1999 (2)

263 28 0
                                    


         Malam itu, kami makan malam bersama di meja makan. Martin seperti biasa tidak akan bercakap dengan ibu bapa kami. Dia diam dan menjamah saja makanannya.

      "Esok mama nak pergi daftar kamu di sekolah. Kamu jangan nakal-nakal di rumah tau?" Kata ibu kepada kami. Martin tidak menyahut sepatah kata pun. Seperti biasa, dia akan buat bodoh saja.

      "Papa pula nak pergi cari kerja, mana tahu ada kerja kosong berdekatan." Bapa saya mencelah. Makanan disuap pada pembukaan mulutnya.

     "Baik.." hanya saya saja menyahut.

Tiba-tiba Martin berdiri dan meninggalkan kami bertiga. Ibu dan bapa saya tidak mempedulikan dia yang bermuka masam. Kadang-kadang, saya rasa kasihan tengok dia. Sebab, ibu bapa saya macam tidak ambil berat tentangnya. Mereka cuma pedulikan saya, Martin pula seperti disisihkan. Pernah saya bertanya dengan ibu, kenapa mereka tidak layan Martin seperti mereka melayan saya? Jawapan ibu hanya satu..

     'Kami sangat sayang kamu berdua, Adel..'

Sejak hari itu, saya tidak mahu bertanya lagi. Kerana, setiap kali saya menyoal tentang Martin, ibu memberikan jawapan yang sama saja.

~~~~~

      Selepas selesai makan malam, saya pun naik ke atas untuk merehatkan diri. Ibu bapa saya pula masih berbual di ruang makan. Ketika saya menaiki anak-anak tangga, saya terlihat Martin duduk pada anak tangga dengan kepala menunduk. Saya menarik nafas pendek dan terus menerpanya sebab wajahnya kelihatan muram.

      "Huh!"

Dia tersentak dan terus pandang saya dengan muka terkejut. Saya tergelak kerana kali ini saya telah takutkan dia.

      "Haha! Awak takut sendirian di bilik, kan?" Saya menyindirnya.

      "No.." dia menjawab.

      "Jadi kenapa awak duduk di sini?" Saya bertanya lagi.

Dia hanya merenung saya tanpa menjawab soalan itu. Tiba-tiba dia tersengih, lalu menangkap tangan dan lantas menarik saya menaiki anak-anak tangga sehingga ke tingkat 3!

      "Martin, awak nak bawa saya ke mana ni!?" Saya memarahinya.

     Pak! Pak! Pak! Pak!

Tapak kaki kami menaiki setiap anak tangga itu jelas kedengaran. Dia langsung tidak menjawab pertanyaan saya tadi.

Sesampai saja kami di tingkat teratas, dia menoleh ke arah saya. Suasana di sana agak suram dan gelap. Saya memegang erat tangan dia sebab terlalu takut!

        "Ma.. Martin, apa awak bu.. buat di sini?" Saya tergugup-gugup berbicara. Mata saya asyik memandang kiri dan kanan depan pintu loteng.

        "Shh.." sahutnya. Dia tidak mahu saya berbuat bising.

Lalu, pintu loteng dibukanya perlahan.

     Krak..

Sambil menarik tangan saya, kami pun masuk ke dalam. Perasaan saya waktu itu seram sekali! Loteng itu sangat gelap!

      "Martin, saya tak nak masuk sini.." saya menarik-narik tangan dia untuk turun, tetapi dia tidak mahu lepaskan tangan saya.

      "Jom main sembunyi-sembunyi?" Ajaknya.

      "Eh, nak main di sini? Saya takutlah.." saya menjawab. Saya masih tidak mahu lepaskan tangan dia.

Dia pandang saya lalu membelai rambut saya dengan lembut. Tangan saya dia lepaskan dengan perlahan.

       "Don't scare.. i'm here," katanya dengan suara perlahan. Setelah melepaskan tangan saya, dia berundur dan menghilangkan diri di dalam loteng gelap itu!

Saya masih tercegat di tempat saya berdiri sambil berpeluk tubuh. Saya memanggil-manggil namanya berulang kali!

       "Ma.. Martin! Martin!"

Pasti dia mahu takutkan saya lagi! Saya tak mahu bermain lagi dan terus menuju ke muka pintu dengan langkah kaki yang pantas.

     "Huarrghh!!"

      "Ahh!!"

Dia mengejutkan saya dari belakang! Kurang ajar betul!

     "Bodoh..! Saya tak mahu mainlah!" Saya menengkingnya.

     "Hahaha.." dia ketawa lagi.

Kerana sakit hati dipermainkan, saya menumbuk badannya bertubi-tubi!

    Buk! Buk! Buk!

Tapi, dia tidak mengelak dan membiarkan saja saya memukulnya. Dia hanya ketawa sambil memandang saya.

      "Awak tak habis-habis nak buli saya!" Saya memekik.

      "Sorry.." ucapnya. Tangan saya terhenti dari memukul setelah mendengar ucapan halus itu.

     "Saya rindu nak bermain dengan awak.." katanya lagi.

Ia lantas membuatkan saya teringat semula detik kegembiraan kami pada waktu kecil. Kami selalu bermain sembunyi-sembunyi di rumah lama. Dan saya selalu saja kalah olehnya. Bila saya marah, dia selalu ucapkan 'sorry' kerana dia selalu sakitkan hati saya. Saya tersenyum, lalu memeluk badannya.

       "Lain kali kita bermain lagi, tapi saya tak mahu main di sini," saya membalas.

Dia tersenyum dan kemudian bawa saya turun ke tingkat 2 semula. Kami berpegangan tangan menyusuri anak-anak tangga. Walaupun dia pendiam, tapi saya sangat sayangkan dia..

▪▪▪▪▪▪

       Sudah hampir tengah malam ketika itu. Bunyi hembusan angin dari luar rumah, sayup-sayup kedengaran. Saya tidak dapat menahan rasa mengantuk lagi, lalu saya menarik selimut dan menutup mata.

Satu jam kemudian..

      "Adel.." suara berbisik saya dengari ketika waktu tidur. Tapi saya sangkakan ia cuma mimpi, jadi saya tidak mempedulikannya.

      "Adel.." sekali lagi suara itu berbisik. Kali ini tepat di telinga saya!

Mata saya terbuka besar, dan terus bangun dari tidur! Lampu meja saya pasang, namun tiada sesiapa disitu! Bulu roma saya mulai meremang..

Saya bingkas bangun dan berlari keluar dari bilik! Nafas saya berduyun-duyun keluar dari lubang hidung!

     Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik Martin saya ketuk berulang kali dan berharap dia akan membukanya.

       "Martin, buka pintu.." saya memanggilnya dari luar dengan suara perlahan kerana risau kedua ibubapa saya akan terdengar.

Krakk..

Pintu itu terbuka dengan sendirinya.. Saya terkaku dihadapan pintu bilik Martin.

       "Ma.. Martin? Is that you..?" Saya menyoal. Bulu tengkuk saya kembali meremang..

       "What are you doing here?"

       "Ahh!" Saya terjerit bila Martin menegur saya dari belakang!

Kerana takut, saya terus peluk dia dengan erat. Saya menangis teresak-esak semasa dalam pelukannya.

       "Kenapa ni..?" Dia menyoal.

        "Saya takut.." saya menjawab. Dia membalas pelukan saya, lalu menarik saya masuk ke dalam biliknya.

Lampu dihidupkan, suasana bilik itu menjadi terang. Saya masih berasa hairan, siapa yang membuka pintu tadi? Rasa curiga mulai timbul di dalam hati saya. Rumah ni.. berhantu?


1999 ✔Where stories live. Discover now