BAB 4

18 5 3
                                    

"Weh kau pandang mende?" Zara menepuk bahu Airin kuat. Hampir gugur jantung Airin dibuatnya!

"Aku tengok semua muka-muka lama je kat luar ni!" Airin cuba mengintai mana tahu kot kot nampak kelibat budak baru dua orang tu.

"Apa yang korang semua buat kat luar ni? Kena denda ke? Yang kamu Airin, terintai-intai apa pulak tu?" Soalan bertubi-tubi dari cikgu Lydia atau nama glamournya Lily mematikan misi hendap mengendap yang sedang dilakukan oleh Airin.

"Kitorang tak buat homework cikgu!" Cikgu Lily melepaskan tawanya setelah mendapatkan jawapan dari Faheem.

"Padan muka! Lain kali siapkanlah homework tu jangan duk bercinta ja manjang!" Perghhh! Pedih bhaiii! Even Cikgu Lily ni antara cikgu yang sporting dekat sekolah ni tapi kalau bab mengata memang pedih! Macam tau tau ja yang si Faheem tu tengah hangat bercinta dengan Medina budak kelas sebelah.

Cikgu Lily melangkah pergi bersama hilai tawanya yang masih tersisa dan dua orang pelajar baru yang sedang melenggang kangkung dibelakangnya.

"Weh tu kan crush aku!" Airin berbisik perlahan kearah Aina.

"Manoi, manoi?" Aina memanjangkan tengkuknya untuk melihat.

Dengan laju aku menarik tengkuk Aina supaya tunduk, "Tak yah lah over sangat!" Buat malu ja ni kalau crush aku perasan yang kitorang tengah sibuk usha dia.

"Kau rasa dia budak baru kelas mana eh?" Bisik Aina.

"Aku rasa kelas Alfa la kot. Nampak macam best student je gaya." Balas Airin.

Tapi kitorang pun tak dak la bodoh sangat cuma tak berapa nak best je sebab tu tercampak dekat kelas nombor 2 ni tapi ok la daripada duduk dengan budak-budak nerd kelas Alfa tu.

Mana tak digelar nerdnya kalau kelas sunyi sepi dan dipenuhi dengan pelajar yang tiap kali cikgu mesyuarat je tilik buku. Nasib baik tak berlobang buku kena tilik.

"Tapi dia tak dak la nerd sangat aku tengok. Nais je weh macam ciri-ciri idaman malaya sangat!" Bisik Aina balik.

KRINGGGG!!!!

Loceng yang berbunyi menandakan telah tamatnya masa cikgu Faris.

"Weh jom masuk!" Zara menepuk bahu kitorang yang masih rancak membisik a.k.a membawangkan crush aku yang masih tidak diketahui namanya.

"Kematu siot punggung aku duduk atas lantai!" Ucap Rid a.k.a Ridwan sambil menggosok punggungnya. Memang tak tahu malu mamat sorang ni!

Airin dan yang lain mengabaikan keluhannya. Kalau tak abai mahu tak masuk kelas kitorang!

Mulut si Rid ni kalau bab berdebat atau jawab mulut memang sedap jugak sama la macam si Faheem tu cuma Faheem tu lebih mainstream sebab pakej dengan suka menyampuk! Bhahahahaha!

"Weh aku nak pi toilet jap! Bapak memulas perut aku ni. Dah hujung-hujung ni aku punya poop nak keluar!" Dengan muka yang berkerut-kerut Airin bercakap.

Ni la masalah lepas rehat. Kenyang makan ja nak membuang lepas tu mula la orang cakap aku membela sebab makan banyak tapi berat badan tak naik-naik.

"Iiiiih! Pengotoq bak hang! Hang nak membuang pi pi ja la! Tak payah duk cakap, dah la suara macam pelakaq!" Marah Liyana lalu menutup hidungnya.

Berjaga-jaga kot kot la tetiba si Airin ni terkentut ka tercirit ka kan naya hidung dia nak menelan semua bau yang menjijikkan tu.

"Entah dia ni! Aku rasa memang tak dak sapa la nak buat hang jadi bini kalau lagu ni dengan perangai tak senonoh hang ni!" Sambung Zara menokok tambah.

"Hek eleh! Ngan korang je pun! Aku cakap ni takut-takut la ada yang mencari aku jap lagi kan, tergagap-gagap la pulak korang nak menjawab." Balas Airin tak nak kalah.

"Ko hingat ko tu femes sangat ka sampai ada yang nak cari?" Kini giliran Aina pula yang membalas.

"Dah la, malas layan! Layan korang ni ada maunya aku terberak dekat sini!" Dengan cepat Airin berlari keluar kelas menuju tandas.

"Airin!!!" Ni la yang paling aku geram. Asal nak membuang yang nombor 2 je mesti ada la yang menyeru nama aku.

"Eh cikgu Aaron!" Sapa Airin acah-acah baik dengan muka bajet suci dalam debu.

"Tolong bagi buku ni dekat kelas Alfa ye sebab cikgu nak cepat ni ada meeting!"Cikgu Aaron ni memang tak kena timing la.

Tak nampak ke muka aku tengah berkerut menahan peritnya kehidupan. Muahahahaha!

Peritnya kehidupan la sangat padahal buang air besar je pun. Biasalah drama queen la katakan, kalau tak melebih memang tak sah!

Airin mengambil buku ditangan cikgu Aaron yang semua sekali 24 buah buku. Kelas best student ni memang tak ramai sangat pelajar sebab tu tak sehavoc kelas si Airin dengan kelas form 4 yang lain.

"Okay, okay! Saya pergi dulu eh cikgu!" Ucap Airin lalu baru beberapa langkah mata Airin menangkap bayang pelajar kelas Alfa yang baru keluar dari toilet.

Walaupun tak nampak sangat muka tapi tengok pada kad keluar tandas yang digantung pada lehernya yang bertuliskan 4 Alfa sudah membuatkan Airin yakin bahawasanya inilah takdirnya.

Takdir yang akan menyenangkan hidupnya. Muahahahaha!

"Weh ni bagi dekat kelas kau!" Airin mempasskan buku addmath itu kepada lelaki yang tak dapat dikenal pasti siapakah gerangannya.

"Asal aku pulak!" Jawab sang empunya badan sambil mendongakkan kepalanya. Pandai pulak malaun ni memjawab ye.

"Sebab tu kelas kau la-

"OH MY CRUSHHHH!" Jerit Airin lantang.

"Hah?" Lelaki dihadapannya yang bername tag 'Fakhri Rayyan' memandangnya blur.

Hadehhh! Mulut ni memang tak boleh cover langsung.

Airin hanya menggaru kepalanya yang tak gatal yang berlapik tuudung lalu berlari memasuki tandas.

Bapak malu siot! Nasib baik la tak terkucil depan mamat tu, kalau tak tujuh keturunan aku haramkan keturunan aku ber'crush merush' ni.

Setelah selesai melabur dan mengendap dan memastikan kelibat crush sudah hilang 100 peratus darri pandangan barulah Airin melangkah keluar.

Pintu kelas diketuk sebelum memasuki kelas. "Kamu dari mana Airin?" Tanya cikgu Latifah.

Cikgu Latifah ni cerewet sikit kalau pelajar dia keluar masuk kelas waktu dia mengajar.

"Saya pergi tandas cikgu! Tak tahan sangat nak terkucil tadi!" Jawab Airin selamba badak.

"Dah pi duduk! Orang dah nak habis belajar kita baru nak terhegeh-hegeh masuk kelas!" Bebel cikgu Latifah dengan tangan dan mata yang kembali fokus menulis di papan putih.

Baru je Airin melabuhkan punggung di kerusi miliknya Aina terus membalikkan badan kearahnya.

"Weh asal kau berpeluh bagai? Pi tandas ja pun, mengalahkan orang pi perang." Bisik Aina. Cikgu yang tengah mengajar dia pulak sibuk ajak story mory.

"Tak dak pa la. Nanti aku story dekat kau." Bisik Airin singkat dan padat setelah mendapat panahan cinta dari cikgu Latifah.

DREAMSWhere stories live. Discover now