Beberapa hari selepas kejadian Kris dimalukan di sekolah,kini,sekolah itu heboh dengan khabar Kris yang akan berpindah ke Seoul,Korea.
Kris akan berpindah di sebuah sekolah yang sangat terkenal di Seoul,Korea. Ramai yang berasa cemburu kerana Kris berjaya menepati kriteria yang diperlukan untuk masuk ke sekolah tinggi itu.
Bukan mudah untuk masuk ke sekolah itu. Hanya mereka yang bertuah dan terpilih sahaja yang dapat masuk ke sekolah itu.
Ramai yang mula memandang rendah terhadap Kris. Mereka menganggap bahawa Kris adalah seorang yang pengecut kerana tidak mampu untuk bertahan dalam permainan yang dicipta oleh Jackson.
Namun,Kris tidak kisah akan hal itu. Apa yang dia tahu dia akan berpindah ke Seoul,Korea. Pasti dia akan mendapat pengalaman baharu di sana.
Dia juga pasti akan mendapat sahabat sejati di sana. Seperti yang dia inginkan selama ini. Esok Kris akan berlepas ke Seoul,Korea.
********
Malam itu,Kris sedang berkemas. Dia membawa semua pakaiannya kerana dia mungkin tidak akan balik lagi ke Cina.
Tidak lupa juga,sebuah bingkai gambar. Gambar yang dihiasi oleh dirinya dan ahli keluarganya. Gambar yang dihiasi dengan senyuman yang menunjukkan betapa gembiranya mereka sekeluarga pada masa itu.
Namun kini,semua itu hanya memori indah yang sentiasa terpahat di fikiran. Keluarga Kris sudah tidak ada.
Dia hanya tinggal seorang diri di rumah itu. Pakcik serta makciknya merupakan jirannya. Walaupun sudah berkali-kali diajak tinggal bersama oleh pakciknya,Kris masih menolak dan memilih untuk terus tinggal di rumah itu.
Mengenang kembali kisah Kris dan keluarganya membuatkan malam Kris dibasahi dengan air mata.
Kenangan di mana dia bergelak tawa dengan mama papa serta adik perempuannya. Di mana dia bermain bersama adik perempuannya.
Dia terlalu merindui keluarganya. Dia masih ingat setelah kemalangan itu,hajat terakhir mendiang ibunya adalah untuk melihat Kris mendapat sahabat yang sejati.
Tetapi,hajat mendiang ibunya tidak kesampaian apabila ibunya mula sesak nafas dan disahkan meninggal dunia sebaik sahaja dia pulang dari sekolah.
Begitu juga dengan mendiang adik dan papanya. Kris terlalu merindui mereka. Dia sangat sayang akan keluarganya. Tidak pernah dia hidup selama sehari tanpa mengenangkan keluarganya.
Paginya,Kris sudah bersiap untuk berangkat ke Korea. Pakcik dan makciknya sudah berada di sampingnya untuk menghantarnya ke lapangan terbang.
Setelah sampai di lapangan terbang,Kris menjadi semakin teruja. Makciknya berpesan kepadanya agar sentiasa menjaga kesihatannya. Begitu juga pakciknya.
Memandangkan Kris anak kepada jutawan,jadi dia tidak punya masalah tentang tempat tinggal. Kris akan tinggal di sebuah flat mewah di bawah nama mendiang papanya.
Setelah penumpang dipanggil untuk masuk ke dalam kapal terbang,Kris pun meninggalkan pakcik dan makciknya. Mereka melambai ke arah Kris dan Kris membalasnya.
Setelah itu,Kris pun masuk ke dalam kapal terbang. Setelah masuk,Kris meletakkan bagasinya dan terus duduk di tempatnya.
Kris menutup telefonnya lalu pesawatnya mula bergerak. Pesawat itu mula berada di awangan. Kris yang mula mengantuk itu pun melelapkan matanya yang sudah mula kuyu.
Akhirnya,Kris tertidur dalam perjalanannya ke Seoul.
✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈
Sorry lambat update... Like usual,vomment juseyo...
YOU ARE READING
The first snow
FanfictionSalji pertama... "Aku sunyi..."-Xiumin "Adakah kita akan berjumpa?"-Kai "Krismas itu..."-Suho Kisah yang bermula dengan salji pertama di bulan disember... "Can we be friends?"-Lay "I hope you won't leave me..."-Tao Baca... Vomment juseyo...