Kris masih duduk di padang sekolah itu sambil termenung. Otaknya ligat berfikir. Apa yang Jackson sedang rancangkan? Adakah dia akan terkena rancangan jahat Jackson?
Dia sendiri tidak tahu. Dia buntu. Apa yang harus dia lakukan? Perlukah dia menjalankan muslihatnya itu?
Tanpa Kris sedari,ada sepasang mata yang sedang memerhatinya sedari tadi. Mata yang penuh dengan api kebencian. 'Kau takkan terlepas kali ni Kris,'Jackson tersenyum sinis memikirkan tentang rancangannya itu.
'Apa yang perlu aku buat? Aku betul-betul buntu. Sesukar inikah perjalanan mencari sahabat yang sejati? Huh. Aku kena kuatkan semangat. Aku nak jumpa dengan sahabat sejati aku. Aku akan buat sebaik mungkin untuk jumpa dengan sahabat aku,'Kris bermonolog sendirian.
💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎
Jackson ligat memikirkan bagaimana untuk mengenakan Kris. Dia berfikir dan terus berfikir sehinggalah dia mendapat akal untuk menyingkirkan Kris dari kelasnya sekali gus dari sekolah itu.
Ya. Jackson akan membuat Kris dibuang dari sekolah. Betapa kejamnya dirinya namun,apa yang dia kisahkan? Apa yang dia tahu,hasratnya tercapai.
Dia tidak kisah akan apa yang bakal terjadi. Yang dia tahu,dia puas. Dia dapat apa yang sebelumnya menjadi milik Kris.
Dia sememangnya cemburu dengan Kris yang sangat sempurna itu. Bukan dia tidak kaya,tapi dia kurang sedikit sahaja berbanding Kris. Hanya kerana hasad dengki,dia sanggup memusnahkan kehidupan kawannya sendiri.
Dia sayang akan Kris. Dalam masa yang sama,dia turut membenci Kris. Dia sangat tidak puas hati dengan Kris. Dia merasakan bahawa dia lebih hebat berbanding Kris.
Kris selalu menjadi harapan sekolah mereka. Dia berasa cemburu. Pengetua sekolah tidak pernah melihat kehebatannya. Dia merasa disisihkan.
Kini,dia bertekad. Dia akan membuat Kris hilang segala-galanya. Dia akan menjatuhkan Kris dengan cara yang tidak akan dapat dibayangkan.
Mungkin Kris akan membenci dirinya dengan lebih lagi. Tapi dia tidak kisah. Asalkan dirinya puas,dia akan lakukan apa saja.Siapa sangka,jejaka sebaik Kris mempunyai musuh yang sangat kejam. Kawannya sendiri. Jackson memikirkan bagaimana reaksi Kris nanti.
Memikirkan hal itu,Jackson ketawa sendirian. Pasti Kris akan sangat marah kepadanya. Dia tidak kisah akan semua itu. Dia seperti orang gila.
Terlalu obses untuk menyingkirkan Kris agar dia menjadi popular sama seperti Kris. Dia sangat cemburu dengan Kris.
Sementara Kris sudah pun menganggapnya sebagai sahabat sejati. Kris sudah silap percaturan. Namun Jackson sangat puas hati apabila Kris mahu berkawan dengannya.
Dia akan membuat Kris mengalami tekanan yang sangat teruk dan menyingkirkan namja kacukan china-canada itu keluar dari sekolah mereka.
Petang itu,Kris pulang dari sekolah. Dia ingin pulang ke rumahnya. Namun,dia singgah sebentar di Sungai Han.
Dia ingin menenangkan dirinya di sana. Perasaannya kacau. Dia sedang memikirkan tentang perkara yang memalukan yang terjadi kepadanya semasa di sekolah tadi.
Flashback
Kris duduk di dalam kelas. Dia tidak sedar yang kerusinya sudah dituang dengan gam kuat. Apabila dia ingin berdiri,dia berasa susah untuk bangun.
Seolah-olah ada gam kuat yang melekatkan seluarnya dengan kuat pada kerusi itu. Oleh kerana itu,Kris hanya duduk di kelas sepanjang waktu persekolahan.
Apabila waktu pulang,dia mula cemas. Dia terpaksa memberitahu saemnya dan saemnya pula terpaksa menggunting seluarnya.
Dia agak bersyukur kerana dia tidak menggunakan boxernya yang berwarna pink. Dia tahu itu angkara siapa. Pasti angkara Jackson. Dia tahu yang Jackson berdendam dengannya.
Jckson sebenarnya langsung tidak menyukai Kris tetapi kerana populariti Kris,Jackson mahu berkawan dengan Kris.
Pasti esok Kris akan diejek oleh rakan sekelasnya kerana kejadian yang memalukan itu.
Fashback end
Keesokan harinya,Kris ke sekolah seperti biasa. Semasa memasuki pagar sekolah,pelajar di situ memandangnya dengan pandangan mengejek membuatkan dirinya tidak selesa.
Oleh itu,dia memutuskan untuk tidak menghiraukan pandangan-pandangan para pelajar di situ.
"Korang! Kris dah sampailah!! Hahahahahaha,"ujar salah seorang pelajar yang ternampak kejadian kelmarin.
"Kelmarin seluar dia terpaksa kena gunting weyh! Hahahahahaha!!!!"budak lelaki itu terus-terusan mengejek Kris.
Kris mula hilang sabar. Dia dengan pantas menuju ke arah pelajar itu lalu menumbuknya dengan kuat.
Pelajar lelaki itu jatuh tersungkur. "Apa masalah kau,hah?!"Kris bertanya dengan lantang. "Dia tak ada masalah dengan kau. Aku yang ada masalah dengan kau. Kau tau kan? Aku tak suka kau langsung. Aku hanya ambil kesempatan sepanjang kita bergelar kawan. Hahahahahahahahaha!"Jackson ketawa terbahak-bahak.
"Kau kejam!!!"Kris menjerit sekuat hati."Aku? Kau nak kata aku ni kejam? Heh,baru tau ke aku ni kejam?"Jackson bertanya dengan nada sinis.
"Aku benci kau,Jackson Wang! Binatang macam kau ni memang tak patut hiduplah!"ujar Kris. Dia benar-benar marah saat ini.
"Kau tau kan aku bencikan kau?"ujar Jackson. "Tentulah aku akan hancurkan hidup kau. Hahahahahahahahahaha!!!"Jackson ketawa dengan galak.
Kris berlari keluar dari kelas. Setelah itu,dia terus menuju ke bilik pengetua. Dia nekad dia akan berpindah. Dia akan berpindah ke Seoul,Korea.
Sampai di bilik pengetua,Kris terus masuk dan menyapa pengetua lalu menyatakan hasratnya untuk berpindah kepada pengetua.
Pengetua kelihatan terkejut tetapi dia tidak punya pilihan selain melepaskan Kris pergi jika itu yang dipinta.
Dia terlalu sayang akan Kris bahkan dia sudahpun menganggap Kris sebagai anaknya. Tetapi apakan daya,sang pelajar sudah memutuskan hal itu.
Dia pun membenarkan Kris pergi ke Seoul. Kris mengucapkan terima kasih kerana sanggup mengambilnya bersekolah di situ.
☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁☁
Annyeong... Im back with the third chapter. So like usual,vomment juseyo...
YOU ARE READING
The first snow
FanfictionSalji pertama... "Aku sunyi..."-Xiumin "Adakah kita akan berjumpa?"-Kai "Krismas itu..."-Suho Kisah yang bermula dengan salji pertama di bulan disember... "Can we be friends?"-Lay "I hope you won't leave me..."-Tao Baca... Vomment juseyo...