1999 (7 final)

277 33 6
                                    

      
          Saya menanti kedatangan Martin setelah melawat kuburnya seminggu yang lalu. Tetapi dia tidak datang lagi..

Saya sangat rindukan dia.. Senyuman dan gelak tawanya sentiasa berada pada bayangan saya. Saya tidak menyangka dia akan pergi dulu sebelum kami..

Perasaan bersalah menghantui diri saya. Kalau bukan disebabkan saya, dia tidak akan mati. Saya tidak dapat memaafkan diri saya yang bodoh ini. Kalaulah masa boleh diulang semula, saya akan memperbaiki segalanya.

Rindu saya terhadap Martin makin mencengkam diri. Saya mahu melihat wajahnya sekali lagi, dan berharap dia akan datang. Tetapi.. hari demi hari berlalu, dia tidak muncul jua.

       "Martin.. I miss you.." saya berbisik di sudut katil sambil memandang ke luar tingkap.

       "Kenapa awak tinggalkan saya..?" Saya menyoal lagi pada angin yang lalu.

Saya berharap dia akan menjawab soalan itu. Namun, ia tidak terbalas. Suaranya yang suka memanggil nama saya tidak lagi kedengaran. Saya memeluk bantal dan berbaring. Mata saya merenung pintu.. Saya menunggu kedatangan Martin..

▪▪▪▪▪▪

       Tepat jam 3 pagi..

      "Adel.."

Suara memanggil itu lantas menyedarkan saya dari tidur yang tidak lena. Saya membuka mata.. sosok tubuh Martin berdiri di hadapan pintu bilik. Dia.. tersenyum. Hati saya melonjak kegirangan, tetapi dia keluar dari bilik tanpa berkata apa-apa.

Senyuman saya hilang dan saya bingkas bangun dari katil lalu mengejarnya hingga ke anak-anak tangga menuju ke loteng.

Dia berdiri pada anak tangga sambil memandang saya. Saya bergerak perlahan-lahan ke arahnya. Dia menadahkan tangan kepada saya. Saya.. sambut tangannya dengan lembut. Lalu, dia menarik tangan saya untuk masuk ke dalam loteng yang terkunci.

Keadaan gelap dan sejuk tidak menyeramkam saya langsung. Kerana saya terlalu gembira dapat berjumpa lagi dengan Martin!

Martin melepaskan jari jemari saya. Lalu, dia menuju ke tangga bumbung. Sebelum dia menaikinya, dia pandang saya seperti mahu saya mengikut jejaknya.

Saya tidak berfikir panjang.. Kaki saya melangkah ke arah tangga itu dan menaikinya.

     Ssuuss...

Angin subuh menyengat kulit tubuh saya.. Martin berdiri dengan tegak pada bumbung. Saya datang ke arahnya sambil tergelak kecil.

      "Martin.. saya rindukan awak.." saya berbisik padanya.

Dia mengusap rambut dan memegang jari jemari saya dengan penuh rasa sayang..

       "I'm lonley.." balasnya. Raut wajahnya berubah muram ketika itu.

Saya seraya memeluk badan dia kerana kasihan dan terus berkata..

      "Saya sentiasa bersama dengan awak, Martin.." ketika saya ucapkan kata itu, saya menangis.

       "Would you follow me..?" Soalnya.

Saya tidak faham dengan kata-katanya itu, tetapi.. saya mahu.. mahu bersama dengannya!

        "Ya.." saya menyahut.

        "Saya sayangkan awak.. Adel.." ucapnya lagi.

        "Saya tahu.." saya membalasnya.

Kami memandang ke arah langit sambil berpegangan tangan. Saya menutup mata.. serta menghirup udara sejuk yang nyaman sambil tersenyum dan mendepakan tangan. Saya dapat rasakan tangannya memegang kuat pada jari jemari saya waktu itu. Dan.. dia mula mengira dari nombor 1 sehingga..

        "30.. jump.."

Kaki saya melangkah tanpa membuka mata. Kami terjun dari bumbung rumah vila 3 tingkat itu bersama-sama!

      Brakk...!!

Badan saya terhempas pada lantai semen! Padamulanya, badan saya terasa sakit sekali! Tetapi bila saya memandang ke arah Martin, sakit itu semakin lega. Saya terlentang di atas lantai dan anak mata saya merenung Martin yang berbaring bersama ketika mata saya belum tertutup..

Kami bergenggaman tangan..
Badan saya mulai rasa dingin..
Martin bangun dan menadahkan tapak tangannya ke arah saya..

Saya tersenyum..
Tangannya saya sambut..
Dia menarik saya sekuat hati..

Dan, dia berjaya..
Saya telah bangun semula..
Kesakitan tadi sudah tidak terasa..
Kami berbalas senyuman lagi..
Saya.. berasa sangat bebas..

       "Adel.. come.." bisiknya.

Saya mengikuti saja ke mana dia bawa saya pergi..

Kami berjalan sambil berpimpinan tangan menuju ke hutan pine.. Berbual dan ketawa.

Saya tidak pernah berasa bahagia seperti ini.. Dengan adanya saya, Martin tidak akan kesunyian lagi..
Saya harap.. ibu akan merelakan 'pemergian' saya ini..

        "Ma.. maafkan saya.." saya mengucapkan kata itu hanya di dalam hati..

▪▪▪▪▪▪

        Ibu bapa Adelaide terkejut dengan jasadnya yang terlentang di atas lantai perkarangan rumah dengan keadaan yang teruk! Matanya terbuka, bibirnya mengukir senyuman! Tulang belulangnya patah, kepalanya pecah akibat terhempas pada lantai semen! Darah yang sudah mulai kering, memenuhi perkarangan itu..

      Ibu bapanya meraung menangis atas pemergian Adelaide yang telah menamatkan hidupnya sendiri. Jasadnya dibawa pulang ke Bolston untuk dikebumikan di samping makam milik Martin..

Martin dan Adelaide memandang mereka dari sebalik pokok.. lalu bergelak ketawa dan bermain. Mereka berlari sehinggalah sampai ke rumah lama mereka..

         "Let's play hide and seek?" Ajak Martin. Adelaide menganggukan kepalanya tanda setuju ketika berada di atas loteng rumah lama mereka.

Martin bersembunyi.. Adelaide mengira nombor..

        "25.. 26.. 27.. 28.. 29.. 30!"







the end..

      


1999 ✔Where stories live. Discover now