Prologue

327 1 0
                                    

Masa: Dalam lingkungan jam 7 petang

Tempat: Perkarangan Kolej Kediaman Satria, UTeM, Melaka

     Mata bertentang mata, kaki kaku berdiri berpaksikan bumi, cuaca mendung menandakan renyai hujan kian menghampiri. Dua insan masih setia di situ, membalas tatapan demi tatapan yang kaku tanpa sebarang kata, mulut terkunci membisu.

     Genggaman tangan masih utuh tidak terlerai, masing-masing berat untuk mengakhirkan sebuah perjalanan yang menyayat kalbu. Namun di langit mahupun di bumi tahu, meneruskan  tidak akan memberikan apa-apa kebaikan kepada kedua belah pihak malah bakal mengoyakkan lagi luka di hati yang telah tersedia rabak. Zul mendekatkan dirinya ke arah Hana, kini jarak antara mereka berdua tidak sampai sejengkal. Nafas terhela panjang, di kotak fikiran sudah terawang-awang sejuta perkataan namun satu pun tidak terluncur keluar daripada bibir.


     Genggaman tangan dilepaskan, Zul menyentuh lembut pipi Hana, diusapnya perlahan menyeka air mata yang mengalir turun ke dagu. Wajah insan kesayangannya ditatap untuk mungkin kali yang terakhir. Tak termampu untuknya menahan esak di dada, genangan air matanya juga kini turut membanjiri kelopak mata.

     Hanya Tuhan sahaja yang tahu sakitnya melepaskan, namun Tuhan jugalah yang menakdirkan, mungkin ini salah satu daripada perancangan yang Maha Esa, fikir Zul.

     "Taknak bagi saya peluang ke..." Zul membisik lembut di telinga Hana.

     Dahinya dan dahi gadis itu bertemu, Zul melingkarkan tangannya ke leher Hana. Mata kedua mereka terpejam rapat, cuba menjiwai saat-saat terakhir ini bersama. 

     "Saya tak boleh.. saya tak boleh paksa hati saya.."  Hana membalas bisikan Zul ringkas, tetapi maksudnya sampai terus ke dalam hati Zul.

     "I know you have changed, I know.. but I can't Zulhilmi.."

     Hana menundukkan pandangannya ke bawah, hanya memandang ke tanah. Tak lama sebelum dia memandang kembali ke dalam mata Zul. Ditatapnya wajah lelaki itu penuh dengan 1001 perasaan. Marah, benci, sayang, menyesal, rindu, semuanya bercampur-aduk.

     Memang berat untuk melepaskan dirinya, namun Hannah perlu mengambil keputusan demi dirinya sendiri jua.

     "I'm sorry.. thank you for everything" Hana memegang kedua belah tangan Zul, ditarik tangan yang melingkari lehernya itu turun ke bawah lalu digenggam erat jari-jemari lelaki itu.

     Zul yang sudah sejak tadi lemas di dalam air mata, mula menarik nafas panjang, perasaannya cuba ditenangkan. Dia mengusap matanya yang merah itu dengan tangan sebelum menarik badan Hana mendekati dirinya.

     Dipeluk gadis itu penuh kasih, dahinya dicium sebagai tanda sayang.

     "Whatever it is, I love you, and will always do.." ungkapan keramat itu diluahkan ke telinga Hana sebagai tanda cinta. Cinta yang tidak akan padam buat selamanya, hanya Tuhan sahaja yang mampu menyatukan mereka semula, sepertimana Tuhan telah aturkan titik perpisahan ini buat keduanya.

     Zul menatap mata Hana buat sekelian kalinya, bibirnya semakin rapat dengan bibir Hana sebelum satu ciuman bertaut antara keduanya.

     Ciuman terakhir.

     "Selamat tinggal, awak jaga diri, makan tau, awak suka skip meals, nanti awak gastrik lagi. Jangan tidur lambat sangat.. Fighting untuk final exam awak Hana, jia you!"  Zul berpaling membelakangkan Hana, kakinya dilangkahkan ke arah kereta, sempat dia melemparkan satu pandangan ke arah Hana, senyuman dihadiahkan kepada kekasihnya itu, sebelum pintu kereta ditutup.

     Perodua Myvi mengaum selepas enjin dihidupkan, lalu setelah beberapa detik, kereta itu kelihatan semakin jauh, semakin jauh, semakin jauh dan semakin jauh daripada penglihatan Hana sebelum hilang sepenuhnya daripada lensa mata.

     Hana tidak tahu mengapa dirinya tidak mampu berbuat apa-apa, dirinya bungkam, pesanan terakhir Zul sebentar tadi jelas didengari di gegendang telinga namun mulutnya tidak bisa mengeluarkan sebarang  kata.

     Dia diselami dengan timbunan perasaan yang haru-biru di dalam jiwa. Kakinya menapak naik ke kolej di tingkat 5 dengan perlahan, otaknya masih cuba memproses apa yang sedang berlaku.

     Sampai sahaja di bilik, dia merebahkan badan di atas katil, selimut ditarik lalu dipeluk erat sebelum diselubungkan ke seluruh badannya. 20 keping gambar polaroid yang diberi oleh Zul tadi ditatap satu persatu, semua kenangan mereka berdua tersemadi di dalam gambar itu. Disisip semua polaroid itu di tepi katil, kepalanya dilabuhkan ke atas bantal, dia penat.

     Hati, otak, jiwa, semuanya penat. Dia memutuskan untuk melarikan diri sebentar dari dunia realiti, dan dia tahu ubatnya hanya satu - tidur - Hana tidur dengan ditemani air mata yang berlinang di pipi. Menerobos ke alam mimpi, jauh daripada derita hidup yang memakan sanubari.

     Daripada saat keretanya melepasi pintu utama UTeM tadi, Zul masih tidak berhenti menangis. Hatinya sakit bagai ditikam-tikam pisau belati. Satu persatu kenangan dan memori dimainkan semula di dalam fikiran. Tidak satu pun yang terlepas dari ingatan.

     Kini, perjalannya pulang ke Putrajaya bermula, perjalanan yang menandakan akan bermulalah hidup baru baginya, mengakhiri sebuah diari indah percintaan yang pernah suatu ketika diimpikan agar berkesudahan di jinjang pelamin.

     Apakan daya manusia biasa, tidak semua yang dirinya mahu, Tuhan izinkan dengan mudah.

     Zul menghembuskan asap rokok yang terakhir sebelum puntung rokoknya dibuang keluar, tingkap dinaikkan semula rapat. Pedal minyak ditekan kuat, Perodua Myvinya memecut laju membelah hamparan lebuhraya.

     "InsyaAllah Hana, saya takkan mengalah..."

☆ 128 HARI BERSAMA BIDADARI SYURGA ☆Where stories live. Discover now