14

188 15 0
                                    


Dushhhh !

Satu tumbukan hinggap di pipi taehyung. Dia terpelanting ke belakang dan terjatuh ke tanah. Wajah bengis jungkook diperhati dengan perasaan sebal. Namun dia cuba bersabar.

"Arghh! Kalau aku tahu ini yang kau buat dekat rose, dari awal lagi aku halang dia dari kahwin dengan kau ah!" Jerkah jungkook kuat.

"Tapi kau tak halang kan?" Balas taehyung.

Jungkook terdiam. Serta merta raut wajahnya berubah.

Perlahan taehyung bangun dan menyapu darah yang mula mengalir dari bibirnya.

"Kenapa kau ceraikan rose? Aku ingat kau dah matang. Boleh jaga rose sebaik baiknya. Aku dah letak kepercayaan aku pada kau. Tapi? Apa kau buat ni? Kau betul-betul buat aku kecewa tae."

"Ini bukan keputusan aku sorang kook. Rose sendiri pun setuju."

"Rose setuju? Aku rasa kau lebih kenal rose dari aku. Kau rapat dengan dia dari kecil. Dia tu kalau nak buat apa-apa, bukannya fikir baik ke buruk. Dia selalu buat keputusan ikut kepala dia je. Kalau kau ikut cakap dia, kau memang bodoh. Aku harapkan kau untuk jaga rose, didik dia, ubah dia jadi lebih baik. Bukannya sama sama buat benda bodoh macam ni!"

"Aku tak rasa kami ada masa depan untuk bersama." Lemah sekali suara taehyung.

"Habistu yang kau teruskan juga perkahwinan tu kenapa? Nak selamatkan maruah keluarga? Apa yang dah jadi sekarang ni dapat kembalikan nama baik keluarga ke? Kau tahutak apa yang kau buat ni makin burukkan keadaan terutamanya pada rose. Kau ingat senang ke perempuan nak teruskan hidup dia dengan status janda? Kau tak apa lah, kau lelaki. Benda ni memang tak beri kesan apa-apa kat kau. Tapi rose?"

"Haih kau kena faham kook. Aku tak cintakan rose. Aku tak boleh terima rose lebih daripada seorang kawan. Macam tu juga dengan rose."

"Sebab kau dah ada jennie kan? Kau jangan ingat aku taktahulah." Balas jungkook sinis.

"Ini bukan sebab jennie semata-mata. Aku memang tak cintakan rose. Rose pun tak cintakan aku. Aku kenal dia kook. Sebab aku kenal dia lah aku tahu perkahwinan ni takkan ke mana. Aku tahu rose memang tak dapat terima apa yang dah jadi. Aku taknak seksa hidup dia. Aku sayangkan dia. Aku nak dia bahagia. Tapi kebahagiaan dia bukan dengan aku." Sedaya upaya taehyung cuba menjelaskan perkara sebenar.

Jungkook diam. Hanya desah nafasnya sahaja kedengaran.

"Aku tahu dalam hal ni memang aku yang salah juga. Kalau aku buat keputusan tak nak ceraikan dia, benda ni takkan jadi. Tapi percayalah cakap aku kook. Ni adalah keputusan terbaik untuk kebahagiaan roseanne. Mungkin sekarang ni kau tak nampak, tapi satu hari nanti kau akan tahu kenapa aku buat semua ni." Taehyung menghampiri jungkook. Bahu sahabatnya disentuh tetapi jungkook mengelak.

"Betul kata kau. Aku lebih kenal rose dari kau. Aku rapat dengan dia sejak kecil bukannya kau. Sebab tu la aku yakin keputusan aku ni tepat. Hati rose untuk orang lain, bukannya untuk aku." Taehyung tersenyum lalu melangkah meninggalkan jungkook sendirian. Peristiwa malam semalam masih segar dalam ingatan antara dia dan roseanne.

----------

"Rose." Taehyung cuba mendekati roseanne. Tetapi kakinya seakan akan dipaku.

"Bukan ini yang saya harapkan tae. Sumpah bukan ini yang saya harapkan sebagai pengakhiran hidup saya." Roseanne akhirnya bersuara.

"Saya tahu. Saya kenal sahabat baik saya. Saya tahu awak kecewa. Awak kecewa dengan semua orang. Awak kecewa dengan saya. Maafkan saya rose. Saya gagal lindungi awak. Saya gagal mempertahankan hak awak, maruah awak. Saya gagal buat semua tu. Maafkan saya." Taehyung menarik nafas dan dihembus perlahan.

"Kenapa semua ni terjadi pada saya? Kenapa semua orang susah sangat nak percayakan saya? Jahat sangat ke saya ni? Saya tahu saya bukan anak yang baik. Saya bukan macam gadis-gadis yang lain. Saya tahu saya banyak kekurangan tae. Tapi kenapa saya dihukum sampai macam ni?" Air mata roseanne mengalir keluar. Dia yang cuba kelihatan kuat akhirnya tewas.

"Rose, jangan cakap macam tu. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya." Taehyung meraup wajah. Dia seakan-akan sedang memusnahkan masa depan sahabat baiknya sendiri.

"Saya tahu. Tapi kita tak salah tae! Kita tak buat benda tu. Dan yang paling saya sedih, orang yang paling rapat dengan saya sendiri tak percayakan saya. Orang yang kononnya sentiasa ada dengan saya, akhirnya tinggalkan saya. Lupa semua janji yang dia sendiri ungkapkan pada saya. Hati saya sakit tae! Sakit sangat!" Esakan roseanne semakin kuat.

"Saya dah tak ada sesiapa lagi tae. Dorang semua dah bencikan saya!"

"Awak ada saya rose. Kan saya dah janji dengan awak sejak dulu. Saya tak akan tinggalkan awak."

"Awak kena tolong saya tae. Saya taknak teruskan perkahwinan ni. Saya tak boleh. Maafkan saya. Saya betul-betul tak boleh terima perkahwinan ni. Awak tolong saya ye taehyung." Dalam esakan roseanne merayu.

"Saya tak kisah kalau saya dipersalahkan dalam hal ni. Saya tak kisah orang benci saya. Saya tak peduli semua tu. Awak kena tolong saya tae."

Pelukan mereka terlerai. Lama roseanne merenungnya. Akhirnya dengan perlahan taehyung mengangguk. Cuba untuk tersenyum.

----------

Tok tok tok!

Ketukan cermin kereta menyedarkan taehyung. Dia memandang ke luar tingkap. Jungkook sedang berdiri di situ. Pantas dia membuka pintu kereta dan melangkah keluar.

"Kau tahu rose kat mana sekarang?" Suara jungkook masih kedengaran dingin.

"Secara jujur aku memang taktahu dia kat mana. Tapi hari sebelum dia pergi tu, dia datang jumpa aku. Dia kata dia bukan lari, dia cuma nak cari ketenangan. Dalam masa yang sama, dia taknak susahkan mama dengan papa dia lagi." Jawab taehyung dengan jujur.

"Dia tak ada call kau?" Tanya jungkook lagi.

"Setakat ni tak ada lagi. Tapi dia ada janji dia akan call aku nanti."

Jungkook mengangguk perlahan.

"Aku balik dulu. Maaf sebab berkasar dengan kau tadi." Ungkap jungkook sambil mengukir segaris senyuman walaupun tidak seikhlas dulu.

"Tak apa. Aku faham. Sekurang-kurangnya aku tahu masih ada orang yang sayangkan rose lebih dari aku."

"Aku pergi dulu." Jungkook menyentuh bahu taehyung sebelum melangkah.

"Kau akan cari dia kan?"

Langkah jungkook terhenti. Dia menoleh.

"Aku tetap akan cari dia walaupun aku tahu dia mungkin taknak jumpa aku. Aku akan tebus semua salah aku kat dia. Aku akan cuba kembalikan kepercayaan dia dekat aku. Ini janji aku."

"Mungkin sebelum ni aku takut nak bagitahu kau perasaan sebenar aku pada dia. Tapi sekarang ni aku nak bagitahu yang aku betul-betul cintakan dia. Walaupun aku tahu mungkin rose tak ada sedikit pun perasaan pada aku."

"Kau tak luah, macam mana kau nak tahu."

"Entahlah tae. Aku pergi dulu." Jungkook kembali melangkah.

Taehyung hanya tersenyum.




















































Hai readers hehehe nah vote thankyou ❤❤❤

Roseanne 🌸Where stories live. Discover now