Saya diangkat pulang oleh bapa. Sesampai saja kami di rumah, para jiran tetangga yang berada di luar rumah balik ke tempat tinggal mereka masing-masing. Ketika saya diangkat naik ke tingkat 2, saya ternampak Martin berdiri di anak-anak tangga seperti menunggu saya. Saya ingin turun dari tangan bapa, tapi saya tidak bermaya. Ibu mengikuti kami dari belakang. Mereka tidak endahkan Martin ketika berlalu di hadapannya. Tapi Martin, memandang saya dengan wajah risau."Adel.. lepas sekolah, awak jangan singgah di mana-mana lagi. Awak buat kami risau.." kata bapa semasa membaringkan saya di atas katil.
"Martin.." saya menyebut nama abang dengan suara lemah.
Ibu bapa saya berpandangan. Lalu, ibu saya memegang jari jemari saya dengan erat.
"Martin yang bawa awak ke sana?" Dia bertanya.
Saya anggukkan kepala tanda benar. Tapi saya takut kalau mereka akan memarahi Martin.
"Adel, mulai sekarang awak jangan ikut apa saja yang Martin lakukan," bapa saya mencelah.
"Kenapa?" Saya menyoal.
"Saya kata jangan! Faham!?" Tiba-tiba bapa saya meninggikan suaranya dan terus keluar dari bilik.
Saya tidak faham kenapa mereka bencikan Martin! Bukankah mereka menyayangi dia juga?
"Dengar cakap papa.. okey?" Ibu memberi nasihat. Saya berdiam diri saja.
Selepas itu, ibu membantu saya menukarkan pakaian. Saya yang rasa kesejukkan tadi, sekarang berasa hangat selepas memakai pakaian baru.
Ibu pun keluar dari bilik setelah selesai menguruskan saya. Saat saya mengelamun tentang perkara tadi, Martin masuk ke dalam bilik. Dia datang ke arah saya dengan muka sedih.
"Abang tolak saya ke dalam sungai ke?" Saya menuduhnya walaupun saya tidak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi.
"I'm sorry, Adel." Ucapnya. Tiba-tiba dia menangis lagi dan terus peluk badan saya.
Padamulanya saya ingin memarahinya, tetapi saya tidak sanggup menambahkan kesedihan dia. Mungkin dia tidak sengaja. Ibu masuk semula ke dalam bilik untuk menghantar minuman panas, tapi dia tercegat dihadapan pintu ketika memandang kami berpelukan. Dia menangis hiba dan keluar semula membawa minuman itu. Saya sebenarnya tidak mahu abang saya dipulaukan dari keluarga..
▪▪▪▪▪
Malam itu, ketika saya tidur, badan saya terasa panas sekali. Peluh membasahi seluruh badan saya. Saya mahu bangun, tetapi badan saya terasa sangat berat. Mata saya terbuka kecil dan cuba untuk menjerit memanggil ibu bapa saya, tetapi saya tidak dapat melawan kuasa itu.
Tiba-tiba, pintu bilik saya terbuka, dan kelibat Martin berada di depan pintu. Dia masuk serta menutup pintu itu semula. Keadaan gelap, mengaburkan pandangan saya! Dia datang ke arah katil dan berdiri melihat saya yang kekejangan. Wajahnya tidak jelas kelihatan di mata saya. Saya cuba untuk menyebut namanya, tetapi saya tidak dapat lakukannya!
"Adel.." dia memanggil nama saya.
Kemudian, dia menggendong dan bawa saya keluar dari bilik. Waktu itu, saya tidak mampu bergerak.. Dia bawa saya naik ke loteng. Dalam keadaan yang lemah, saya merenung muka Martin. Tangan saya tergapai-gapai tidak dapat memegang badannya langsung.
Sesudah kami berada di dalam bilik loteng, dia membaringkan saya di atas lantai berhadapan dengan tingkap yang berlangsir putih. Badan saya kaku tidak bergerak. Ayat pun sukar untuk diluahkan kepada Martin. Dia ikut berbaring dengan saya di lantai sambil memegang erat jari jemari saya.
Kulitnya sejuk, hembusan nafasnya jelas kedengaran. Lalu, dia berbisik di tepi telinga saya.
"Adel, i really miss you.." ucapnya.
Tanpa saya sedari, saya terlelap di sampingnya.
~~~~~~
Buk! Buk! Buk!
Saya dikejutkan dengan hentakan kuat pada pintu loteng. Mata saya terbungkam dan saya bingkas bangun dalam keadaan mamai serta lemah. Suara bapa dan ibu memanggil nama saya dari luar. Martin.. tidak ada di samping saya masa tu. Dia tinggalkan saya sendirian ke? Itu persoalan yang timbul di minda saya.
Prakk!!
Pintu loteng terbuka akibat ditendang bapa. Nafasnya tercungap-cungap kerana kepenatan. Ibu bapa saya segera mendapatkan saya yang sedang duduk di atas lantai.
"Adel, apa awak buat disini!?" Bapa memarahi saya. Rambut saya diusap-usap, saya tidak tahu bagaimana keadaan saya waktu itu. Mereka tampak risau sekali!
"Martin bawa awak ke sini ke!?" Bentak bapa saya lagi. Kemarahannya makin menjadi-jadi sejak kejadian kemarin.
"Ya.." saya mengaku akan perbuatan Martin semalam.
"Adel.." ibu saya menangis di hadapan saya.
Saya tidak faham, kenapa mereka terlalu bencikan Martin!
"Martin mana..?" Saya menyoal dengan suara lemah.
Bapa saya berdengus keras setelah mendengar nama anak lelakinya disebut. Dia berdiri dan mundar-mandir bagaikan tidak keruan.
"Kenapa kamu tidak sukakan Martin? Apa salah dia?" Saya menyoal lagi. Kali ini, saya mahukan jawapan tulus dari kedua ibu bapa saya!
"Kami sayangkan kamu berdua.. dia tidak bersalah Adel.." ibu menjawab.
"Tapi, kenapa kamu tak layan dia dengan baik? Salahkah saya cuba rapat dengan abang saya sendiri?" Saya melawan. Mata saya memandang ke arah kedua-dua ibubapa saya yang tampak sedih.
"Bukannya kami tidak layan dia dengan baik, tapi.. dia selalu saja buli awak dan kami tidak mahu awak terpesong." Bapa menyahut.
Saya bagaikan tidak percaya dengan apa yang bapa katakan itu. Mereka sepatutnya memberi nasihat kepada Martin, bukannya nak suruh elakkan saya dari dia. Saya mulai gusar.. sebenarnya, apa telah Martin lakukan hinggakan ibu bapa kami tidak ambil peduli tentang dia?
Saya tidak menjawab atau menyoal mereka lagi. Nanti, saya sendiri akan bertanya dengan Martin.
YOU ARE READING
1999 ✔
Mystery / ThrillerI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language: malay, english Genre: Mystery, Horror Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Nama tempat dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Jika ada persamaan dengan hidup anda, saya...