SEPTEMBER 2018
"Weh Zul, Poli 10 kita masuk tak?" Zul membaca pesanan Whatsapp yang terpapar di skrinnya. Matanya yang masih kelat digosok perlahan, kantuknya masih terasa kerana dia tidur lewat semalam akibat ralit bermain permainan video PES2018 di laptopnya.
Dia bangkit duduk di birai katil, kemudian almarinya dibuka lalu dicapai kalendar mini nya untuk menyemak tarikh-tarikh penting yang telah dicatatkan sebelum ini
"Salam Nan, ha kita masuk. Encik Reza dah buat paperwork. Lepastu bulan 10 kita ada tournament kat UKM, UKM10's" Zul membalas pesanan rakan sepasukannya Nan, atau nama sebenarnya Hannan.
Hannan merupakan orang penting juga di dalam pasukan ragbi UiTM Jasin, kerana jika diikutkan hierarki, selepas tamat tempoh untuk sepenggal ahli jawatankuasa kelab pada tahun hadapan, Hannan lah calon yang disebut-sebut untuk menggantikan tempat Zul sebagai presiden kelab seterusnya merangkap ketua pasukan.
Maka tidak hairan jika apa-apa urusan penting berkenaan kelab, Zul banyak berkongsi dengan Hannan.
"Oh okay then so bila kita nak start training budak-budak?" mesej daripada Hannan masuk semula selepas beberapa ketika. Jari Zul laju menaip di skrin untuk membalas mesej rakannya itu.
"Erm minggu ni dah minggu kedua September, ada lagi 3 minggu nak tourney. Start petang esok ah, kau roger budak-budak suruh turun" butang send ditekan.
Tidak sampai 5 saat mesej Zul dihantar, tanda bluetick sudah terpapar sebelum tulisan typing... muncul di bawah nama Hannan.
"Beres.." ringkas Hannan menjawab.
Zul menutup telefonnya, dicampakkan ke atas katil. Tuala yang digantung kemas pada dinding dicapai, baldi basahannya dipikul ke bilik air.
Selesai mandi, dia yang sudah siap berpakaian kasual kemas dengan rambut disikat rapi ala-ala David Beckham pada zaman kegemilangannya kini menapak turun satu-persatu anak tangga menuju ke medan selera. Namun apabila dia di pertengahan jalan, Zul berhenti seketika. Tangannya meraba-raba kedua-dua belah poket seluar. Kemudian dia menghela nafas panjang, riak kecewa dan marah tampak jelas di wajahnya.
"Halah halah babi la tertinggal phone pulak. Kimak betul!" berbakul makian keluar daripada mulut Zul sepanjang dia naik semula ke aras empat, aras tertinggi di blok kediaman Tun Sri Lanang B itu.
Bagi para pelajar UiTM Jasin, sesiapa yang mendiami aras empat kolej mereka amatlah ditabik kerana tidak semua berupaya mendaki setinggi langit itu, apatah lagi jika perlu melakukannya setiap hari sepanjang 6 bulan satu semester, boleh sado kaki woi.
Sampai sahaja di aras empat, Zul terserempak dengan Amir, rakan sebiliknya. Amir yang perasan rakannya yang sedang menyumpah seranah itu merapati. Dia pelik dengan rakannya itu, baru sahaja 3 minit tadi dia nampak Zul turun, sekarang dah naik balik, siap maki maki.
"Woi, apahal?" Amir mengangkat kening kanannya.
"Aku tertinggal phone, babi dah nak sampai bawah dah tiber baru ada rasa nak check, sial do" Zul membalas.
"Dahtu? Salah sape? Kau maki sape?" Amir menyindir lembut.
"Tah ah, maki je la sape sape pun. Geram lak aku" Zul menyambung. Amir melihat sahaja rakannya itu terus berjalan menuju ke bilik mereka. Tak lekang senyum di bibir Amir melihat gelagat Zul.
"Bebal tak sudah mamat ni haha nasib kote takleh cabut pasang je kalau tak silap-silap tinggal merata jugak" getus Amir di dalam hati lalu dia menuruni anak tangga menuju ke medan.
"ZUL AKU TUNGGU KAT MEDAN! NASI AYAM CAM BIASA!!" laung Amir memberitahu Zul bahawa dia akan menanti rakannya itu di gerai nasi ayam kegemaran mereka berdua.
"Diam la sial!" kedengaran Zul membalas laungan itu sayup dari dalam bilik.
"Hahahahhhahahaha" Amir ketawa melihat kebebalan rakannya itu.
||
Zul menarik kerusi di sebelah Amir, punggung dilabuhkan sambil dia cuba mencari nafas menghilangkan lelah. Amir yang sudah terlebih dahulu mengayuh nasi ayam itu perasan akan ketibaan Zul.
"Ha, jumpa tak phone? Tu nasi ayam kau aku dah belikan siap-siap. Sambal lebih macam biasa" Amir menjuih mulut kepada nasi ayam yang dibelikannya untuk Zul.
"Ni lagi satu benda sial gak aku nak citer kat kau Mir, aku punyalah cari dalam bilik rupanya phone aku memang dah ada dalam beg. Babi betul aku dah nak sampai bawah ingatkan tertinggal kat atas naik-naik rupanya dah dalam beg" Zul menceritakan segala kebabian yang dia alami tadi.
"Hurm bebal tak sudah, bila la bodoh kau ni nak habis" Amir menggeleng.
Bukan pertama kali situasi ini berlaku kepada Zul, pernah dia sudah separuh perjalanan ke Kuala Lumpur dari Melaka, dia berpatah balik ke Bandar Bersejarah itu kerana dia lupa di mana dia letak dompetnya.
Dah sampai Melaka, barulah Zul perasan bahawa dompetnya tersisip kemas di dalam poket seluar. Tak ke pukimak?
"Ah diam ah, makan tu. Ni berapa ringgit nasi aku?"
"20 ringgit" Amir bergurau
"Butoh" Zul menyelitkan sekeping not 5 ringgit di bawah pinggan Amir.
"Hahahaha ala tu pun marah, okay ape 20 je aku ambik, tu kalau tambah GST mahu 30" Amir menayangkan senyuman nakalnya.
Zul hanya mengangkat jari tengah kepada Amir. Doa dibaca sebelum dia juga menyertai Amir melahap nasi ayam tersedap di UiTM Jasin itu.
"Oh Islam rupanya" Amir menyindir Zul kerana membaca doa sebelum makan. Jarang-jarang dia lihat rakannya itu mengamalkan ajaran agama.
"Diam la babi jangan kacau aku makan"
"Hahahahahhaahahah koyak" dekahan tawa Amir memecah sunyi medan selera.
YOU ARE READING
☆ 128 HARI BERSAMA BIDADARI SYURGA ☆
RomanceSelepas cinta pertama berakhir dengan duka yang hampir meragut nyawanya, Zul sudah tidak menaruh harapan untuk memulakan sekali lagi. Dia tekad memulakan hidup baru, fokusnya diarahkan kepada mencapai apa yang dirinya hajati dan mahukan. Beliau tida...