BAB 7

24 1 0
                                    

Balik sahaja dari taman tadi, otak Airin masih ligat memikirkan Izz. Walaupun perangai dia menyakitkan hati tapi bila fikir balik rasa kelakar pun ada dan rasa bahagia je. Eh bahagia ke?

Airin menatap buku matematik dihadapannya. Tengok topik penjelmaan tapi yang duk menjelmanya muka si Izz tu. Takkan la dia dah angau kut! Baru je dua tiga kali jumpa si Izz tu.

Lagi beberapa bulan je nak SPM tapi otak ni tiba-tiba ligat bebeno duk fikir tang situ tang sini tang si Izz. Eh-

Pusing situ pusing sini asyik terpacul je nama si Izz. Ke dia ada mandrem makanan atau air bandung yang aku bawak tadi?

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada notifikasi yang masuk.

1 new message

-Assalamualaikum cik adik.

Panjang betul umur mamat ni. Baru je fikir tup tup muncul. Ada kuasa psikik ke ada bela saka untuk intai pergerakan dia? Haish otak ni jahat betul ada ke sampai ke bela saka. Syirik tu!

-Waalaikumussalam w.b.t.
-Ada apa ya cik Izz Mikael?

Sent!

1 new message

-Ada ubi ada batas, eh lajunya balas.

Alahai, berpantun pulak dah. Ni mesti budak sastra tak pun budak nerd yang minat sastra. Hahahah sesuka hati cekodok pisang aku je kaitkan budak sastra.

-Ada cekodok ada pisang, alang-alang tengok fon saya balas la.

Sent!

2 new messages

-Ehh bukan bukan.
-Tapi takpe. Tak reti pantun pun saya masih suka.

Buaya dah keluar tasik dah. Patutnya masa jogging tadi dia humban je mamat ni dalam tasik. Boleh la berkawan dengan buaya dalam tasik sebab dengar-dengar ada seekor buaya terlepas masuk tasik dekat taman tu. Sekurang-kurangnya berteman la jugak buaya tu nanti.

Malas la nak balas. Kang tak pasal pulak melarat miang mamat ni. Tapi beberapa minit kemudian telefon bimbit milik Airin kembali berbunyi menandakan ada mesej baru yang masuk melalui whatsapp.

3 new messages

-Good night
-Sweet dream
-Sleep tight

Whatsapp Izz dibiarkan begitu saja. Malas rasanya nak reply. Lelaki selagi belum dapat sweet dia tahap potong kaki tapi kalau dapat, lagi masam dari lemon jadinya.

-

"Wehhh gosip baru! Hangat lagi ni!" Zara yang baru sampai ke sekolah langsung menjerit tak tentu hala. Tangan dikibaskan dekat muka cuba untuk menarik segala oksigen masuk kedalam badan. Penat berlari la katakan. Dari pagar lagi dia berlari semata-mata nak bergosip dengan kawan-kawannya.

Sekali tengok dah macam kucing nak beranak gayanya, menggelupur semacam.

Masing-masing mula mengelilingi meja Zara dan memasang telinga cuba hendak mendengar gosip yang akan diceritakan oleh Zara.

"Morning uols! Uols sihat ke? Iols disini sihat sentiasa." Jeritan Fahim dibalas oleh jelingan Airin. Baru sahaja nak fokus dengan cerita si Zara ada sajalah yang nak mengganggu. Nak bergosip pun tak senang

"Bising!" Balas Airin pendek.

"Kau dah kenapa? Period eh? Tiberr moody." Tanya Fahim tanpa rasa bersalah.

"Hoi sotong! Kau blah boleh tak? Aku tengah fokus nak dengar gosip ni!" Marah Airin. Mata fahim terus terjegil, tercalar kejantanannya yang tak berapa nak jantan bila dipanggil sotong oleh Airin. Selembut-lembut dia tapi takdelah sampai tahap maknyah. Lembut ni pun sebab adik beradik dia semua perempuan. Tu yang auto terlembut.

Liyana dan Zara tergelak kecil mendengar tengkingan Airin. HAHAHAHA SOTONG WEH SOTONG!

"Dah orang suruh blah tu blah la!" Tambah Aina tapi dengan mata yang masih tertancap terhadap buku ditangannya. Acah rajin sangat padahal telinga fokus nak dengar gosip Zara.

"Eii tak chill la minah-minah keli ni!" Marah Fahim dengan hentak-hentak kaki acah-acah tiru gaya pondan.

"Eleh! Dia yang keli tergedik situ tergedik sana, terkinja situ terkinja sana dengan tulang patah riuk ada hati mengata kita keli." Zara menjeling sambil mulut bergerak laju mengutuk Fahim. Si sotong ni kalau dia hempuk dengan beg dia ni mahu berkecai mulut. Kang tak fasal-fasal kena makan bubur guna wayar hospital!

"Okay sambung-sambung. Apa gosip yang hangat sangat tu sampai berlari berkejaran tak seindah bunga ditaman dah ni?" Tanya Liyana. Rasa ingin tahu dah membuak-buak dalam diri masing-masing.

"Ehem-ehem." Zara berdehem sebentar sebagai mukadimah pembuka bicara sebelum dia bercerita.

"Tadi aku terserempak dengan Fakhri budak baru tu and then aku nampak dia tengah borak dengan minah pick me tu weh!" Siapa lagi minah pick me kalau bukan Melisa. Tapi Airin bukanlah nak sangat pun dekat Fakhri tu sekadar suka-suka sahaja bercrushkan si Fakhri tu.

Lagipun otaknya dah tertuju pada Izz tapi hati masih kejung lagi. Otak je la yang terlebih gatal. Tak sedar diri betul otak aku ni. Spm dah around the corner tapi masih mampu merapu tang lain. Kalau dia boleh potong otak dia tang part yang merapu tu dia potong biaq fikir yang penting-penting ja.

"Biaq pi la kat dia. Setakat Fakhri tu aku bagi free ja siap dengan free gift." Balas Airin selamba. Bukan tak hensem si Fakhri tu, hensem sangat orangnya tapi tu la kalau dah si Melisa tu nak sangat ambik je la.

Teringat pula, dulu dia pernah berkawan baik dengan Melisa dah bagai isi dengan kuku tapi sebab Melisa tuduh dia rampas boyfriend Melisa tu persahabatan mereka putus begitu saja. Padahal ex boyfriend Melisa tu tak dak la hensem mana pun dengan suka korek hidung pastu lap dekat baju masa mereka darjah 3 dulu, ingat dia ni hadap sangat ke. Walaupun ada yang cakap normal la budak darjah 3 buat macam tu tapi bagi aku takdaknya normal kalau jenis perangai pengotoq lagu tu.

Darjah 3 tu umur dah matang. Dah boleh fikir dah yang mana bersih dan yang mana kotor. Punca cerita rampas merampas ni pun sebab ex boyfriend si Melisa tu pegang tangan dia. Bukannya dia hadap sangat nak sentuh tangan si ex boyfriend Melisa tu, geli geleman dia bila tangan kena pegang dan tak habis dengan tu je eh pastu tup tup Melisa tu datang dan tuduh dia sebagai perampas boyfriend kesayangannya.

"Serius la weh kau nak bagi Fakhri macam tu je dekat minah tu? Bukan kau minat dekat Fakhri tu?" Tanya Zara dengan reaksi muka terkejut.

"Aku sebenarnya takde la minat sangat dekat Fakhri tu. Setakat crush-crush biasa je." Jawab Airin dengan riak muka selamba.

"Alah kau ni, macam tak biasa, kita kan dah biasa tukar crush macam tukar baju." Bidas Liyana pula. Liyana dah hadam sangat dah dengan perangai Airin dua kali lima sahaja dengan dia dan yang lain. Bak kata pepatah yang mereka cipta sendiri, 'kalau boleh ada banyak crush kenapa setia pada yang satu'.

Liyana tergelak dan disambut meriah oleh rakan-rakannya yang lain.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DREAMSWhere stories live. Discover now