-I don't care how long I have to wait to finally see you💕
"Hish aku ni dah la tak makan apa lagi pastu berlari lagi hish apa la nasib pagi pagi ni"kataku seorang diri.
"Aduh kerajaan ni pun..apala buat dewan jauh jauh,buat la depan pagar ka senang sikit..ni tak hish aku dah la lambat ni" aku ni memang kuat membebel kot eh 😂
Aku sebenarnya malas nak berlari ni,tapi rasa takut kena denda membuatkan aku terpaksa berlari ke arah dewan sekolah.
Sampai sahaja diluar dewan. Aku meletakkan bag sekolahku di tepi pintu masuk dewan.
"Ok cun perhimpunan baru nak mula" dengan bangganya aku mula melangkah masuk dewan.
Aku berjalan ke arah barisan kelasku.
Aku terdengar seorang memanggil namaku."Ada orang panggil nama aku ka?" Cakp aku dalam hati.
"Tak kot kan..kau salah dengar ni ayra" aku sambung berjalan. Maklumlah barisan form4 ke tengah sikit😂
Aku terdengar sekali lagi namaku dipanggil. Kali ni memang jelas "AYRA MEDINA BINTI ZUL MIKAEL!!!!" Terkejut aku dibuatnya, aku terus menoleh ke belakang...
Geng geng geng..
"Alamak cikgu disiplin matilanakk.." teriak aku dalam hati.
"Mari sini kamu" panggil cikgu miza dari jauh.
Aku mula berjalan ke arahnya. Otak ku mula memikirkan alasan yang akanku berikan nanti . Mati weh mati!!
"Kenapa kamu lewat" tanya cikgu miza dengan muka bingis.
"Erk..saya lupa kunci jam la cikgu, tu lambat sikit hehe" senyumku sedikit macam kerang busuk.
"Ohh yeke? Lain kali kamu datang la lewat lagi dalam pukul 7.00 ke kan" amboi cikgu sempat lagi perli eh.
"Hehehe..amboi cikgu sempat lagi perli saya ye, ala cikgu saya bukan sengaja datang lambat cikgu.." balas aku dengan muka acah cute padahal tak pun😂
"Umm..disebabkan kamu datang awal harini, ha pergi beratur di luar dewan" kata cikgu miza dengan muka seriusnya.
"Alaa kenapa pula cikgu..perhimpunan pun tak mula lagi" balasku dengan muka tidak puas hati.
"Kamu ingat saya kesah ka ha! Saya cakap pergi beratur di luar SE..KA..RANG!!!
"Hish aku la dengan si miza ni satgi kot.." kataku geram dalam hati sambil melangkah keluar dari dewan ke barisan pelajar datang lewat. Tak bole la cakap kuat kuat dengar dekat si singa tu mati aku. (tau takut si ayra ni 😂)
Semasa di barisan pelajar datang lewat, aku mendiam diri sahaja..tiada seorang pun yang aku kenal di barisan tu.
Mataku memerhati semua pelajar di dalam dewan. Tiba tiba mataku terhenti di barisan kelas aku.
Kelihatan kawanku zara sedang memanggil ku menggunakan bahasa isyarat. Dia menganguk anggukkan mukanya tanda memanggilku datang ke arahnya.
Zara menunjukkan yang didepannya ada ruang kosong untukku.
Aku membalas kata kata zara menggunakan bahasa isyarat juga. Dah macam bisu pula aku rasa😂aku meminta tolong zara untuk memerhatikan cikgu miza supaya aku tidak ditangkap kerana lari dari barisan pelajar datang lewat.
"Asalamualaikum kepada semua pelajar yang dikasihi sekalian, mari kita mulakan perhimpunan kita dengan berselawat keatas NABI MUHAMMAD SAW dengan suara yang kuat..1..2..3" kata Syazmi Azim iaitu ketua pengawas.
Semua pelajar berselawat dengan serentak dan kuat.
Selepas habis berselawat, aku memerhati zara. Zara menunjukkan aku yang cikgu miza tiada di situ. Dengan sepantas kilat aku berlari kearah zara dengan muka tidak bersalah.
"Alhamdulillah tak kena tangkap" keluh aku lega.
"Eleh..macam la kau tak pernah buat kerja ni kan sebelum ni. Kau memang dari dulu suka lari dari kesalahan" kata zara dengan muka menyampah.
"Hish kau ni..suka hati la asalkan nama aku tak tersenarai dalam pelajar datang lewat harini"
"Wei kenapa cikgu ramai tak dak dekat dewan ha? Harinikan hari isnin..perhimpunan rasmikan selalunya semua ada ja". Tanya aku dengan mata memerhati sekeliling dewan.
"Ohh ha kau tak buka fon ka semalam? Cikgu cakap harini tiada perhimpunan rasmi sebab form5 nak guna dewan untuk apa tah..lupa dah aku pun" balas zara
"Ohh cikgu siti chat kau ke?
"Tak la cikgu hantar dalam group kelas la.."
"Ohh patut laa ..hehe aku tak buka fon semalam aku busy sikit" apa yang busy sangt pun tak tau la si ayra ni😂
"Asalamualaikum, seperti yang semua tahu harini tiada perhimpunan rasmi, jadi cikgu nak kamu semua naik ke kelas dan bersihkan kelas paham. Jangan buat bising. Ketua kelas sila jalankan tanggungjawab je, tulis nama pelajar yang bising nanti berikan kepada guru kelas. Semua pelajar boleh naik ke kelas sekarang .Terima kasih". Kata cikgu disiplin. (Cikgu miza..erk menyampah dengar nama dia)😂
"Dah jom naik kelas" ajak zara
"Jom jom..aku dah tak sabar nak duduk ni" excited betul si ayra ni . Pelik pelik perangai deni😂
To be continue...
YOU ARE READING
Hello Dear!
RomanceMenceritakan tentang Ayra Medina seorang gadis yang comel dengan telatahnya yang boleh membuat semua lelaki jatuh hati,pendek dan pemalu orangnya. Dia adalah pelajar baharu di sekolah SMK Seri Mutiara dan menjadi perhatian ramai terutamanya geng Ada...