TIARA berpisat-pisat bangun saat terasa bagai ada sesuatu yang mengalir diwajahnya. Perlahan matanya dibuka. Matanya terbuka luas saat melihat keadaan sekeliling yang sudah ditutupi cecair hanyir merah pekat. Berderau darahnya apabila tangannya penuh dengan cecair merah pekat yang hanyir. Ya. Itu adalah darah! Serta merta dia mencabut earphone di telinganya dan kedengaran bunyi beberapa das tembakan dari senjata api. Tubuhnya menggiggil ketakutan melihatkan keadaan dihadapannya. Mangsa yang ditembak tadi. Kepalanya berkecai hancur sama seperti mangsa yang lain. Hanya Tiara seorang sahaja yang masih bernafas namun pakaiannya sudah basah lencun dengan darah dan serpihan daging manusia.
Sedang Tiara berusaha untuk menyembunyikan diri, kedengaran bunyi sedas tembakan mengenai bahunya membuatkan Tiara terduduk mengaduh kesakitan."Well.. Well.. Well.. Lihatlah siapa yang masih bernyawa di sini." Tiara memandang wajah lelaki dihadapannya dengan beribu rasa. Takut, marah dan sedih. Semuanya bersatu.
"Kau masih hidup lagi rupanya."
"Kenapa kau buat macam ni? Kenapa kau bunuh semua orang?!" Teriak Tiara bersama deraian air mata ketakutan. Tanpa menjawab soalan Tiara, lelaki yang tadinya duduk di sebelah Tiara kini mengacukan pistol ke arah gadis itu.
"Tolonglah. Aku merayu pada kau. Jangan bunuh aku. Aku akan lakukan apa saja asalkan kau tak bunuh aku." Tiara sudah melutut hampir sujud ke kaki lelaki dihadapannya itu. Saat ini hanya tuhan yang tahu apa yang dirasainya. Namun lain pula respon yang diberikan oleh lelaki kejam itu. Dia tertawa kuat seraya menolak dagu Tiara agar memandang wajahnya. Tiara yang menggigil ketakutan itu bagai satu kepuasan buat dirinya.
"Betul kau sanggup untuk lakukan apa saja demi nyawa kau?" Tiara mengangguk laju.
"Fine. Aku nak kau buktikan." Gulp. Tiara menelan liurnya yang terasa kesat. Tiba-tiba pistol di tangan Abraham di serahkan kepada Tiara.
"Tembak dia."Arah Abraham selamba seraya menunding jari kepada rakannya yang sama-sama membantu untuk membunuh seluruh penumpang dalam pesawat tersebut.
"G.. General. Apa s... salah sa.."
Bang!! Belum sempat lelaki tadi meneruskan kata-katanya, dia sudah terbaring kaku di lantai bersama darah yang berlumuran dibahagian dada. Abraham memandang Tiara dengan riak tidak percaya. Sebelah keningnya terangkat sebelum dia menepuk tangan. Tiara mencampak pistol tadi menjauhinya sebelum duduk berpeluk tubuh bersama air mata yang mengalir laju. Wajahnya pucat tidak berdarah. Dia baru saja mencabut nyawa seseorang. Mana mungkin dia dapat berlagak selamba.
"Hebat! Good girl."Ucap Abraham lalu mengusap kepala Tiara namun gadis itu lantas menepis tangan Abraham.
"Kau pasti dengan permintaan kau ni? Kalau aku jadi kau, aku lebih memilih mati dari meneruskan hidup bersama kami." Abraham melutut dihadapan Tiara membuatkan wajah mereka saling bertentangan. Darah merah yang mengalir di wajah Tiara dikesat dengan sapu tangan sebelum rambut gadis itu diselitkan ke belakang telinga.
"K.. kami?" Soal Tiara takut-takut. Abraham mengangguk perlahan bersama senyuman penuh misteri yang semakin mengundang ketakutan di hati Tiara."Aku pasti. Aku akan lakukan apa saja asalkan kau tak bunuh aku," jawab Tiara setelah beberapa saat berdiam diri. Tiba-tiba Abraham tertawa.
"Mari, ikut aku."Tanpa berlengah, pergelangan tangan Tiara ditarik kearah pintu pesawat. Alangkah terkejutnya Tiara apabila Abraham berdiri dibelakangnya dan menariknya ke dalam dakapan.
"Kau buat apa ni?!"Teriak Tiara ketakutan.
"Shh! Diam. Kau baru saja beri ancaman pada nyawa aku. Ingat sikit, tak ada apa yang percuma dalam hidup ni. Termasuk nyawa kau." Ujar Abraham tegas sambil memasangkan tali ke pinggang Tiara. Saat pintu pesawat dibuka, mata Tiara membulat.
"K.. kau nak buat apa ni?"
"Terjun."Jawab Abraham selamba sebelum tubuh mereka dilepaskan ke udara membuatkan Tiara menjerit ketakutan.
"Buka mata kau."Teragak-agak Tiara membuka mata lalu melihat pesawat yang sudah jauh dari mereka. Tak sampai lima minit mereka meninggalkan pesawat itu, kelihatan pesawat itu meletup dan hancur berkecai.
"Kau patut bersyukur sebab kau bukan tergolong dengan orang yang musnah bersama kapal terbang tu."
"Kenapa kau buat semua ni?"
"Kerja. Ini kerja aku."Tiara terdiam dan langsung tidak bertanya lebih lanjut. Sejujurnya dia sendiri masih tergamam dengan apa yang dilihatnya kini. 'Aku bermimpi ke ni?' Bisik hati Tiara lalu dia mendongak memandang wajah lelaki yang berparut di pipi itu. 'Ya Allah, tolonglah sedarkan aku dari mimpi ngeri ini. Aku tak sanggup lagi nak mengharungi mimpi panjang ini'.
YOU ARE READING
Aku Bukan Victoria (DOML BOOK 3)
Mystery / ThrillerNote : Atas sebab tertentu. Cerita Dream Reaper harus digantikan dengan cerita Aku Bukan Victoria. Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih! ******************** Sinopsis : Percutian idaman Tiara Carmila Rodriguez ke Monte Carlo berubah serat...