Bab 4

158 1 0
                                    

     Zul menyangkut baju yang basah kuyup pada ampaian di dalam biliknya. Ampaian yang ringkas - seutas tali rafia berukuran 3 meter panjang dilekatkan pada dinding - adalah sesuatu yang menjadi keperluan di setiap bilik Kolej Kediaman Tun Sri Lanang A.

     Jika tidak disediakan satu, mereka yang ingin menjemur pakaian basah haruslah mengambil risiko menyidainya di tembok sepanjang koridor kolej ataupun di tingkap-tingkap.

     Pernah juga Zul berbuat demikian namun ia berakhir dengan 5 helai seluar dalamnya berterbangan jatuh ke aras bawah ditiup angin.

      Memang tak lah dia nak turun mengutipnya semula kan? - Malu!

     Selepas siap menukar seluar jeansnya kepada seluar pendek. Zul melabuhkan punggung ke birai katil, nafas dihela, lelah dilepas buat seketika.

     Kelas demi kelas yang dihadirinya sejak pagi tadi membuatkan otaknya berasa sesak. Mungkin ini lah yang dikatakan orang sebagai penat otak, fikir Zul.

     Dia mencapai sekotak Peter Stuyvesant dari dalam locker. Dikeluarkan sebatang lalu disisip ke bibir. Tangan kirinya meraba ke dalam poket beg Adidas tidak jauh dari situ.

     "Ada pun" Zul menarik keluar sesuatu dari beg itu.

     Pemetik api jenama Aladdin edisi khas, hanya ada 100 unit di Malaysia. Zul memilikinya hasil pemberian Amir, sebagai hadiah hari jadi Februari lepas. Rokok disedut kemas, asap berkepuk dilepaskan ke siling. Lega rasa otaknya sekejap. Baru dia ingin menikmati sedutan yang kedua, pintu bilik diterajang dari luar.

SAYAAAAAAAANG~
PUAS KU MENCUBAAAAA~
MENCARIMU SERATA DUNIA NAMUN
KAU TIADAAAA~

     Amir melangkah masuk ke dalam bilik sambil melaungkan lagu Mudahnya oleh Yazid Izham.

     Berkerut dahinya menjiwai nyanyian itu.

     "Heyy buddy, wassup. Everything going well?"

     Amir mengambil tempat duduk di sebelah Zul. Kotak rokok disentap dari tangan, dikeluarkan sebatang dan dicucuh, lalu diselitkan semula kotak rokok tadi ke dalam genggaman rakannya itu.

     "Lama tak pau member hehe" Amir menayangkan sebaris senyuman busuknya. Zul tidak berminat untuk melayan. Rokok di tangan terus disedut, membiarkan rakannya di sebelah.

     "Heyy asal kau ni, diam je. Harini Qila tak usap rambut ehh hahaha meh la aku usapkan" Amir mencapai kepala Zul, rambutnya diramas kasar, sesekali di usap manja.

     "Takyah la bodo jangan kacau aku aaa gi smoke diam-diam" Zul menepis tangan Amir agak sedikit kasar.

     Kemudian dia berpaling menghadap tingkap, membelakangi Amir. Amir yang melihat rakannya tidak ceria seperti biasa, terus keluar daripada bilik dan pergi mengacau rakan serumahnya yang lain di bilik sebelah.

     Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka berdua, jika salah seorang not in mood, seeloknya mereka tidak diganggu berlebihan. Lain pula jadinya nanti.

     Zul mengepam asap racun ke dalam paru-paru, sudah masuk sedutan ke berapa pun tidak tahu. Seketika kemudian dia menjengah pandangannya pada awan. Dalam dia termenung, seperti memikirkan sesuatu.

     "Qila....." Zul berbisik.

================================

     Qila, pelajar semester 1, mengambil jurusan pengurusan perladangan di kampus sama dengan Zul. Pertama kali dia mengenalinya ketika majlis makan malam yang dianjurkan Majlis Perwakilan Pelajar dua bulan lepas. Ketika itu hanya Zul yang menghadiri jamuan itu, tanpa pasangan atau teman wanita.

☆ 128 HARI BERSAMA BIDADARI SYURGA ☆Where stories live. Discover now