2 Pretending

10.4K 569 7
                                    

Hasley POV

aku buntu, aku kehulu hilir, mengingat kembali kejadian siang tadi

Flashback
"spy Undercover?.."

"Bilik yang kau salah masuk tadi, Adalah bilik Mafia terkenal di Holand, And aku di tugaskan untuk ekori dia sampai aku jumpa Tempat dia seludup dadah dan barang haram yang lain" macam mana dia tau aku salah bilik ni, Mafia what??.

"so awak nak saya buat apa?" dahla mintak tolong aku, takkanla spy ada sorang je?, kenapa aku hell.

"Kau kena menyamar untuk dapatkan phone lelaki tu" mata aku terbutang.

"gila!, dia mafia kot, saya manusia biasa, and i'm a girl" kataku dengan nada tegas, aku bantah 100%.

"perempuan tak perempuan, aku tak ambik kesah!, aku nak kau buat jugak, aku dah cakapkan if not i'll kill you" nada dia macam serious aku dah cuak.

"okay fine!, apa yang aku kene buat?" rasanya aku banyak tanya soalan yang sama.

"kau menyamar jadi nurse then ambikla phone dia!, tu pun nak kene ajar!" marah dia lagi.

aku hanya mengangguk, dia menolak aku keluar dari kereta mewahnya, dia memberi pandangan helang kepada aku.

"Call me Ad. See you tomorrow" katanya lalu meninggalkan aku, yang terpinga.
End flashback

"Hmm apa aku nak buat nii!!"jerit aku di dalam bilik seperti orang gila.

aku memerah otak untuk fikirkan misi yang aku perlu buat esok, dah jadi Spy tak rasmi, kan bagus kalau jadi Ahli spy secara rasmi, err dah start berangan dah aku ni.

The Next Day.

Hasley memakai mask seperti nurse yang lain, dia memakai cermin mata yang mempunyai mini cctv, penampilan dia berubah 100% kerana, dia memakai bangs palsu untuk menutup dahinya supaya tiada siapa dapat mengecam mukanya selepas misi ini berakhir.

dia memasuki Wad 1050 seorang lelaki berbadan tegap dan bersuit hitam yang berada di sebelah Grendy merenung Hasley tajam, Hasley sudah menggigil, dalam hati sudah sumpah seranah Aden.

"Kau bawak ape tu?" soal anak buah grendy dengan tegas.

"air dengan ubat" jawab Hasley tenang tapi hati dah jerit ii mintak tolong.

Grendy hanya melihat tindakan Hasley yang sedang meletakkan ubat di atas meja, Hasley terlihat telephone bimbit milik Grendy di sebelah kanan katil.

"kau tunggu ape lagi!?, keluarla!" jerkah anak buah grendy dengan kasar.

Hasley terus sengaja menjatuhkan gelas yang berisi air suam itu, gelas itu pecah menyembah lantai.

"Kau ni kenapa!, tak reti buat kerja ke?!" marah anak buah grendy, Grendy hanya dia membisu, bukankah dia mafia yang di geruni?, mana satu mafia ni?, monolog Hasley.

"ma.. ma.. maaf, saya akan panggilkan cleaner untuk bersihkan" kata Hasley lalu keluar dari wad tersebut, dia sempat mengambil telephone bimbit Grendy.

dia keluar dengan kadar segera selepas melihat seorang dr menghampiri wad Grendy, dia terus berlari anak.

Wad 1050

"ada apa ii masalah ke encik grendy?" soal dr perempuan itu.

"jururawat hospital ni memang tak guna ke?, buat kerja tah apa ii" kata Grendy, akhirnya dia buka mulut, sejujurnya dia leka melihat wajah polos Hasley.

Dr Hasley memandang ubat yang berada di atas meja itu dengan pandangan yang pelik.
Ubat itu di tilik.

"siapa yang bagi ubat ni?" soal dr itu musykil.

"jururawat kau la" katanya kasar.

"encik biar betul, jururawat hospital ni semua buat kerja dengan profesional, Dan ubat ni bukan ubat untuk awak tapi untuk ibu mengandung" Kata dr itu menahan tawa.

"Ha! mane perempuan tu?! Filips cari dia sekarang!" arah grendy, Filips mengangguk lalu keluar dari wad.

Hasley POV

Aku menukar penampilan aku di dalam tandas, aku mengemas segala harang penyamaran aku, baju nurse yang lusuh itu aku tilik, nasibbaik Kaklang pernah kerja sini dulu haih.

BAM!!

aku menoleh, hampir terkeluar jantung aku bila Ad terjah masuk tandas, ee sakai betul nasibbaik dia masuk time aku dah siap, kalau salah time tadi, murung hidup aku.

"mana?" soalnya ringkas, aku mengeluarkan phone bimbit dari pocket seluar lalu phone bertukar tangan, panas hati pulak dekat mamat ni, dahla gunakan aku, makan gaji buta betul!.

selesai dia menggodam phone itu, dia memberi phone tu semula, kening aku berkerut, takkanla...

"letak balik" arahnya, pffftt.. gila ke apa lelaki ni.

"No!" bantahku.Ad menghampiri ku, aku mengundur sampaila aku hampir terjatuh dalam mangkuk tandas.

"Just do it" arahnya.Aku mengeluh panjang, rasa nak nangis pun ada.

"okay" kata aku ringkas, phone diambil lalu aku berada dari dalam tandas, ter emo pulak sis.

aku menuju semula ke bilik Wad grendy kepala masih lagi ligat berfikir untuk mencari cara untuk masuk ke dalam wad tersebut.

Anak buah Grendy sedang mencari sesuatu, mesti cari aku, aku menayang riak biasa, Anak buah Grendy berselisih dengan aku, okay dia tak cam, Bagus.

pintu Wad Terbuka, Grendy sedang di bawa oleh dr untuk pemeriksaan mungkin, alhamdulillah peluang!, selepas melihat sekeliling aku melangkah masuk kedalam wad, phone di letakkan di tempat asal, aku mengecil kan mata sedikit untuk melihat sesuatu yang berada di atas katil, kertas yang di selitkan di bawah bantal.

aku mengangkat bantal lalu melihat isi surat itu, alangkah terkejutnya itu semua stick dadah, dan aku terlihat alamat yang berada di kertas itu, aku terus menangkap gambar kertas itu menggunakan phone aku, lalu meletakkan kertas itu semula seperti tempat asal supaya Grendy tidak syak apa ii.

Aku terus berlari keluar dari wad, dan singgah di Wad Ayah untuk melawat, kalau ayah aku takde kat sini harini, takdenya aku buat kerja bodo ni, aku lari je huh!

Aden POV

aku melihat dengan teliti maklumat yang baru sahaja aku ambil dari phone Grendy, Hanya perbualan kosong, langsung tiada maklumat tentang alamat mereka seludup dadah, hanya gambar ii dadah dan senjata api.Aku mengeluh pendek.

phone aku berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Sarjen Hanif is calling...

"Alamak apahal pulak ni" kataku seorang diri, panggilan di angkat, lambat ii aku bercakap.

"Hello?"
"Datang Markas now!"- Sarjen Hanif.

panggilan di matikan, macamtu je?, haih jangan cakap yang dia tahu aku guna orang luar untuk dapatkan maklumat sudah.

MALAYSIAN SPY AGENCY

Aden berdiri di depan halayak ramai iaitu di hadapan 30 orang spy yang lain.

"Kau tau kenapa kau kat sini?" soal Sarjen Hanif Sinis

"Tak Tuan!" kata Aden dengan nada keras, macamnilah percakapan mereka apabila diadakan perhimpunan rasmi.

"Kau tahu tentang peraturan SMA kan?"-Sarjen Hanif.

"Tahu Tuan!"

"Jadi kenapa kau selalu Langgar?!, ini kali ke tiga kau langgar!, tapi ini paling terbesar!" Marah sarjen hanif dengan lantang, Spy yang lain sudah gerun dengan sikap Sarjen Hanif.

"Maaf Tuan!,Saya mengaku bersalah tuan!"

"kau buat salah besar Aden, kau sudah membocorkan rahsia MSA kepada orang awam, Malah kau gunakan dia!" Aden hanya diam, dia mengaku dia bersalah, dia langsung tidak berfikir waras.

"Kau akan di hukum!, lepastu kau cari budak itu sampai jumpa!" arah Sarjen Hanif.

•••••••
-TO BE CONTINUED-

ENJOY READING.
SORRY IF ADA KEKURANGAN.
TAP THE STAR FOR HASLEY❤️

YOUNG SPY [Undercover mission]©️Where stories live. Discover now