SCOVA, OKTOBER 1999.
Saya ADELAIDE PATRICK dan baru berusia 16 tahun. Akibat dari gempa bumi yang berlaku di negeri kami beberapa bulan lalu, kami sekeluarga berpindah ke negeri jiran, Scova. Ibu bapa saya, Patrick dan Roslind, telah membeli sebuah kediaman yang dinamakan Rose Vila dengan harga yang rendah. Ia murah mungkin kerana keadaan rumah itu agak usang serta jauh dari penempatan utama. Mereka terpaksa membelinya kerana wang yang ibu bapa saya ada tidak cukup untuk membeli rumah yang berdekatan dengan bandar. Ia lebih mahal berbanding dengan vila ini.
Abang saya MARTIN PATRICK, 17, seorang yang pendiam. Dia remaja yang normal, tetapi dia tidak suka bergaul dengan orang lain selain dari kami sekeluarga. Dan dia seorang yang kuat berkhayal tentang sesuatu yang pelik. Maksud saya, dia sangat suka berfikir tentang makhluk asing serta hantu. Dia juga obses dengan cerita-cerita seram dan misteri. Kadang-kadang, saya sendiri berasa seram bila bersama dengan dia. Dia suka membuli saya dengan menakut-nakutkan saya. Tetapi saya tak kisah, sebab dia abang yang baik walaupun agak pelik sedikit.
Hari ini ialah hari pertama kami menjejakkan kaki ke Rose Vila. Saat kami turun dari teksi, Martin sungguh teruja melihat vila usang itu. Kedua-dua ibu bapa saya juga gembira kerana akhirnya kami memiliki rumah sendiri selepas beberapa bulan tinggal di dalam bilik hotel.
Saya memegang buku dan membawa beg besar di tangan. Ia berisi pakaian saya yang terselamat dari gempa bumi. Tapi saya tercegat di kawasan vila 3 tingkat itu. Mata saya memandang pada cermin tingkap yang terbuka luas di tingkat teratas, iaitu loteng vila tersebut. Langsir berwarna putih terbuai-buai dek angin yang masuk ke dalam. Dan.. bila saya pandang dengan teliti, bagaikan ada kelibat seseorang sedang berdiri di tepi tingkap!
"Adel!"
"Huh!?" Saya terkejut bila ibu saya memanggil dengan suara lantang. Hampir saja buku yang saya pegang terbuang.
Tanpa memandang tingkap itu lagi, saya bergegas lari masuk ke dalam rumah itu kerana mereka semua sudahpun berada didalamnya. Saya anggap saja kelibat orang tadi hanya halusinasi, kerana saya memang seorang yang penakut.
"Adel.. huhuhu.." Martin mengejek saya dengan suara hantunya yang tidak seram ketika saya menginjak masuk ke dalam vila itu.
Prakk!
Kerana benci dipermainkan, saya humban buku yang saya pegang ke arahnya. Dia ketawa bagaikan diserang sawan babi!
"Bodoh!" Saya memerlinya dengan kasar sebab sakit hati.
"Ehh.. perkataan tu elok-elok sikit, Adel.." bapa saya menegur.
Kalau bukan kerana perangai Martin, saya takkan sebut perkataan tu!
"Martin, awak bodoh.." sekali lagi perkataan itu saya bisikkan padanya ketika lalu dihadapan dia, sambil mencapai semula buku yang saya humban tadi di atas lantai.
"Adel, there's someone at your back.." dia membalas semula.
Saya tahu dia cuma permainkan saya saja. Saya berikan dia jelingan tajam sambil saya menarik beg. Tiba-tiba, saya terasa angin sejuk berlalu menepis tengkuk. Kaki saya terhenti dari melangkah.
"Adel.." suara sayu berbisik di belakang.
Kerana geram, saya terus menoleh ke belakang dan menjerit.
"What!?"
Dup!
Tiada sesiapa di sisi saya! Mata saya terbeliak, saya hairan kerana tadi Martin bersama dengan saya! Saya pandang kiri dan kanan kerana menggelabah.
"Adel, buat apa lagi di situ? Kami semua di atas ni," ibu saya memanggil dari tingkat dua.
Saya terkaku.. siapakah yang bercakap dengan saya tadi kalau bukan Martin? Fuh.. Dengan pantasnya saya berlari naik di tangga!
Martin menunggu saya pada anak-anak tangga sambil tersenyum sinis. Bila saya lalu dihadapannya, saya sempat menumbuk bahu dia.
Buk!
"Ouch!" Dia terjerit kecil, tetapi lepas tu dia ketawa.
"Jangan nak takutkan saya, faham?" Saya berkata padanya ketika naik ke atas. Dia yang berada di belakang, tidak menyahut langsung. Ish! Bertambah pelik pula saya dengan dia.
"Martin.." saya menyebut namanya ketika menoleh ke belakang.
Dup.. dup.. dup..
Sekali lagi saya terkaku! Dia.. tidak ada di situ. Saya mahu menjerit memanggil ibu dan bapa kami, tetapi saya kuatkan semangat! Lepas ni, kalau saya nampak Martin lagi, saya takkan tegur dia!
Perasaan saya mulai gusar. Rasa takut itu muncul di dalam jiwa saya. Tetapi saya masih ingin tahu, Martin dimana?
▪▪▪▪▪▪▪
"Adel, sini bilik awak. Sebelah lagi untuk Martin." Kata ibu ketika berada di tingkat dua. Bilik saya bersebelahan saja dengan bilik abang saya.
Saya anggukkan kepala tanda faham. Rumah itu tidaklah sebesar mana, sesuai untuk kami sekeluarga. Sebelum kami berpindah di sini, tuan rumah telah membersihkan segalanya. Jadi, kami tidak perlu bersusah payah lagi untuk mengerah tulang untuk membersihkannya.
Semasa saya masuk ke dalam bilik, suasana tenang. Cahaya dari tingkap memenuhi ruang bilik itu. Saya letakkan beg di tepi tilam, buku pula di atas meja solek.
Brakk!
Saya menghempaskan badan pada tilam itu sambil mendepakan tangan.
"Huh.. selesanya. Macam nak tidur pula,"
Tiba-tiba Martin masuk ke bilik dan bersandar pada dinding sambil merenung ke arah saya. Hampir saya ingin menegurnya, tetapi malas. Saya pun memalingkan muka ke arah tingkap.
"Adel.." dia memanggil nama saya dengan lembut. Ingin saya menoleh, tapi saya tak mahu lagi dipermainkan oleh dia.
Hampir seminit suara itu berlalu, saya sangkakan dia sudah beredar. Jadi, saya pun menoleh semula ke arah pintu.
Dia masih berdiri di situ dengan pandangan tajam pada saya! Ah! Orang ni selalu saja nak takutkan saya!
"Kenapa awak tak nak keluar dari sini!?" Saya membentaknya.
"I miss you,"
Tiba-tiba saja dia ucapkan ayat tu. Dalam fikiran saya masa tu, abang saya dah gila ke? Saya ambil bantal dan terus humban ke arah dia. Saya tak mahu diganggu!
Bak!
Dia melompat sambil ketawa. Tapi lepas tu, barulah dia keluar dari bilik. Suara gelak ketawanya kuat sekali sampai saya terdengar hingga ke dalam bilik.
"Dia ni.. ish!" Saya tidak tahu apa lagi nak kata tentang dia. Pengacau betul!
YOU ARE READING
1999 ✔
Mystery / ThrillerI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language: malay, english Genre: Mystery, Horror Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Nama tempat dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Jika ada persamaan dengan hidup anda, saya...