Bab 20

3.9K 185 10
                                    

TIARA mengiring ke kiri sebelum mengubah posisinya ke kanan. Matanya terkebil-kebil memandang sekeliling bilik yang berbeza. Kalau dulu, dia paling tak suka jika berubah tempat tidur. Kini, tiada istilah begitu lagi. Dia tak punya pilihan. Kalau esok, tiba-tiba Abraham pulang dan paksa dia pindah. Apa dia boleh buat?

Akhirnya Tiara bangkit dari pembaringannya. Perlahan kakinya melangkah keluar dari bilik menuju ke beranda. Tasik Saiful Muluk yang terbentang luas dihadapannya di pandang dengan penuh rasa kagum. Dia tak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti kakinya akan jejak ke tanah Pakistan ini. Angin sejuk beku menampar pipinya membuatkan Tiara sedikit mengiggil kesejukan. Pandangannya jatuh ke satu sudut. Ternyata terdapat seorang pengawal sedang memandang kearahnya, sekelip mata Tiara menarik selimutnya dan menutup kepala serta separuh wajahnya. Sememangnya di sini, Abraham sudah berpesan agar Tiara sentiasa menutupi wajah dan rambutnya.

"Hei, jauh termenung." Tegur satu suara di sisi membuatkan Tiara menoleh. Ternyata Mateen sudah berdiri di sisinya. Entah bila lelaki itu masuk, dia juga tidak tahu. Mateen ini boleh tahan juga. Senyap-senyap saja dia sudah muncul entah dari mana.

"Merenung keindahan alam." Saat itu Mateen tersenyum lalu menopang dagu diatas tembok sambil merenung Tiara dari sisi. Melihatkan sengihan dia dari hujung mata, akhirnya Tiara menoleh.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Berkerut dahi Tiara melihat tindakan Mateen itu.

"Merenung keindahan awak?" Tiara tertawa kecil. Boleh pula dia buat pickup line macam tu.

"Hmm.. Bila Abraham akan balik?" Soal Tiara setelah beberapa minit sunyi menemani mereka.

"Entah. Mungkin hari ini. Tak ada sesiapa tahu." Tiara mengangguk perlahan. Dia sangat berharap agar Abraham pulang beberapa bulan lagi. Tak pun, tak payah pulang lagi bagus!

"Awak risau ke nak kahwin dengan dia?" Soal Mateen bagai mengerti gundah di hati Tiara. Perlahan gadis itu mengangguk.

"Saya takut. Dia sukar dijangka dan saya tak boleh terima dia."

"Tapi dia seorang yang bertanggungjawab, Tiara. Percaya cakap saya, abang saya tu nampak bengis, garang. Kalau kena caranya, dia boleh dijinakkan." Tiara tersenyum kelat. Jinakkan Abraham? Dia lebih rela jinakkan harimau bintang daripada berhadapan dengan lelaki itu.

"Kalau tiba-tiba saya tak diperlukan lagi, adakah nasib saya akan berakhir seperti Lucinda?" Sebuah keluhan terlepas dari bibir Mateen sebelum lelaki itu menggeleng.

"Dia tak akan buat macam tu, percayalah. Silap-silap dia sendiri boleh mati kalau apa-apa jadi pada awak." Berlapis dahi Tiara cuba mencerna kata-kata Mateen itu. Mana mungkin Abraham sanggup begitu semata-mata sebab dia. Mungkin Mateen terlupa bahawa Tiara juga sepatutnya sudah mati di tangan Abraham semasa mereka tawan kapal terbang yang dinaiki Tiara dulu.

"Cukuplah sekali dia kehilangan. Dia tak akan kehilangan Victorianya lagi."

"Siapa Victoria?" Tiara cuba mengorek rahsia.

"Dia seorang wanita yang mampu menjinakkan Abraham."

"Mana dia sekarang?" Mateen menoleh ke arah Tiara sebelum tersenyum.

"Saya tak layak untuk beritahu awak tentang kisah silam King, Tiara. Sebaiknya biarlah dia yang ceritakan pada awak." Tiara mengeluh berat sambil menarik muncung panjang.

"Awak tahu itu adalah mustahil. Nak bercakap dengan dia elok-elok pun payah. Inikan pula nak suruh dia bercerita pasal bekas awek dia. Memang tak lah!" Mateen tertawa besar. Comel pula dia melihat gelagat Tiara begitu. Kalaulah Tiara bukan milik abangnya, dah lama dia masuk jarum.

"Itu no comment. Pandai-pandailah awak jinakkan dia nanti."

"Jinakkan siapa?" Serta merta wajah Tiara berubah apabila suara garau itu kedengaran. Mateen pula sudah berdiri tegak bagai tiang bendera. Tahu takut!

"Tak ada apa. Kami sedang bercerita pasal kuda." Jawab Mateen sambil memandang wajah Abraham dari hujung mata. Tak berani hendak bertentang mata apabila dirinya direnung tajam begitu oleh si abang.

"Aku nak bercakap dengan Victoria." Tanpa berlengah, Mateen segera beredar dari situ. Dari wajah abangnya, dia tahu mood Abraham kurang baik. Sempat dia memberi isyarat kepada Tiara seperti memberi ucapan 'selamat' buat gadis itu. Apabila kelibat Mateen tiada di situ, Tiara kembali menoleh ke arah tasik dihadapannya. Tak berani sejujurnya hendak memandang Abraham kerana dia tahu, lelaki itu pasti akan bercakap pasal hubungan mereka.

"I miss you.." Gulp. Tiara menelan liurnya apabila kini tubuhnya dikepung dari belakang. Dapat dia rasa tangan Abraham melingkari pinggangnya. Dagunya diletakkan ke atas bahu Tiara. Cup! Satu ciuman singah di leher gadis itu membuatkan Tiara jadi tak selesa.

"Bila awak sampai?" Soal Tiara gugup. Sebenarnya bukan itu apa yang dia hendak katakan. Ikutkan hati, nak saja dia menolak Abraham dari beranda itu. Suka hati tok nenek dia saja hendak peluk anak dara orang. Anak dara? Darakah Tiara? Serta merta hatinya jadi membengkak mengenangkan kenyataan bahawa kesuciaannya telah diragut tanpa rela oleh Abraham.

"Baru sekejap tadi. Tak sabar rasanya nak jadikan kau milik aku sebab itulah aku sampai awal." Tiara menjulingkan mata ke atas.

"Sudahlah. Awak mesti letih. Rehatlah dulu." Ujar Tiara sambil cuba merungkaikan pelukan Abraham namun semakin erat pula pelukan itu.

"Dengan satu syarat.."

"Apa dia?" Soal Tiara pelik. Saat itu Abraham tersenyum nakal.

"Argh! Apa ni?" Teriak gadis itu apabila tubuhnya tiba-tiba berada diawangan.

"Kau mesti 'rehat' dengan aku." Ujar Abraham sebelum dia masuk ke dalam sambil mencepung tubuh Tiara. Gadis itu sudah tidak senang hati. Dia cuba mendekatkan hidungnya ke arah Abraham sebelum darahnya berderau. Sah! Lelaki itu sedang mabuk. Apa yang patut dia lakukan sekarang? Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali!

Aku Bukan Victoria (DOML BOOK 3)Where stories live. Discover now