BAB 1

62 7 2
                                    

"WEH!! Aku ada berita hangat nak kasi habaq kat korang ni!!!!" Pagi ini kelas 5 Beta digegarkan dengan suara Airin Izzati yang sudah bersiap sedia dengan misi nak membawangnya.

Dengan lengan baju kurung sekolah yang disingsing hingga ke siku lalu ditarik kerusi menghadap kearah rakan-rakannya.

Beg yang tersarung dibahu diletakkan di kerusi yang didudukinya.

"Hang pasaipa duk menjerit ni! Cerr tarik napaih dulu pastu duduk kasi helok baru la start bawang!" Balas Aina Syakirah dengan tangan yang sibuk mengurut dadanya. Terkejut bebeno la tu!

Mana tak terkejutnya kalau dah suara Airin yang dah sedia ada kuat macam tertelan mikrofon tu pi menjerit.

"Dah duduk helok bebeno la ni!" Balas Airin laju dengan tangan yang menepuk-menepuk bahu Aina.

"Cepat la habaq!" Balas Liyana Maisara yang sudah tidak sabar.

Airin berdehem beberapa kali sebelum memulakan balik sesi membawangnya.

"Tadi aku nampak crush aku lalu! Hensem bak hang!!!" Airin menghentakkan kakinya beberapa kali tetapi dengan perlahan.

"Kau tukaq lagi ka kau punya crush? Berapa banyak kali daaa kau ni!" Liyana menjulingkan matanya.

"Alaaaaa! Tapi ni hensem betul! Budak baru weh!!!" Ucap Airin tidak mahu kalah.

"Mana? Mana? Bak sini aku nak kasi tilik sikit tang mana hensem dia!" Satu suara lain berkumandang menyampuk perbualan tiga orang gadis ini.

"Sibuk je la kau ni Faheem! Pi main jauh-jauh! Sesedap mulut kau ja pi menyampuk orang tua bercakap!" Marah Zara Aqila yang sedari tadi mendiamkan diri dengan telinga yang fokus mendengarkan perbualan antara rakannya itu.

"Tua sangat ke kau tu? Puih la!" Balas Faheem Rayyan selamba dengan gaya acah-acah meludah.

"Aku piat telinga tu satgi baru hang tau aku punya tua tu mai tang mana! Maksud nama hang yang memahami tapi pasaipa tak faham bahasa ni?" Mesti pelikkan macam mana boleh pi hafal maksud nama mamat ni.

Dah kalau tuan punya badan pi jaja maksud nama dia lepas tu pi ulang banyak-banyak kali, mau tak hafalnya.

"Woi cikgu! Cikgu!" Ketua kelas yang bername tag 'Harris' mengusir rakan sekelasnya supaya duduk.

Untungla dapat ketua kelas masuk air ni. Borak tak kena larang, bising pun santai ja yang penting kelas kena kemas dan bersih dan buat perangai helok-helok depan cikgu. Muahahaha!

"Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Mungkin ramai yang dah tahu yang hari ni kita kedatangan dua orang murid baru. Silakan masuk!" Salam cikgu Aaron dibiarkan berjawab dalam hati.

"Weh tak hensem pun! Dua-dua tak hensem weh!" Suara bisikan dari tepi menghentikan lamunan Airin.

Airin memandang Aina yang berada disampingnya lalu turut berbisik, "Bukan yang ni!"

"AIRIN! AINA! Ada apa-apa yang kamu nak tanya?" Keduanya menggelengkan kepala dengan laju apabila semua mata mengarah pada mereka.

"Waktu belajar pun kamu berbual, waktu kawan baru perkenalkan diri pun kamu berdua ni berbual, waktu mana ja yang kamu berdua ni diam?" Marah cikgu Aaron.

"Waktu tidur dan waktu makan cikgu!" Balas Airin selamba. Seisi kelas mula hingar bingar dengan gelak tawa mendengarkan jawapan berani mati yang keluar dari mulut Airin.

"Ha ha ha! Lawak ke?" Cikgu Aaron menjegilkan kedua matanya yang sudah sedia ada luasnya.

"Sikit la cikgu. Hehehe!" Airin mengaru kepalanya yang dilapisi tudung dan anak tudung.

"Pi berdiri luar kelas sekarang!" Suruh cikgu Aaron lalu menunjuk kearah pintu. Macam la orang tak tahu kalau keluar kena ikut pintu!

Takkan la nak pi menonong sumbat badan celah tingkap tu! Mana nak muat!

Dengan langkah yang malas Airin bangun lalu berdiri di luar kelasnya. Kedua pelajar baru itu tergelak sakan melihat muka Airin yang masam dengan bibir yang memuncung panjang.

"Haish! Mulut ni pun satu, tahu la cikgu Aaron tu baik tapi kalau dah menjawab bukan main sedap lagi ha ni la makan dia!" Marah Airin lalu menampar bibirnya perlahan.

Beberapa junior yang berlalu lalang mungkin baru lepas melabur di tandas yang terletak di atas bangunan kelasnya iaitu ditingkat dua tertawa riang melihat tingkah Airin yang agak mental.

Mana tak mentalnya kalau dah membebel sorang-sorang lepas tu pi pukul bibir sendiri. Memang gelak sakan la orang yang menengoknye.

---

"Tu la kau cakap main sedap mulut lagi. Kan dah mendapat!" Dengan plastik air sirap ditangan, terherot-herot mulut Liyana menggelakkan dirinya.

"Kalau aku cabai mulut hang satgi dengan pokok-pokok sampai ke akar cabai tu aku sumbat dalam mulut hang!" Airin menghadiahkan jelingan. Orang dah panas hati boleh pulak dengan tidak bersalahnya si Liyana pi gelakkan dia.

"Wah kemain ganas eh kau!" Ucap Liyana dengan tawanya yang masih belum reda.

"Dah la-

Baru saja Airin ingin menyambung kata-katanya tetapi terpaksa dihentikan dek kerana kelibat lelaki a.k.a crushnya itu yang hanya bertshirt biru cair dan seluar jean hitam tengah berlenggang kangkung dihadapannya ditemani perempuan dan lelaki paruh baya mungkin ayah dan emaknya, teka Airin dalam hati.

"Pssst! Tu la laki yang aku nampak tadi!" Bisik Airin perlahan dengan mataa yang sibuk menjeling kearah lelaki itu.

"Uihhhhh! Hensem bak hang!" Jerit Zara bersemangat menyebabkan semua mata termasuk lelaki itu memandang kearahnya.

Aina yang berada disebelah Zara segera menyumbat roti coklat yang dibelinya tadi ke dalam mulut Zara.

"Kau ni kalau bercakap memang tak pandang depan belakang eh?" Tanya Airin dengan nada bengang.

"Ha hengok hape he?" Tanya Zara dengan mulut yang dipenuhi roti yang disumbat oleh Aina.

Liyana menepuk belakang Zara menyebabkan roti yang disumbat tadi kembali keluar.

Sangat tak senonoh kalau dipandang dek orang apalagi bakal mentua. Memang sah-sah direjectnya si Zara!

"Lain kali kunyah la dulu roti tu kasi habis baru la cakap! Ni tak, macam orang sawan aku tengok cara kau bercakap. Dah la roti tu keluar balik. Jijik aku!" Pesan Aina.

"Aku cakap nak tengok apanye?" Ulang Zara.

"Tengok la ada tuannya ke idok! Ini tak, main sembur je kerjanya!" Marah Airin pula bercampur malu yang teramat. Nasib baik lelaki tu dengan keluarganya dah beransur pergi.

Zara dengan muka tak bersalahnya membalas, "Tu fakta! Aku rasa dia pun suka bebeno kena puji ngan aku. Muahahahaha!" Mulut ditutup dengan telapak tangan tapi tidak terlalu rapat dan dengan jari kelingking yang melentik. Acah-acah gedik.

Jam loceng yang berbunyi yang menandakan waktu rehat telah pun tamat, menghentikan perdebatan antara empat dara yang tak dipinggit ini.

DREAMSWhere stories live. Discover now