My Kori Desserts cafe.
"kenapa awak bawak saya datang sini?" soal Hasley yang duduk berhadapan dengan aden.
"saja nak bawak" jawab Aden ringkas.Hasley memutarkan bebola matanya.
Aden datang membawa semangkuk besar ice cream, mata hasley dah bersinar-sinar.
"Yeayy ice cream" akibat terlampau teruja, dia terluahkan perasaan gembiranya, Aden hanya terswnyum sinis.
"my treat sebab kau buat yang terbaik harini" Aden meletakkan ice cream diatas meja, mangkuk kecil di hulurkan pada Hasley, mereka berdua berkongsi ice cream bersama.
mereka mendengar berita yang terkini di Screen TV cafe tersebut
"kehilangan 3 orang pelajar perempuan masih lagi belum di temui oleh pihak polis, mereka adalah pelajar dari private highschool , menurut maklumat mereka sudah hilang pada 2 hari yang lalu, langsung tiada saksi yang melihat tempat terakhir mereka selain di sekolah, jika ada maklumat berkenaan tentang 3 kehilangan pelajar ini, sila hubungi pihak yang tertentu..." (ah lantakla betul ke tak, ingat aku selalu tengok berita ke- author note)
Office Inspector Haniff.
Hanif ada 2 pangkat besar, dia di kenali sebagai inspektor di mata masyarakat yang lain, manakal identitinya sebagai Sarjen spy MSA hanya di ketahui oleh polis dan ahli ii agency itu sahaja.
Sarjen Hanif POV
Tok!, Tok!
"masuk!" arah aku selepas mendengar ketukan pintu. Pintu di buka dari luar, satu figura perempuan berkaca mata, nametag di blazernya aku lihat 'Nurin', perwatakannya seperti seorang guru.
"Ye puan, apa yang saya boleh bantu?" soalku, lalu mempelawanya duduk di hadapan.
"saya nak kongsi sedikit info yang saya dapat tentang kehilangan 3 orang pelajar di private highschool baru ii ini"
aku memandangnya pelik
"puan ni siapa?"
"saya guru yang mengajar di sekolah itu" sangkaan aku tepat bahawa dia seorang guru.
"Apa yang puan boleh bantu kami?"
"saya rasa dalangnya ada didalam sekolah tu" katanya separuh berbisik.
"siapa yang puan syak?"
"kerani di sekolah tu"
"Apa yang puan nampak?" macam reporter dah.
"sebelum hari mereka di sahkan hilang, Saya ada ternampak mereka seperti bertengkar dengan seorang kerani perempuan di pejabat, saya pergi tanya kerani tu sendiri, kerani tu cakap yang mereka bertiga terlampau biadab, bila saya nak soal lebih lagi dia macam mengelak dari saya,lepas je kes hilang ni dah sampai ke pemberita, kerani itu kerap ambil cuti" cerita perempuan itu Panjang lebar, aku mengangguk
"terima kasih puan,kami akan jalankan siasatan secara perlahan,kes ini akan pihak kami selesaikan secepat mungkin" dia memberikan senyuman segaris.
"inspektor, boleh saya mintak tolong?"
aku menjungkitkan kening.
"boleh tak inspektor rahsiakan hal ni dekat pemberita, atau tak besar ii kan pasal info yang saya bagi ni?, bukan apa saya hanya syak, nanti timbul fitnah lagi kecoh" aku mengangguk laju seraya memberi senyuman tipis.
"terima kasih"
Markas MSA.
kesemua spy sudah berkumpul di satu dewan kecil iaitu tempat mereka bermesyuarat, di Markas MSA terdapat 2 tempat mesyuarat iaitu di dewan kecil dan Elite Spy Room di mana, spy yang mempunyai jawatan besar akan membincangkan kes terbesar dengan polis ii yang lain.
YOU ARE READING
YOUNG SPY [Undercover mission]©️
Action•B O O K T H R E E• COMPLETE✔️✔️ 23/9/19 #1 RANK IN ACTION GENRE 12/12/19 #1 RANK IN MAFIA •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Hasley adalah budak perempuan yang hanya mempunyai keluarga dan kehidupan yang sederhana seperti orang l...