I JUST WANT A REAL FRIENDS. BUT ALL YOU EVER DO IS GONNA LET ME DOWN-KRIS
Kris duduk termanggu di dalam biliknya. Dia sedang melukis pada ketika itu. Namja kacukan china-canada itu merupakan seorang pelajar sekolah seni.
Dia sangat suka melukis. Semua hasil lukisannya sangat cantik seperti lukisan seorang pelukis profesional. Dia juga seorang yang popular di sekolahnya.
Ramai yang meminatinya kerana kekacakkannya dan kepandaiannya. Itulah sebab dia menjadi seorang yang sangat popular di sekolahnya.
Namun,di sebalik kesempurnaannya,terdapat satu kisah yang menyakitkan. Dia tidak mempunyai sahabat sejati seperti yang dia inginkan.
Semua rakannya hanya berkawan dengannya kerana kekayaan dan popularitinya sahaja. Tidak ada yang ikhlas berkawan dengannya.
Kadangkala dia terfikir mengapa ramai orang yang hipokrit. Dia hanya mahu sahabat yang sejati. Apa itu terlalu susah untuk ditunaikan?
Dia selalu terfikir akan hal itu. Dia selalu berfikir adakah dia akan mendapat sahabat sejati seperti yang dia harapkan?
Akankah itu menjadi sebuah kenyataan atau hanya imaginasinya sahaja? Dia sungguh berharap agar dia mendapat sahabat yang sejati. Walaupun tidak banyak. Cukuplah hanya mempunyai seorang teman yang dapat memahami dirinya.
Oleh kerana wajahnya yang jarang tersenyum,ramai yang menyangka bahawa dia seorang yang beku walhal kebenarannya,dia adalah seorang yang sangat periang walaupun dia selalu ingin menunjuk kemachoannya.
🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉🐉
Di sekolah...
"Kris,aku nak tanya ni,"ujar Jackson. Jackson Wang atau lebih dikenali sebagai Jackson itu merupakan kawan kepada Kris. Walaupun Kris tahu mengapa Jackson berkawan dengannya,dia tetap meneruskan persahabatan itu.
"Kau nak tanya apa?"Kris bertanya kembali. "Kau mesti tau kenapa aku kawan dengan kau kan?"ujar Jackson dengan nada yang kurang menyenangkan.
"Aku tau. Kenapa?"Kris berkata dengan nada yang sangat selamba. Jackson kelihatan terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Kris sebentar tadi.
"Baguslah kalau kau dah tau kenapa aku nak kawan dengan kau ni. Sekarang kau dah tau. Kau mesti dah taknak kawan dengan aku kan?"ucap Jackson dengan nada yang menyedihkan.
"Mungkin aku akan tinggalkan kau,Jackson. Sebab aku tau kau hanya nakkan populariti aku dan kekayaan aku saja. Aku tau benda ni dah lama dah. Tapi aku nak tengok kalau,kau berubah,"ucap Kris sebelum dia menyambung.
"Malangnya,aku tersalah percaturan. Aku salah dalam menilai kau sebagai kawan aku. Aku rasa macam orang bodoh kawan dengan kau. Tau tak?!"Kris dengan tidak sengaja meninggikan suaranya.
Jarang Kris meninggikan suara tetapi kalau hal itu sudah melebihi batas,suaranya akan meninggi. Itulah Wu Yi Fan atau lebih dikenali dengan nama Kris.
"Mianhae. Aku tipu kau selama ni. Aku mintak maaf sangat dekat kau. Aku harap kau maafkan aku,"ucap Jackson sayu.
Namun,Kris tahu yang Jackson hanya berpura-pura.Kalau Kris memaafkan Jackson sekarang,Jackson tetap akan mengulangi kesilapannya.
Jadi,Kris memutuskan untuk...
"Aku maafkan kau,Jackson Wang,"ucap Kris. Jackson terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut seorang namja yang bernama Kris.
Dia terus memeluk Kris dengan erat. Dalam pelukan itu,Jackson tersenyum sinis tanpa Kris perasan. Namun,dia tidak tahu apakah perkara yang bakal dihadapinya nanti.
Jackson menyangka bahawa Kris sudah masuk ke dalam perangkap yang dibuatnya. Namun,adalah mustahil untuk sang naga termasuk ke perangkap yang amat mudah untuk dikenal pasti.
'Kau takkan tau apa yang kau akan lalui lepasni wahai SAHABAT. Hahahahaahahahaha... Nampaknya sang naga dah termasuk dalam perangkap aku. Selamat datang ke neraka,Kris,"Jackson bermonolog di dalam hati.
Kris hanya tersenyum sinis semasa memeluk Jackson. Bukannya dia tidak tahu bahawa namja itu ada muslihat yang tidak baik. Namun didiamkan sahaja.
Dia akan bertindak tanpa Jackson tahu bahawa dia tahu tentang rancangan tidak baik Jackson kepadanya.
Dia akan bertindak apabila sampai waktunya. Siapa sangka? Mereka berdua mempunyai muslihat untuk dijalankan. Bezanya adalah siapa yang akan terkena dahulu?
Adakah Jackson ataupun Kris?
Tiada yang tahu. Pelajar di dalam kelas itu hanya tersenyum melihat mereka berbaik semula. Setelah selesai berpelukan,mereka kembali ke meja masing-masing.
Pelbagai rancangan jahat untuk Kris sedang bermain dalam kepala Jackson. Dia tersenyum sinis apabila membayangkan bagimana malunya Kris nanti.
Apakah yang bakal Kris lalui? Nantikan dalam chapter seterusnya...
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
So,I'm back with the second chapter... Jemput baca...
YOU ARE READING
The first snow
FanfictionSalji pertama... "Aku sunyi..."-Xiumin "Adakah kita akan berjumpa?"-Kai "Krismas itu..."-Suho Kisah yang bermula dengan salji pertama di bulan disember... "Can we be friends?"-Lay "I hope you won't leave me..."-Tao Baca... Vomment juseyo...