk. Dah cepat bangun!"

"Alah papa. Sepuluh minit lagi." Bantal kecil yang terjatuh terus diambil dan ditekupkan ke muka.

Belum sempat dia terlena, dia terdengar bunyi televisyen terpasang.

"Kacaulah! Jangan ganggu akak nak tidur boleh tak?" Rungutnya. Pada fikirannya mungkin ayah atau adik-adiknya.

"Sudah sudahlah tu tidur. Tak baik untuk otak. Tambah tambah awak tu anak dara!"

Eh tak silap adik aku dua dua perempuan. Anak siapa ni woi.

"Ahhh!" Sepantas kilat roseanne bangun. Dia berdiri tegak menghadap batang tubuh yang sedang elok duduk di atas sofa sambil tersenyum.

"Kau buat apa kat sini?" Soal roseanne.

Lelaki itu memandangnya. Senyuman terukir di bibir.

"Eh saya datang rumah mak saudara saya sendiri. Tak salah kan?" Kening lelaki itu terangkat.

Roseanne merasakan jawapan yang diberikan itu begitu sinis. 'Saya' sejak bila mamat ni bahasakan diri dia 'saya' dengan aku ni?

"Awak sihat? Saya tengok awak makin comel lah rose. Eh bukan comel, tapi cantik. Cuma, kalau awak jaga sikit tutur kata, tingkah laku, mungkin menyerlahkan lagi kecantikan awak tu. Terutama pada pandangan saya."

"Sah! Kau memang dah gila." Kaki rose sudah mahu melangkah meninggalkan sepupunya.

"Awak taknak tahu ke kenapa saya datang sini?"

Langkah roseanne terhenti. Dia terus menoleh.

"Tadi kau cakap kau datang rumah mak saudara kau kan. Hah betul la tu." Jawab rose acuh tak acuh.

"Saya datang sini ada hajat. Mama dengan papa tengah berbincang kat bawah."

"Hajat? Apa hajat?" Jantung roseanne tiba tiba berdegup kencang.

"Hajat untuk menyunting bunga di taman larangan."

"Untuk siapa?"

"Untuk saya."

"Dengan siapa?"

"Dengan awak."

Okay jap aku nak pengsan. Agak agak ada yang nak sambut tak? Jantung aku nak melompat dah ni hah.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA." Lelaki itu terus ketawa terbahak bahak sambil memegang perutnya.

"Rose..rose.. Kenapa kau ni sejak dulu senang sangat kena tipu. Kau betul betul percaya apa yang aku cakap tadi ek?" Lelaki itu bersuara dengan hilaian tawa yang masih belum reda.

"ARGGGHH JEON JUNGKOOKKKK!!!" Rose menjerit sekuat hati. Ada yang mati masuk surat khabar harini kangg hahhh.



























Hello guys jangan lupa vote and commentss ! ❤

Roseanne 🌸Where stories live. Discover now