"Weh ni Izz bagi lepas aku cakap kau kirim salam dekat dia." Airin yang sedang meniarap diatas katil sambil memikirkan masa depannya yang agak kelam berpaling.
Kertas biru kecil ditangan Ariz dicapai lalu ditilik.
' Jaga hati, jaga mata. '
- Izz Mikael
"Sejak bila pulak aku kim salam dekat kawan hang ni? Pastu pehal pulak dia sesebok suh aku jaga mata jaga hati bagai?" Tanya Airin geram.
"Eh pagi tadi kan aku dah cakap kat hang kalau aku nak kim salam cinta dari hang tuk dia pastu hang tak dak pulak komen tu ni aku kira hang on ja la!" Balas Ariz.
"Heh tu sebabnya aku ingat kau bergurau! Dah la suh aku jaga hati jaga mata! Pasaipa tak suh jaga kaki ka telinga ka rambut kepala mulut semua?" Airin mula berang.
Tak berang macam mana kalau muka dia pun pernah tengok gitu-gitu ja dah la malam tu pun dapat intai sipi sipi ja! Dah la aku ni susah nak ingat muka orang inikan pula tengok gitu-gitu ja.
Kalau tak hensem ni, mau mati keturunan aku buruk semua!
"COIII!! Kawan aku tu hensem ok. So tak daknya keturunan hang tu buruk. Kalau buruk jugak tu maknanya ikut hang bukan ikut dia! Hahahahaha!" Airin memandang abangnya pelik. Sejak bila abang dia jadi ahli nujum sampai boleh baca fikiran orang bagai ni.
"Lain kali kalau berfikir tu dalam otak ja bukannya sambil sebut dekat mulut." Sambung Ariz. Mulut lama tak makan sepak cam ni la, lancang berbicara.
Airin menjulingkan matanya, "Kawan kau tu dah kenapa sebenarnya?" Tanya Airin masih tak puas hati.
"Kau tanya dia je la senang. Aku malas nak mengulas lebih lanjut." Jawab Ariz.
"Aku nak tanya macam mana?" Tanya Airin blur. Dah la nombor fon dia pun tak dak. Takkan la nak main redah U Ariz yang bapak besar tu semata-mata nak dapatkan no si Izz ni.
"Nak no dia ka? Aku boleh bagi." Soalan maut dilemparkan oleh Ariz. Macam tahu-tahu ja apa yang Airin fikir.
"Boleh, boleh!" Balas Airin laju.
Ariz tergelak, "Laju je kan kau." Ucap Ariz lalu mengeluarkan ipongnya dari kocek kanan seluar treknya.
—
Setelah selesai melantak 2 pinggan nasi ketika makan malam Airin terus berlari ke bilik.
'Kawan tengah'
Kalau tengok gambar dekat profile wasap ni nampak macam boleh tahan hensem orangnya walaupun gambar tu blur.
Dengan keberanian yang tak seberapa Airin menaip setelah nampak kawan angahnya itu tengah online.
-What does it mean?
Sent!
1 new message
-Assalamualaikum..
Okehhh! Bapak pedih mamat ni punya reply tapi memang salah dia jugak sebab tak bagi salam.
-Waalaikumussalam w.b.t.
Sent!
1 new message
-Siapa ya? Did I know you?
Tok nenek laju dia ni reply. Mungkin sebab tengah online kot so alang-alang dia wasap orang lain dia wasap la aku sekali.
Bak kata pepatah yang Airin ubah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke ketiak masam. Bhahahaha!
-Your future wife.
Sent!
Airin tergelak sakan. Ni kalau si tengah tahu kalau dia tengah sesedap rasa kenakan kawan tengahnya ni mau hangit dia dikerjakan.
Dah si tengah tu pun satu dah kawan dia ni minat aku takkan la dia tak bagi no aku dekat kawan dia ni. Ke dah bagi tapi kawan dia ni tolak?
Dekat setengah jam menunggu baru la ada balasan dari kawan tengahnya itu. Maybe cuak kot sebab tetiba ada orang mengaku future wife dia.
1 new message
-Sudi ke?
Bulat mata Airin memandang skrin smartphonenya. Satu pertanyaan bermain difikiran Airin, 'Dia dah tahu ke?'
-💩
Sent!
2 messages
-Aikkk.. X sudi ke?
-😂Mangkuk hayun betul. Ni macam ada bau-bau perkomplotan antara si Izz dan si tengah. Baru je niat nak kenakan orang, last-last dia yang terkena balik.
-Merepek je!
-Balik pada soalan saya
-Apa maksud note awak tu?Sent!
Laju Airin menukar soalan sebelum jadi makin merepek. Ni mesti kes si Izz ni berguru dengan abangnya, kalau tak mesti perangai budak ni helok lagi.
1 new message
-Tak salahkan saya suruh FUTURE WIFE saya ni jaga mata dan jaga hati?
Okehhhh, ni dah tahap gaban ni dia punya lawak! Terasa hambar dan pedih!
Airin menekup mukanya dengan bantal lalu menjerit sekuat hati sebelum membalas wasap dari Izz.
-K
Kalau makin melayan makin menjadi mamat ni so baik la stop disini.
2 message
-Good night
-Sweet dreamKalau macam ni la gaya dia, memang boleh berubah hati Airin dibuatnya. Nak nak lagi kalau dia pi wish macam ni tiap-tiap malam, mahu meroyan Airin dibuatnya.
—
Ketukan pintu berkali-kali menyadarkan Airin dari tidur lenanya.
Hari minggu macam ni ada saja la orang yang nak mengganggu ketenangannya. Baru je Airin nak merasa nikmatnya tidur. Maklumlah hari minggu plus Allah bagi cuti.
"Nak apa?" Tanya Airin dengan mata yang tak berapa nak celik dan rambut kusut masai.
"Jom jogging!" Ajak Ariz.
"Weh sengal! Aku tengah mengantuk kau pi ajak jogging pehal?" Ni kalau mama dia dengar dia panggil abang dia sengal, mahu bernanah telinga kena bebel.
"Kau tu dah berlemak, gemuk, gendut, hodoh dan yang sewaktu dengannya. Hari tu cakap nak kurus kan badan la itu la ini la. So jom la!" Kutuk Ariz.
Tapi bila diingat balik aku tak de cakap pun yang dia nak kurus ke apa? Ke ada?
Airin hanya mengangguk malas layan sebab mungkin dia ada cakap cuma otak dia je yang tak berapa nak berfungsi pagi ni sebab tu tak ingat.
"Cepat sikit siap tu." Pesan Ariz sebelum berlalu ke ruang tamu.
Hampir sejam Airin mandi dan siapkan diri. Air hari ni rasa lebih sejuk dari biasa walaupun jarum jam dah menunjukkan pukul 8 pagi.
Padahal sebelum-sebelum ni lagi awal dia mandi. Maklumlah budak sekolah. Mungkin sebab dia masih mamai lagi kot lepas tu otak pulak masih duk terbayang katil sebab tu la sejuk dia lain macam.
"Jom gerak!" Airin menepuk bahu Ariz yang sibuk dengan ipongnya mungkin tengah sibuk wasap buah hati pengarang jantungnya.
"Tolong ambilkan kunci kereta lepas tu panaskan enjin. Jap lagi aku keluar." Balas Ariz tanpa menoleh.
Airin hanya menurut tanpa suara. Tetiba mood dia okay hari ni padahal bendera merah sedang berkibar. Ke sebab night wish semalam?
5 minit selepas enjin dipanaskan barulah muncul bayang angahnya.
YOU ARE READING
DREAMS
RomanceBila mimpi diciptakan, akankah ia menjadi realiti atau kekal sebagai fantasi? Mimpi. Satu patah perkataan yang membawa imiginasi yang berbeza bagi setiap orang. Mimpi boleh membawa kebahagiaan dan juga penderitaan. Kebahagiaan bagi orang yang mampu...