Lokasi: Padang Ragbi UiTM Jasin
Masa: 6.00 petang
"Alright, boys gather up! Dengar eh aku ada nak cakap sikit ni" Hannan mengumpulkan pemain-pemain ragbinya.Ini sesi latihan pertama mereka pada semester ini. Ramai muka-muka baru yang tampak bersemangat untuk mewakili UiTM Jasin ke kejohanan-kejohanan yang akan dihantar.
Hannan memerhati wajah mereka satu persatu sambil mulutnya terkumat-kamit tidak tahu apa yang digumamnya.
"Nice ada 27 orang. We have good depth in this squad, much better daripada semester lepas. Aku ucapkan selamat datang kepada player-player baru, nampak muka semua dah macam Dan Carter ni, main mesti lagi power ni kan?" Hannan membentangkan ucapan muqaddimahnya sambil disambut gelak tawa daripada rakan-rakan yang lain.
"Nan nan" Hannan mengalihkan pandangan ke arah suara yang memanggilnya tadi.
"Ye Akim, apa kau nak?" Akim, rakan sebilik Hannan kelihatan seperti ingin meluahkan sesuatu yang serius sambil tanggan kanannya diangkat tinggi.
"Aku hensem sikit Nan, McKenzie hahaha" Akim menyamakan dirinya dengan Damian McKenzie, bintang ragbi pasukan kebangsaan New Zealand.
"Buto hahahahahahaha jogging 2 round padang pun semput!" makian Hannan itu disambut dengan gelak tawa kesemua pemain yang ada di situ kepada Akim.
PAP! PAP! PAP! PAP!
Hannan menepuk tangannya beberapa kali untuk meredakan keadaan dan kembali menarik perhatian semua kepadanya.
"Okay since harini first day training kita, kita tak buat yang heavy lagi kot. Kita akan start dengan basic balik. So yang akan handle training harini macam biasalah........" Hannan tak sempat menghabiskan ayatnya.
Matanya melilau ke kanan dan ke kiri, ke belakang kemudian berpusing kembali ke hadapan. Riak wajahnya bingung.
Tangan sudah pun dicekak di pinggang.
"Wey what the fuck, mana Zul!?" Hannan bertanya kepada semua yang ada di hadapannya. Lantas dengan itu keadaan jadi riuh seketika kerana masing-masing bertanya kepada satu sama lain tentang ketidakhadiran kapten mereka.
Hannan mendekati rakan sebilik Zul. Dicuitnya perlahan punggung Amir. Amir yang terkejut menoleh ke belakang menghadap Hannan.
"Weh Amir, Zul mana?"
"Entah la do, tadi masa aku nak turun dia dah siap tukar baju dah, tapi dia suruh aku gerak dulu. Ada hal sikit katanya" Amir memaklumkan kepada Hannan berkenaan Zul.
Memang tadi masa di bilik, Zul yang mengajak Amir turun ke padang, namun selepas siap menukar pakaian, Zul menyuruhnya turun dahulu kerana dia hendak balas message Whatsapp.
"Adehh cenggitu pulak. Hurm takpe ah biar aku handle la training harini." keluh Hannan.
Sebenarnya tiada masalah pun bagi Hannan untuk mengendalikan latihan pasukannya kerana pada beberapa bulan lepas, dia dan Zul telah dihantar oleh Unit Sukan UiTM Jasin bersama beberapa orang lagi pemain senior pasukan ragbi UiTM Jasin ke Kursus Kejurulatihan World Rugby Tahap 1 yang dianjurkan oleh Persatuan Ragbi Negeri Melaka. Jadi sedikit sebanyak Hannan mempunyai ilmu pengetahuan untuk mengendalikan latihan pasukan walaupun kebiasaannya ia akan dipimpin oleh Zul.
Hannan kembali berjalan ke tengah-tengah bulatan pemainnya.
PAP! PAP! PAP!
Hannan menepuk tangan beberapa kali meminta perhatian. Kesemua pemain yang masih bingung itu kembali mengarahkan penglihatan kepada Hannan.
YOU ARE READING
☆ 128 HARI BERSAMA BIDADARI SYURGA ☆
RomanceSelepas cinta pertama berakhir dengan duka yang hampir meragut nyawanya, Zul sudah tidak menaruh harapan untuk memulakan sekali lagi. Dia tekad memulakan hidup baru, fokusnya diarahkan kepada mencapai apa yang dirinya hajati dan mahukan. Beliau tida...