'Dah dah la tu pandang adik akunya. Tak lari kemanapun adik aku tu. Keluar masuk pi hati hang juga' Kata-kata abangnya tadi terngiang-ngiang dibenaknya.
"Dasar TENGAH!! Disebabkan dia lah mata aku ni tak boleh nak pejam!" Airin membebel seorang diri sambil menghentakkan kepalanya di bantal.
"Mata ni pun satu, si tengah baru je cakap macam tu dah tak boleh nak pejam!" Marah Airin.
-
"Wow! Asal bawah mata kau kehitaman sekalehh adikku sayong?" Tanya Ariz dan diakhiri dengan gelak tawa yang menambahkan kepanasan hati aku yang dah membara dari semalam.
"Kau teringatkan kawan aku eh? Kau suka kat dia eh?" Si tengah ni dah lama tak kena cabai mulut agaknya dengan aku! Tunggu la nanti mama dengan papa tak de aku belasah dia sampai mam to the pus! Muahahahahahahaha!
"Apa ejek adik macam tu Riz! Eh tapi betul ke adik minat dekat kawan angah?" Ha nampak tak soalan belakang mama tu? Acah-acah backup aku last last sama je nak membahan aku macam si tengah!
"Eiiiiii! Mana ada ma! Adik tak kenal pun kawan tengah tu!" Marah Airin geram.
"Kalau kau suka pun apa salahnya! Dia tu baik, hensem, kaki masjid pulak tu! So kira ok la!" Si tengah ni kalau bab menokok tambah memang dia la hantu segala juara.
"Kaki masjid? Kalau macam tu papa approve la kawan angah jadi menantu papa!" Papa yang dari tadi diam mula menyampuk. Kalau papa dah mula menyampuk memang padah la jawabnya.
Tiga lawan satu weh! Ni nak nangis ni!!!
"Ha yelah memang idaman sangat kan! Rasa macam NAK KAWIN AWAL! Confirm bahagia apatah lagi kawin dengan budak KAKI MASJID MACAM KAWAN SI TENGAH!" Airin mula menjawab dengan nada geram.
Gila tak geram bila kena bahan dengan tiga orang sekaligus! Dah la mama ngan papa berpihak pada musuh aku! It is unfair u know!!!!
"Elok la tu kalau kau fikir macam tu! Nanti aku bagitau dia. Lagipun mama ngan papa pun dah approve!" Balas Ariz tambah menyakat.
Selera makan Airin terus hilang! Lagi bertambah tak selera sebab dia selalu je tewas bila berlawan mulut dengan malaun sorang ni!
"Dah la adik dah kenyang! Cauuu luh!" Balas Airin malas lalu menarik beg sandang kepuyaannya dan melangkah menuju garaj setelah bersalaman dengan papa, mama dan Ariz!
"Nanti aku bagitahu Izz kau kirim salam kat dia!" Jerit Ariz tak mahu mengalah tapi Airin buat dengar tak dengar je dan dengan cepat beredar bersama basikal yang sudah sedia untuk ditunggang.
-
"Weh asal mata hang serupa panda ni?" Zara yang baru sampai menegur.
Airin merenung Zara tajam sebelum membalas pertanyaan rakannya itu "Ni si tengah punya pasal la! Kau tahu semalam-
"Oitttt! Pehal gosip tak ajak ni!" Marah Liyana yang baru sampai dengan tangan yang sibuk membuka plastik makanan.
Minah ni memang saja nak buat aku hangin pepagi ni.
Aina yang berada di belakang Liyana menyeret kerusi disebelah Airin yang merupakan tempat duduknya lalu melabuhkan punggungnya untuk turut sama mendengar gosip.
Ni memang sah diorang pi kantin! Mana taknya kalau beg dah dekat kerusi tapi tuan empunya badan tak dak!
"Kau kalau tak potong aku cakap memang tak boleh eh?" Bikin hati gua panas ja pepagi ni.
YOU ARE READING
DREAMS
RomanceBila mimpi diciptakan, akankah ia menjadi realiti atau kekal sebagai fantasi? Mimpi. Satu patah perkataan yang membawa imiginasi yang berbeza bagi setiap orang. Mimpi boleh membawa kebahagiaan dan juga penderitaan. Kebahagiaan bagi orang yang mampu...