HAYDER termenung sejenak sambil fokus mendengar setiap satu butir bicara gerangan yang sedang bercakap di hujung talian.
"So, is that means we should let him alive?" Soal Hayder ingin tahu.
"But all these time, he has been betrayed me." Sambungnya lagi setelah beberapa minit mendiamkan diri.
"Fine. Remember, we made a deal for this." Ujar Hayder sebelum mematikan talian.
"Ken!" Saat itu muncul seorang lelaki berbadan gempal dan berkepala botak.
"Let him go." Berkerut wajah Ken. Setahunya tadi, Hayder sendiri memberi arahan agar membuang mayat Abraham tapi kini lain pula. Namun dia langsung tidak menyoal tindakan majikannya itu. Dia lantas beredar dari situ. Hayder menghela nafas berat. Bingkai gambar dia memeluk seorang gadis yang tersenyum lebar dicapainya. Wajah itu direnung dengan seribu satu perasaan. Marah, geram, rindu dan kecewa.
"Victoria Cavalli.." Bisiknya perlahan. Bayangan wajah Victoria kembali menganggu benaknya setelah sekian lama. Saat itu juga detik pertemuan pertamanya dengan Victoria kembali bermain di ingatannya.
"Hi.. Can I seat here?" Hayder yang sedang leka mengusap kepala Henry, kuda kesayangannya segera menoleh.
"Sure." Jawab Hayder sepatah sebelum dia kembali menumpukan perhatiannya kepada Henry.
"Can I touch him?" Soal Victoria cuba memancing tumpuan Hayder.
"Hmm.." Saat itu Victoria menyentuh kepala Henry perlahan. Kuda itu memberi tindakan positif terhadap sentuhan Victoria. Hayder tersenyum nipis.
"He likes you." Ujar Hayder tanpa menoleh kearah Victoria.
"Nama I Victoria." Terangkat kening Hayder saat dia mendengar butir bicara gadis itu.
"Malay?" Soal Hayder terkejut. Victoria tersengih.
"Yeah.. Sort of. You can say. Mungkin banyak makan belacan, sebab tu boleh cakap Melayu." Hayder tergelak mendengar jawapan Victoria itu. Terpegun dia melihat senyuman manis gadis yang sedang mengusap kepala Henry itu. 'She's beautiful' Detik hati Hayder.
"Sir?" Hayder tersentak dari lamunannya apabila kelibat Ken kembali kelihatan di ruangannya. Bingkai gambar Victoria disimpan ke dalam laci sebelum dia bangun dan mengekori langkah Ken kearah bilik gelap dimana menjadi tempat bilik seksaan buat mangsanya. Bau darah mula menusuk ke rongga hidungnya saat pintu besi bilik gelap dibuka.
"Kenapa kau tak bunuh je aku?" Soal Abraham yang sudah lengkap berpakaian namun wajahnya jelas menunjukkan kesan lebam dan luka. Bahkan matanya hanya terbuka sedikit akibat kesan tumbukan Hayder.
"Kau bernasib baik." Jawab Hayder tanpa perasaan. Entah kenapa kenangan tentang Victoria tadi membuatkan dia jadi hilang semangat. Abraham tertawa sinis. Sengaja dia ingin menduga kesabaran Hayder. Bukan sehari dua dia kenal dengan lelaki itu. Hayder tak akan putus asa selagi dia tak capai apa yang dia kehendaki. Sudah alang-alang dia ditangkap, baiklah Hayder bunuh saja dia daripada lepaskan kerana dia tahu, hidupnya bakal jadi huru hara jika dilepaskan oleh Hayder. Hidup dia bakal jadi lebih teruk dari neraka!
"Tugas kau sekarang adalah lindungi Tiara. Aku tak kira dengan apa cara sekalipun. Kau nak tukar identiti dia kepada Victoria atau apa saja. Suka hati kau. Janji Tiara mesti ada dalam keadaan selamat dan jangan sesekali biarkan keluarga dia tahu bahawa dia masih hidup. Keluarga Eduardo dan Rodriguez harus musnah. Aku tak akan lepaskan mereka begitu saja." Abraham jadi pelik dengan kata-kata Hayder. Apa sebenarnya agenda dia? Adakah Tiara akan digunakan sebagai senjata untuk menjatuhkan keturunannya sendiri?"Ambil ini. Bawa Tiara pergi jauh dari sini." Ujar Hayder sebelum menyerahkan satu beg berisi wang serta kunci.
"Tapi ingat. Ini untuk sementara. Kau akan pulangkan Tiara kepada aku bila tiba masanya." Tangan Abraham yang sedang mencapai beg berisi wang itu dipegangnya erat.
"Baiklah." Jawab Abraham sepatah walaupun dia tidak pasti dengan keputusannya sendiri. Apa yang pasti adalah dia harus selamatkan Tiara dari sebarang ancaman. Nyawa gadis itu berada dalam keadaan bahaya selagi Tiara berada dekat dengan Hayder.
YOU ARE READING
Aku Bukan Victoria (DOML BOOK 3)
Tajemnica / ThrillerNote : Atas sebab tertentu. Cerita Dream Reaper harus digantikan dengan cerita Aku Bukan Victoria. Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih! ******************** Sinopsis : Percutian idaman Tiara Carmila Rodriguez ke Monte Carlo berubah serat...