BOLSTON. JANUARI, 1999.
Sebelum kejadian gempa bumi yang berlaku di negeri Bolston, Adelaide dan Martin ialah pasangan adik beradik yang sangat rapat sekali. Pada hari kejadian, ibu bapa mereka berada di bandar untuk makan malam berdua sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Martin dan Adelaide tidak menyertai mereka kerana tidak mahu menganggu hari bahagia kedua ibu bapa mereka.
Malam itu, Martin mengajak Adelaide bermain sembunyi-sembunyi di atas loteng rumah mereka. Ia adalah yang pertama kali setelah 5 tahun mereka tidak bermain bersama. Adelaide tidak membantah. Kerana dia juga mahu bermain permainan kegemaran mereka sewaktu kecil itu.
Mereka berlari-larian di dalam rumah. Akhir sekali mereka menuju ke loteng milik Martin.
"Awak kira, saya sembunyi. Okey?" Katanya sambil tersengih-sengih.
"Asyik-asyik saya saja yang kira!" Bentak Adelaide.
Martin hanya ketawa terbahak-bahak. Dengan terpaksanya Adelaide menutup mata dan mula mengira sambil menepis kepalanya pada almari baju yang besar. Martin mengorak langkah perlahan-lahan untuk menyembunyikan diri.
Ketika dia bersembunyi di bawah katil, dia merasakan gegaran kecil pada rumah. Disangkakannya itu ialah gegaran dari lori pengangkut sampah, jadi dia biarkan.
"28.. 29.. 30!" Adelaide habis mengira dan pada waktu itu juga gempa bumi berlaku!
Brrakk..!! Brrakk..!!
Rumah itu bergoncangan, Adelaide terpinga-pinga kerana menggelabah. Almari baju milik Martin tidak berdiri kukuh lagi, lalu ia terjatuh dan menghempap badan Adelaide!
Prrapakk..!!
"Adel!!" Martin menjerit bila adiknya terkujur pada lantai.
Dia segera keluar dari bawah katil dan sedaya upaya menolak almari itu dengan sepenuh tenaganya! Bumi masih bergoncangan! Segala barang berjatuhan di dalam rumah itu! Martin yang sudah berjaya menarik Adelaide yang pengsan dari dihempap almari yang berat, segera mendukungnya untuk turun ke bawah rumah. Namun, langkahnya terhenti bila rumah itu semakin goyah akibat gempa bumi yang kuat!
Martin terduduk di atas tangga sambil memeluk Adelaide. Dia tidak dapat mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri!
Krakkk..!!
Martin mendongak ke atas, bumbung rumah jatuh dan dia dengan tangkas melindungi Adelaide dari dihempap bumbung berat itu!
Brakk..!!
"Arrgh..!!" Martin menjerit kesakitan saat tubuhnya dihempap!
Gegaran beberapa minit itu pun terhenti.. Dalam pelukan dan masih bernyawa, Martin menangis di hadapan Adelaide.
"Adel.. Adel.." dia bersuara lemah untuk cuba menyedarkan Adelaide dari pengsan. Dia cuba untuk bertahan!
Tetapi.. nafasnya semakin berhembus perlahan.. Dia, sudah tidak dapat menampung kesakitan itu..
"I'm sorry.. Adel.." ucapan itu adalah yang terakhir kalinya buat Adelaide.
Martin menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam pelukan adiknya..
▪▪▪▪▪
Adelaide telah koma selama seminggu.. dan jenazah Martin telah pun dikebumikan. Tetapi Adelaide, langsung tidak tahu tentang kematian abangnya.
Saat dia sedar dari koma, dia bersendirian di bilik. Dia terlihat Martin sedang memandangnya dengan senyuman manis di wajah.
"Kenapa saya di sini?" Adelaide menyoalnya.
"Awak pengsan.." Martin menjawab.
Ketika itu, kedua-dua ibu bapa mereka masuk. Adelaide berbicara sendirian, seperti bercakap dengan seseorang. Mereka terpaku di hadapan pintu masuk. Bapa Adelaide segera berjumpa dengan doktor untuk bertanya tentang anak gadisnya itu.
Doktor menasihati bapa Adelaide, jangan beritahu hal sebenar yang telah terjadi kepadanya. Kerana ia akan menjejaskan mental gadis itu. Oleh sebab itulah, setiap kali makan malam, makanan untuk Martin turut disediakan di atas meja makan walaupun dia sudah tiada.
Mereka kerap melihat Adelaide ketawa dan bermain sendirian di dalam vila itu. Pedih sungguh hati kedua ibu bapa mereka bila melihat Adelaide berbicara sendirian. Dia tidak tahu perkara sebenarnya sehinggalah beberapa bulan kemudian.
Sewaktu Adelaide berada di sekolah bersama Darlene, dia sebenarnya bercakap sendirian ketika berada di pondok sekolah. Darlene sudah tahu akan perkara itu kerana guru kelas mereka telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh ibu Adelaide sebelum mendaftar dia di situ.
Pada hari Martin dan Adelaide berada di dalam hutan, sebenarnya Adelaide hanya berhalusinasi. Dia tidak sedar bahawa dia bersendirian di dalam hutan itu sehinggalah dia terjatuh pada anak sungai.
Bilik milik Martin yang berada di sebelah bilik Adelaide sebenarnya kosong. Ibunya terpaksa berkata ia milik Martin kerana tidak mahu Adelaide tahu tentang kematian Martin.
Loteng di dalam vila itu juga sebenarnya tidak boleh dibuka. Tuan rumah sudah berpesan kepada kedua-dua ibu bapa mereka untuk tidak memasuki loteng itu kerana barang peribadi tuan rumah semuanya ada di dalam. Ia berkunci! Sebab itulah bapa Adelaide terpaksa merosakkan pintu loteng tersebut semasa Adelaide terkurung di dalam.
Segala gangguan suara yang mengganggu Adelaide selama ini ialah Martin! Dia ingin Adelaide tahu bahawa dia telah meninggal dunia.
▪▪▪▪▪▪
Saya tersedar ketika berada di dalam bilik. Saya boleh rasakan kelopak mata saya seperti membengkak. Tapi.. saya tidak boleh menerima kenyataan yang Martin sudah tiada! Saya menangis, menangis dan menangis sendirian di dalam bilik. Saya tidak mahu percaya dengan perkara yang telah ibu ceritakan kepada saya. Bagaimana saya mahu teruskan kehidupan ini dengan bayangan Martin yang sentiasa di sisi?
Sebulan kemudian, saya di bawa pulang ke Bolston untuk melawat kubur Martin kerana saya masih tidak mempercayai tentang kematiannya. Dengan wajah yang pucat, saya jejakkan kaki ke tanah perkuburan. Hati saya gelisah.. kaki saya lenguh saat melihat makam milik Martin yang tampak baru walaupun sudah beberapa bulan pemergiannya.
Air mata saya menitis.. saya terlutut di hadapannya dengan tangisan hiba! Jari jemari saya mencengkam rumput hijau, ibu dan bapa saya cuba menenangkan saya yang meraung menangis di hadapan kubur Martin. Tetapi saya lemah.. terlalu lemah! Saya masih tidak percaya!
YOU ARE READING
1999 ✔
Mystery / ThrillerI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language: malay, english Genre: Mystery, Horror Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Nama tempat dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Jika ada persamaan dengan hidup anda, saya...