04

263 20 0
                                    


Dari tadi jungkook tidak duduk diam. Sekejap sekejap pandangan dihalakan ke arah roseanne yang sedang berbual dengan jungwoo, adik lelakinya. Siap bertepuk anai anai. Aishhh!

"Bila kook nak ke busan?"

Sayup sayup suara jimin, abang roseanne. Dia memang tak boleh memberikan perhatian kepada soalan jimin sebentar tadi.

"Oh kalau tak ada apa apa, minggu depan kook dah kesana hyung." Jungkook senyum. Dihadapan jimin dia kena hati hati. Mata lelaki tu tajam.

"Yang kau asyik pandang rose tu dah kenapa? Hyung tahulah dia makin lama makin cantik. Hyung ni pula makin lama makin handsome."

"Eh hyung ni. Ke situ pulak." Aku dah cakap dah. Mata dia ni memang tajam.

"Ye lah. Dari tadi hyung tengok tak lepas pandang.

"Erk hahaha tak ada lah. Rose taknak bekerja di bandar ke? Rasanya dengan kelulusan yang dia ada tu, dia boleh je kot dapat kerja kat bandar." Jungkook cuba mengubah topik perbualan.

"Rose? Nak keluar bandar? Memang taklah. Muka je nampak kental. Manja sebenarnya. Tak boleh susah sikit."

"Itu saya tahu. Tapi dia dah besar kot. Cuba lah berdikari sikit. Muka tu makin tua. Kang dah tua tak dapat kerja. Kalau dapat sekalipun kerja clearner. Tapi okaylah. Muka dia sesuai clearner je." Omel jungkook.

"Haih. Cuba kau pergi nasihatkan dia. Tu pun kalau dia dengar lah. Mulut hyung ni dah naik sakit nasihatkan budak tu. Degil!"

"Jimin!"

Panggilan itu membuatkan jimin menoleh. Melihat ibunya yang terjengul di muka pintu dapur jungkook itu membuatkan jimin meminta diri kepada jungkook. Malam ini keluarga jungkook akan membuat majlis atas kepulangan jungkook ke tanah air.

Jungkook terus melangkah ke arah roseanne dan adiknya.

"Kau tak ada awek ke kat kampus?"

Itu perkara pertama yang jungkook dengar daripada mulut roseanne.

"Aku? Awek ramai kot. Tambah tambah aku ni student final year. Memang laku la kan. Alah buat masa sekarang ni awek kena kumpul banyak banyak dulu. Bila nak kahwin esok-esok, kita buatlah pilihan." Balas jungwoo.

"Peh gila berlagak kau kan? Sekali awek awek kau tu serang kau serentak, hah baru padan muka!" Roseanne terus ketawa. Lucu melayan sepupunya. Jungwoo bukan macam jungkook. Jungwoo satu kepala walaupun sepupunya ini 4 tahun lebih muda daripadanya.

"Hai hyung!" Jungwoo tiba tiba menegur.

Roseanne menoleh. Terus bibirnya mencebik. Menyampah!

"Jungwoo tahutak jungwoo tengah bercakap dengan perempuan yang lebih tua. Cuba hormat sikit. Ber 'aku' 'kau'."

"Eh sejak dulu jungwoo memang cakap macam ni dengan rose. Kan rose?"

Roseanne mengangguk laju.

"Itu dulu. Sekarang masing masing dah dewasa kan?" Soal jungkook lagi.

"Perlu ke? Alah. Rileks lah hyung. Lagipun dia sepupu kita je. Bukannya akak ipar jungwoo." Jungwoo tidak mahu kalah.

"Kenapa? Dia perlu jadi akak ipar jungwoo ke baru jungwoo nak panggil dia kakak?" Balas jungkook.

Kalini soalan jungkook membuatkan semua terdiam serentak. Jungwoo hilang kata.

"Err memang tak lah kan?" Jungkook menjawab soalannya sendiri. Dia tersengih sebelum mengekek ketawa. Eh kenapa buruk pulak bunyi ketawa aku ni.

Roseanne menelan air liur. Gila! Nak cakap tu tak beragak agak.

"Uish! Nasib baik hyung bergurau. Jungwoo ingatkan hyung serius tadi." Jungwoo menghembus nafas lega.

"Hyung? Kahwin dengan rose? Huh hyung ada taste lah jungwoo."

Jawapan jungkook membuatkan mata roseanne membulat. Geram mendengar jawapan jungkook yang seakan akan sedang menghinanya. Kenapa? Aku ni teruk sangat ke?

"Eh kau ingat kau sorang je ada taste? Aku pun tak pandang ah muka macam kau ni. Dah la mulut macam kambing. Kalau aku kahwin dengan kau kan aku rasa aku ni gila." Marah roseanne.

"Eh sama lah kita. Kalau aku kahwin dengan kau mungkin aku gila juga tahutak?" Jungkook tidak mahu kalah.

Jungwoo sudah menggaru garu kepalanya. Hah ni yang aku malas ni. Rasa macam nak ketuk dua malaun ni. Biar sedar sikit umur tu dah berapa. Dah tua pun masih nak gaduh.

"Alah. Kalau betul pun hyung dengan rose nak kahwin, mama tak akan bagi punya." Tiba tiba jungwoo bersuara. Terus jungkook dan roseanne memandang tepat kepadanya.

"Jungwoo cakap apa ni?" Soal jungkook perlahan.

"Kenapa kau cakap macam tu jungwoo?" Suara roseanne pula berbunyi.

Roseanne dan jungkook berpandangan. Masing masing keliru. Mereka masih mahukan penjelasan walaupun mereka tahu benda itu tidak akan terjadi sama sekali.

"Tak ada apa apa sebenarnya. Cuma jungwoo terdengar mama dengan papa berborak. Papa ada bagi cadangan nak jodohkan hyung dengan rose. Tapi mama tak suka sebab tak berkembang keturunan nanti. Lagipun dia nak hyung fokuskan pada kerja dulu." Jungwoo tersengih. Bukan benda penting pun.

"Hehehe nasib baik mama tak setuju. Kalau mama setuju dengan cadangan papa, hyung kena duduk bawah jambatan lah." Jungkook terus menerus menyakitkan hati roseanne.

Wajah roseanne terus berubah. Roseanne tidak membalas tetapi dia terus bangun dan melangkah meninggalkan jungkook dan jungwoo.

Jungkook terkejut dan jungwoo mengeluh.

"Hish hyung ni. Nak bergurau pun agak agak lah. Kecik hati rose tu. Entah apa apa lah hyung ni. Macam budak budak tahutak!"

"Eleh yang dia tiba tiba sentap tu kenapa?"

"Rose tu memang lah nampak macam tu hyung. Nampak macam tak kisah. Nampak macam jenis yang sanggup telan apa saja. Tapi hyung kena ingat, macam mana kasar pun dia, dia tetap perempuan. Hati perempuan lembut. Kadang kadang walaupun dia cakap tak kisah, tapi dalam hati dia kita taktahu. Hyung nii, benda basic macam ni pun taktahu ke haaa?" Cepat cepat jungwoo berlalu. Bukan dia takut, cuma dia tidak mahu bergaduh.

Jungkook terkedu. Ya dia kalah. Kata kata jungwoo benar benar terkesan. Otak jungkook masih memikirkan hal itu sehingga dia tak sedar yang kakinya sedang melangkah tanpa arah.

"Weh hati hatilah."

Tangan jungkook tiba tiba ditarik sehingga dia terdorong ke belakang. Kawah yang berisi sup daging itu ditatap tanpa berkelip.

"Kalau ya pun nak mati, pilih cara lain boleh tak? Tragis betul ah kalau mati sebab masuk sup panas ni." Marah roseanne.

"Woi kau mimpi apa ni?" Kali ni roseanne bertindak menepuk bahu jungkook. Dia macam bercakap dengan orang pekak. Jungkook seakan akan masih belum sedar.

"Huh mana ada aku mimpi. Aku tak nampak benda tu ada kat depan aku." Jawab jungkook kalut.

"Kalau kau betul betul jatuh dalam kawah tu, bukan setakat kempunan nak kahwin dengan aku, nak duduk bawah jambatan pun tak sempat." Roseanne menyambung amarahnya. Dia sengaja memerli lelaki itu.

"Eh dia ni kan. Bercakap......."

Deruman kereta yang masuk ke dalam perkarangan rumah jungkook menghalang jungkook dari terus menghabiskan kata katanya.

Keluar seorang gadis dari perut kereta mewah itu. Gadis itu menjadi perhatian beberapa pasang mata yang berada di situ. Saat gadis itu menguntum senyuman, beberapa pasang mata kembali terarah kepada jungkook pula. Memang jelas senyuman itu hanya untuk jungkook.

"Lalisa." Bibir jungkook menyebut nama gadis itu perlahan. Kaki melangkah laju mendapatkan gadis tersebut.

Dan roseanne kelu dan kaku. Siapa dia? Apa hubungan dia dengan jungkook? Cantik? Cantik sangat. Dia terus memandang dirinya sendiri. Dia memang tidak terlawan dengan gadis itu.

Roseanne 🌸Where stories live. Discover now