18

241 20 1
                                    


"Roseanne park. Aku tahu itu kau." Jungkook tersenyum sendirian.

Jungkook masuk ke dalam perut kereta. Melepaskan lelah setelah tayar keretanya selesai ditukar.

Tiba-tiba pintu kereta dia sebelah penumpang terbuka. Hampir sahaja jungkook terjerit. Dia kembali tenang apabila melihat susuk tubuh yang sedang duduk di sebelahnya.

"Aku tahu kau mesti dah cam aku kan?" Soal roseanne. Sedikit pun tidak menoleh memandang jungkook.

"Aku tanya kau! Bukannya suruh pandang aku macam tu." Roseanne menoleh, berani bertentang mata dengan jungkook. Namun jungkook semakin merenung wajah roseanne dengan tajam.

"Kook?"

"Weh kook!"

"Aku rindu kau. Rindu kau sangat. So tak salah aku tenung kau macam ni kan?" Jungkook tetap dengan renungan tajamnya.

"Takpayah nak tenung sangat. Aku masuk dalam kereta kau ni bukan nak suruh kau tenung aku. Aku masuk sini sebab nak bagi kau amaran. Jangan bagitahu mama and papa yang kau dah jumpa aku. Cukuplah dorang tahu aku selamat. Aku taknak dorang tahu aku kat mana."

"Sampai bila rose?"

"Sampai bila-bila. Tak ada kena mengena dengan kau pun. Kau uruskan hal kau. Aku uruskan hal aku. Senang kan?" Sinis kata-kata roseanne.

"Kau sepupu aku. Mama kau ibu saudara aku. So kau ada kena mengena dengan aku." Tutur jungkook lembut.

"Oh kita ada kena mengena ek? Aku tak ingatlah. Kita sepupu ke?"

"Rose...."

"Dah ah diam. Aku blah dulu. Ingat apa aku pesan tadi." Belum sempat roseanne membuka pintu kereta, tiba-tiba sahaja pintu kereta terkunci. Merenung tajam wajah jungkook.

"Aku nak keluar." Nafas roseanne sudah naik turun.

"Aku tak bagi kau keluar." Jungkook menghidupkan enjin.

"Kau nak pergi mana ni?" Roseanne kalut.

"Teman aku."

"Kau jangan ingat aku tak berani tendang cermin kereta kau!" Marah roseanne.

"Jangan ganas sangat. Lelaki tak suka perempuan ganas." Jungkook tersenyum.

----------------

"Jomlah."

Roseanne memandang jungkook. Entah bila lelaki itu berada di luar kereta.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?" Roseanne teragak-agak.

"Makan. Dah waktu makan tengah hari sekarang. Kita makan dulu, lepastu aku hantar kau kat tempat tadi."

"Aku taknak makan! Hantar aku kat tempat tadi sekarang jugak!" Bantah roseanne.

"Kau taknak makan. Tapi aku nak makan. Teman aku lah boleh?"

Roseanne memandang wajah jungkook yang berdiri di luar kereta.

"Kau duduk je teman aku makan. Kau takpayah cakap apa-apa. Kau taknak tengok muka aku pun tak apa. Cuma duduk depan aku, teman aku. Boleh kan?"

Roseanne termenung. Permintaan jungkook kedengaran pelik.

"Rose?"

"Aku tak boleh lama. Ada banyak kerja lagi yang aku kena buat." Kakinya melangkah keluar dari kereta sehingga mengundang senyuman di bibir jungkook.

"Sekejap je. Cepatlah." Gesa jungkook terus menutup pintu kereta dan menguncinya.

Jungkook terus menarik tangan roseanne masuk ke dalam sebuah cafe.

"Lepaskan tangan aku boleh tak? Aku boleh jalan sendiri! Takpayah nak pimpin bagai." Roseanne cuba menarik tangannya namun gagal.

"Tak boleh. Nanti kau lari." Jawab jungkook.

-----------

"Kan aku dah cakap aku taknak makan." Roseanne bersuara sambil merenung makanan dihadapannya.

"Makan je lah. Macam tak best pulak kau temankan aku makan, tapi kau tak makan apa-apa."

" kalau kau rasa kau nak makan, kau makan. Kalau kau taknak makan, aku nak blah." Ugut roseanne terus bangun. Namun belum sempat dia melangkah, jungkook menyambar tangannya.

"Rose, please?"

Akhirnya roseanne duduk semula. Entah kenapa dia senang mengalah dengan lelaki ini.

"Tunggu apa lagi? Makan ah! Mengada betul." Gelas minuman ditarik lalu disedut laju.

"Lepas ni kan kalau kita gaduh ke, kau merajuk dengan aku ke, kau tetap kena teman aku makan tau? Tak kisahlah kalau kau taknak makan, janji kau kena ada kat depan aku. Boleh kan?" Rayu jungkook.

"Berhenti mengarut sebelum aku keluar dari sini!" Roseanne mengugut.

"Rose."

"Tadi kau cakap apa ek? Kau kata aku cuma teman kau makan je kan? Taknak bercakap, taknak pandang muka kau pun tak apa. Dah lupa ke? Baik kau diam. Aku taknak dengar apa-apa dari mulut kau buat masa sekarang ni!" Ujar roseanne dengan nada yang cukup dingin.

Jungkook tersenyum. Akhirnya tak sampai 15 minit, makanan di dalam pinggan jungkook sudah licin. Minuman miliknya dicapai dan disedut perlahan.

"Dah? Sekarang dah boleh hantar aku balik kat tempat tadi kan?"

"Tunggulah sekejap. Ada benda aku nak bincang dengan kau." Jungkook memujuk.

"Kau nak bincang pasal apa? Aku rasa antara kau dengan aku tak ada benda yang nak dibincangkan."

"Kau tahu apa yang aku nak bincangkan rose."

"Aku tahu? Oh, pasal malam tu? Aku dah lama lupakan. Benda dah lepas. Dah jadi dah pun. Dah tak boleh nak buat apa-apa. Kalau boleh aku taknak bincang pasal benda ni lagi." Roseanne tertunduk. Tidak berani memandang wajah jungkook.

"Tapi aku tahu, kau masih marah aku pasal malam tu kan?" Jungkook resah.

"Marah? Nak marah buat apa? Tak ada sebab aku nak marah." Suara roseanne mendatar.

"Betul kau tak marah?" Jungkook enggan percaya.

"Kalau difikir balik, aku tak ada sebab nak marah kau. Aku bukan sesiapa pada kau. Aku tak penting langsung. Sepatutnya malam tu aku takpayah merayu, melutut or paksa kau untuk percayakan aku. So kau jangan bimbang cause I've forgotten all about it!" Suara roseanne mula bergetar.

"Rose...... aku..... aku minta maaf."

"Eh jangan. Kau takpayah minta maaf. Kau jangan bimbang apa-apa pasal malam tu. Aku dah boleh accept apa yang dah jadi. Kau tak buat salah pun. Yang salahnya aku. Dahlah kau jangan nak fikir pasal benda bodoh yang aku buat tu. Aku taknak bincang pasal ni lagi. Aku nak balik. Boleh hantar aku kat tempat tadi tak? Kalau tak boleh, aku balik sendiri." Roseanne cuba bangun dari tempat duduknya namun tetap dihalang jungkook.

"Rose, aku sanggup buat apa je untuk tebus silap aku. Aku menyesal. Aku betul-betul menyesal. Aku nak tebus balik silap aku. Aku akan tunaikan janji aku rose."

"Cukup! Tolonglah, kook. Jangan buat aku macam ni. Tolong jangan janji apa-apa lagi dengan aku. Aku rela kalau kau terus layan aku macam dulu-dulu. Tolonglah jangan bagi aku harapan lagi. Aku dah penat nak kecewa. Aku dah tak boleh." Tanpa sedar roseanne meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

"Dahlah kook! Biar aku balik sendiri. Cuma aku nak minta tolong, jangan bagitahu apa-apa pasal aku pada keluarga aku. Aku taknak susahkan dorang lagi. Cukuplah dorang tahu aku selamat. Dan kau.... jaga diri kau baik-baik. Jangan risau pasal aku. Aku baru nak rasa hidup berdikari. Bagi aku peluang nak hidup tanpa bergantung dengan sesiapa. Boleh kan kook? Aku pergi dulu."

"Rose! Aku hantar kau." Jungkook turut sama bangun. Dia tahu, rose enggan memaafkan dirinya. Ini je cara untuk dia kembalikan semula sepupu yang merangkap musuh ketatnya.







































Hai gais ❤️ sorry sebab lama nak tunggu author update. Bukan taknak cumaaa vote cerita ni kurang. So macam taknak update. Janganlah baca je vote la sekali hm bye thankyou readers ❤️

Roseanne 🌸Where stories live. Discover now